nurinkhairi: August 2017

12 August 2017

Misi Langsir: Tips Pilih dan Pasang Langsir

12 August 2017
KLIK link di bawah untuk Misi Langsir Part 1, 2, 3, 4

Part 1: Cara Ukur Langsir dan Beza Bidang 60 dengan 110 (KLIK SINI)
Part 2: Survey Beli Langsir di Nilai 3 dan Jalan TAR (KLIK SINI)
Part 3: Upah Jahit Langsir Eyelet Paling Murah (KLIK SINI)
Part 4: Tips Pilih dan Pasang Langsir (KLIK SINI)


Weih..banyak betul entri langsir kali ni..  back-to-back siap.. 


Gambar hiasan je 

InsyaAllah kalau berguna untuk semua, apa salahnya sharing.. adik nurin pun baru masuk rumah sendiri, dia pun baca blog ni jugak. So kalau berguna untuk dia, mana tau berguna untuk orang lain gak. 

Penat dah journey pasal langsir ni. Akhirnya dah siap jahit, dah siap ambik, dah siap pun pasang. Rumah habuk2 lagi sebab lap sikit2 je tak sempat nak lap semua.

Ingatkan nak ambil maid harian untuk datang weekend ni tapi jadual maid harian tu dah penuh la pulak yang kat Bandar Tasik Puteri ni.. Pastu vacuum cleaner pulak dua2 tertinggal kat kami punya homestay Selayang (LINK).

Anyway, sebenarnya nak share sikit la tips kitorang masa pilih langsir haritu.. grr..bila masa pulak dah jadi expert ni.. ni gara2 crash course beli langsir la. Hubby nak cepat beli langsir sebab nak ajak kawan dia datang. Nak cepat pun nak dekat 2 bulan jugak!

Yang ni pengalaman nak share je ye.. terpulang la nak ambik ke tak. Masing2 ada citarasa sendiri.


Kain Langsir Kosong Atau Corak? Ada Pattern ke Takde Pattern?

Pertama sekali kami memang aim nak ambik kain yang kosong.  Takde corak. Sebabnya kami tak reti sangat nak mix match dengan tema, takut lagi susah nak match. Bukannya ada tema ke apa pun rumah ni, kiranya langsir tu bakal jadi benchmark untuk tema la.. in a way rasa senang sikit sebab masih takde tema khusus masa beli langsir. 

Grr..dah 3 tahun kami duduk rumah ni. Projek rumah memang tahap slow. Tahap takde masa and malas. Asyik nak kena melayan homestay, rumah sendiri tak terlayan.

Walaupun begitu, bila survey kain langsir terkini, yang takde corak macam agak bosan la. Kau bayangkan cam kain langsir hotel. Tebal, berat and bosan. Ada salesperson yang rekemen sambungkan kain dengan warna kain yang lain (tapi masih dalam jenis kain yang sama) kalau nak bagi nampak 'hidup' sikit. 

Walaupun kami tak survey harga upah kain langsir untuk sambung langsir, tapi boleh agak mungkin lagi mahal kot. 

Lagi satu, masih dalam mode selamat. Semua nak selamat. Kaler nak selamat, corak nak selamat. OK fine.. memang tak adventurous .

Taknak ambik kain corak, tapi taknak ambik kain yang kosong sangat. Sebab tu la kami dari mula lagi minat kain pattern emboss... dari jauh nampak kosong, tapi dari dekat nampak ada pattern2. Ikut la ada yang kami survey ada pattern jalur2, ada yang pattern macam damask sikit (tak minat sangat), ada yang pattern jalur2 tapi senget2.. 

Yang row dua bawah tu jalur2 tapi senget sikit. Yang atas jalur2 tegak


Nurin suka yang pattern jalur2 senget tapi salesperson galakkan ambik jalur2 tegak sebab nak buat eyelet, langsir dia kan tegak ke bawah. Hubby pun suka yang jalur2 tegak. Ok baik...


Kaler Gelap ke Kaler Cerah? Arghhh

Yang ni konflik dengan Hubby.

Nurin nak kaler cerah.

Hubby nak kaler gelap.

Nurin asyik tengok instagram orang, instagram interior designer, banyak langsir diorang yang kaler cerah. Bila ada 1 gambar tu kaler langsir dia dark brown, ada orang komen cam dia persoalkan kenapa curtain gelap.

Kenapa..apa salah kaler gelap?? So nurin pun terpengaruh. Haha.

Hubby nak kaler gelap sebab dia nak buat dinding kaler cerah. Nak bagi kontras aa kaler dinding dengan langsir. Sebab dinding lebih besar keluasan dia, so kalau cat kaler gelap nanti gelap sangat la pulak rumah.


Kaler sofa yg belah kanan sama dengan kaler dinding


Boleh je dua2 kaler cerah tapi err..cam biasa la kot, jalan selamat memilih warna..haha.

Jenis Kain Langsir

Taktau sangat nama2 jenis kain langsir di pasaran. Tapi yang penting, lagi elok pilih jenis yang kain berat supaya dia jatuh terletak je dan takde la ditiup angin etc.

Tapi jangan beli kain keras, takut nanti kain kejung, kedutan dia tak cantik.

Ada beberapa yang nurin baca tak sarankan beli kain shiny. Mungkin kurang cantik kalau kena lampu kot, sebab langsir jadi kurang menyerlah ke.


Kain macam ni pun cantik gak - skodeng langsir our kenalan punya rumah

Tapi we broke both rules: kami amik langsir gelap and kaler shiny! 


Tinggi Langsir

Kalau boleh nak yang tinggi sampai siling haha.. bagi efek siling tinggi kan.. langsir ni pun fungsi dia decorative.. ada salesperson kata kalau nak rumah cantik, 3 benda: langsir, lantai, wallpaper.. err, tak boleh nak komen setakat ni.

Anyway, kalau nak langsir tinggi baik beli bidang kecik kot, kan. Sebab nurin beli bidang 110, jadi ketinggian langsir kami terhad kepada dalam 102 inci je (dah tolak lipatan semua). Kalau sambung kain tak cantik pulak (LINK).

Lagipun kat ruang makan kami, ada cam 'box' yang kacau langsir tu untuk jadi lebih tinggi lagi, sebab dia menghalang railing untuk dinaikkan lagi tinggi.


Ada cam box kat atas kiri langsir tu, menganggu railing kalau nak naikkan lagi



Jenis Jahit (orang panggil kening langsir eh)

Yang nurin tau basic ialah french pleat dgn eyelet je. Ataupun tab top. Honestly nurin tak minat tab top sebab rasa macam langsir tu pakai baju singlet.. errr..


Tab top langsir. Ni kat Nagoya Rawang


Sebenarnya kami berdua minat eyelet tapi sebab mama offer nak jahitkan (free la tu, tapi of course la kami bayar sikit), so nurin tak kisah je nak buat french pleat - sebab mama kata leceh sikit buat eyelet. 

Lagipun banyak kedai kat Nilai 3 yang jahit french pleat percuma kalau beli langsir dengan diorang (LINK).

Tapi Hubby nak buat eyelet jugak, dia kata nampak moden katanya. Kalau french pleat tak kena dengan tema la.. tema apa nya pun taktau pun.. haha.


Kegunaan Langsir

Actually ni paling penting. Yang paling obvious is to shield from orang luar la kan.. eihhh..ada tau tingkap rumah kami tingkat atas (kat family area) yang tak pasang langsir lagi. Pastu tempat tu 2 tahun lebih takde lampu (baru je pasang lampu kat situ), pastu kat situ jugak la kami gosok baju.

Kau bayangkan pagi2 gosok baju (ni jenis gosok baju pagi2 sebelum pegi keje..huhu), dengan baru mandi, dengan gelap nya. Sekarang pun gosok baju still bergelap hanya berbekalkan lampu kat tangga sebab taknak jiran sebelah nampak walaupun jiran sebelah takde tingkap yang menghadap tingkap kami tu. 

Pukul 5 - 5.30 pagi gosok baju harap takde orang nampak la uhuhu..

Anyway, kalau kat ruang tamu memang kami saja untuk decorative, tapi kat atas belum tukar lagi, tapi ingat beli langsir biasa je. Nipis pun takpe janji tutup. 

Kami beli kain black out kat ruang tamu, tapi sebenarnya tak payah pun black out bila dah pasang tu. Tapi sebab dah berkenan sangat jenis shiny emboss ni. 

Black out better pakai kat bilik tidur kan. 

Orang kata kalau nak cantik letak langsir sheer sekali. Tapi sheer yang elok bukan murah..huhu. 

Masa kami beli tu, takde plan nak beli sheer terus. Harga yang kami survey (2-3 kedai je sempat survey kat Nilai 3), ada yang RM 15/semeter tapi kaler macam tadika.. kaler oren, hijau. 

Yang warna putih ada RM 25/meter tapi takde tekstur. Takut cepat koyak.

Yang putih dan ada tekstur semua RM 30/meter ke atas. Huhu.


Lagi satu pengikat langsir kitorang tak buat pun. Tak tau aa kenapa. Eyelet takyah guna kot. Lain kali la.

OK lah.. post paling akhir sekali our curtain dah siap pasang.. nanti la.. tata..

09 August 2017

Misi Langsir: Upah Jahit Langsir Eyelet Paling Murah

09 August 2017

Kalau tengok harga kain langsir kann.. kalau pusing2 mana tempat pun, untuk jenis kain yang kita nak, harga dia tak lari jauh sangat. Kalau ada pun save tak banyak.

Tapi bila survey harga upah jahit langsir, banyak weii beza dari satu kedai dan satu kedai lain. 

Lepas tu setiap kedai/tukang jahit guna unit yang berbeza2 macam ada yang quote untuk sekaki, ada yang quote setiap keping langsir, ada yang per kaki persegi pun ada. Lepas tu ada yang quote setiap keping langsir tu, kena tau dia quote untuk bidang jenis apa. Pandai2 la kau siap sedia dengan berapa lebar tingkap yang ada kat rumah, ataupun guna ukuran lebar satu tingkap untuk rujukan anggaran kos.

Kat Nilai, banyak je kedai yang bagi upah jahit percuma kalau kita beli kain dengan dia. Tapi kalau jahit french pleat la. Boleh jimat banyak tu kalau upah jahit percuma.

Setakat ni tak jumpa lagi upah jahit percuma kalau nak buat langsir eyelet :)

Jahit langsir je pun..jahit lurus je. Kalau dia offer mahal pada pendapat nurin takde la lagi cantik ke apa. Pada pendapat kami asalkan jangan suruh dia jahit 1 jam siap tu sudah ler. Bagi la masa tukang jahit 1-2 minggu ke. 

Yang penting kena pastikan bagi ukuran betul, bagi dari hujung railing ke hujung railing. Jangan ambik ukuran dari hujung grill ke hujung grill macam nurin mula2 haha. 

Kalau nak buat eyelet, upah jahit tu tanya dah masukkan harga kos ring eyelet ke tak. Ring eyelet tu mahal jugak untuk 1, dalam RM 2 - 2.50 kot.


1 set eyelet depan belakang

Agak2 setiap kaki tingkap, kena ada 4 ring eyelet. Contohnya macam salah satu sliding door nurin in previous post , lebar 72 inci = 6 kaki, ada 24 pasang ring eyelet. 

Di bawah ni senarai kedai / tukang jahit yang kami survey upah jahit untuk eyelet dan kami ambik tukang jahit yang offer paling murah la iaitu dia offer RM 11/kaki untuk eyelet design. Duit dah banyak habis beli kain langsir..haha.

Reminder.. yang ni upah jahit untuk eyelet k.. bukan design french pleat etc. Mungkin ada kedai yang harga dia sama je eyelet atau lain2 design, kena check sendiri k.


1. EB Curtain
Kawasan Perindustrian Nilai 3


RM 13 / kaki kalau beli langsir dengan diorang sekali
RM 15 / kaki kalau hanya hantar kat diorang untuk jahit (beli langsir tempat lain)

Kedai EB Curtain ni best sebab banyak pilihan, lama kitorang kat sana pusing2. Dan harga berpatutan. Carik salesgirl nama Wati. Sangat sabar melayan karenah I yang asyik tengok and tanya yang ni harga berapa and berapa


2. Kedai Langsir Amoi
63, Jalan Meranti 2A Seksyen 3, Bandar Utama, 44300 Batang Kali, Selangor
Tel: 016-2207810

RM 18 / kaki







3. Harrison Jalan TAR
Jalan Tunku Abdul Rahman (opposite Sogo)
Tel: 1-300-88-8199 (kalau sapa2 nak direct contact salesperson dia, boleh PM nurin)

RM 28 / kaki


4. CK Curtain (anak syarikat MK Curtain)
Kawasan Perindustrian Nilai 3
Tel: 018-229 5000

RM 2 / kaki persegi 
Contoh lebar langsir 6 kaki, tinggi 8.5 kaki: 6 x 8.5 x RM 2 = RM 102

Kenapa kira ikut kaki persegi nurin tak paham betul, sebab langsir yang nak jahitnye atau nak tebuk dekat atas je.. pastu ada sikit kat bawah nak lipat. Tengah2 langsir tu bukannye kena buat apa pun.





5. Nagoya Textile 
Mana2 butik Nagoya - nurin survey Jalan TAR dan Rawang

RM 10 / keping (bidang 60 tau, kalau bidang 110 mungkin lagi mahal)
Agak murah untuk bidang 60, tapi kena beli kain dengan Nagoya


6. Aida Curtain
Taman Nilam, Tanjung Karang, Kuala Selangor

RM 20 / keping (bidang 60, kalau bidang besar lagi mahal)

7. Siti Hias Langsir
Kg Sg Choh, Rawang
Website klik SINI

RM 10 / keping bidang 56. Tapi ring eyelet kira lain, so banyak jugak la



Beli Langsir Sheer 


Close up langsir sheer


Kami beli langsir sheer dekat EB Curtain, upah jahit langsir percuma. Siap seminggu je. Pastu dapat hook free dan dah siap pasang.. yeay.. sebab tak suka pasang hook langsir haha.




So... kami ambik upah jahit kain langsir pulak sebenarnya kebetulan dengan kawan sorang kenalan. Dia offer RM 11 / kaki untuk eyelet, dah siap dengan tebuk dan dah campur kos eyelet ring.

Yeay..happy! Jahitan dia pun kemas and I have no complaints. My mum pun nanti nak jahit dengan dia. Dia jahit langsir ni part time je sebab siang dia kerja full time.

Atas sebab2 tertentu, nurin tak share no contact dia kat sini, jadi kalau ada sapa2 berminat nak ambik khidmat dia, email je nurin. Ni bukan iklan berbayar k.. just nak share good stuffs :)


Eyelet yang tukang jahit tu provide 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...