Aktiviti / Kelas untuk Kanak-Kanak - Get Crafty 1 Utama

03 May 2017

Get Crafty ni dulu ia dikenali dengan nama Art Attack, merupakan tempat untuk kanak-kanak buat kerja kraf dengan menggunakan kadbod. Anak-anak boleh pilih sampel craftwork apa yang nak buat..ada macam2 wei.. ada replika tv, beg, kasut, Hello Kitty, carriage Cinderella, untuk boys ada sword, Lego, Batman.. semua craftwork ni diperbuat daripada kadbod je, dengan glue gun and paint. Ada yang dia embellish sikit macam letak manik etc.

Sampel craftwork yang dipilih tu yang akan buat. Kat setiap sampel tu ada advise umur dan berapa lama masa diambil untuk disiapkan. Aisyah ambik yang 4+, maksudnya budak 4 tahun ke atas boleh buat, and ambik 1 jam sebab nurin ambik pakej dari Kidxy.com . Ada jugak yang 2 jam, so sapa yang sebenarnya nak tinggalkan budak and lama boleh la buat 2 jam hehehehe.

Gambar bawah kiri ada contoh sampel craftwork tu, Nurin tak berani la pulak nak ambik gambar susunan sampel dia sebab dia tulis No Photography hehe

Mula-mula Aisyah masuk, nurin kena daftar dan sign. Bila nak keluar nanti kena sign semula untuk safety and security purpose. Mula2 nurin tengok Aisyah dari luar, pastu gilir2 solat dengan Hubby. Surau satu floor dengan premis ni, dan agak dekat. Lepas tu bila nurin pulak dah siap solat, tengok2 je macam dah nak habis 1 jam. Tak dapat jalan mana pun..hanya jalan kat level tu, pergi Parkson kejap.. pergi Home's Harmony kejap.. Dalam 1 jam 15 minit jugak rasanya Aisyah habiskan buat craftwork dia. Dia pilih nak buat ice cream holder.










OK. so lepas dah habis tu nurin tanya la tentang ice cream holder dia. Sebab nurin intai2 sikit je, jadi nampak jugak dia buat apa. Elemen ice cream holder dia ada beberapa skill: mewarna, tampal, letak glue gun, letak glitter, bengkokkan kadbod jadi kon. Pastu ada station di mana ada beberapa hair dryer, nak bagi gam atau paint cepat kering. Semestinya letak glue gun tu teacher yang buat. Rasanya bengkokkan kadbod jadi kon, letak glue, dengan letak glitter pun kemas semacaaaam je. Bila tanya cakap teacher yang buat. Jadi mungkin yang Aisyah buat ialah mewarna dengan tampal je la.. ok la untuk umur dia.


Get Crafty ni penuh dengan capuk2 yang menyebabkan dia cantik..Picasso in action.

Waktu Aisyah datang tu, ramai budak. Jadi sebab ramai, dia mintak tunggu kejap sebab ada budak yang nak habis dah. Tapi bila tau nurin ialah customer yang memang dah book time tu, so dia kata sila masuk. Polisi diorang is akan utamakan customer yang dah pre-book dulu, dan ada limit kanak-kanak, jadi bagus la supaya tenaga pengajar dia boleh tumpukan kat semua kanak-kanak. Ada yang mak ayah dia ada sekali, tapi kebanyakannya sama ada duduk kat tepi, ataupun takde. 

Nurin suka konsep sebab one-off. Walaupun 1Utama ni ler boleh kira shopping mall yang decent yang paling dekat dengan Rawang, tapi jenuh jugak nak pergi kalau sesi tiap minggu. Maklumlah kalau kelas anak2 ni kebanyakannya memerlukan komitmen tiap2 minggu. 

Nurin tak pernah tau pun kewujudan tempat ni kat 1 Utama, mungkin sebab agak tersorok sikit. Ia bersebelahan dengan Peony. Jadi camne nurin tau pasal tempat ni? Sekarang ada portal baru untuk carik aktiviti2 untuk anak2. Haa..bagus la portal ni sebab selama ni jenuh tau nak carik tempat2 yang ada menawarkan aktiviti anak2. Bosan la dengan cadangan yang biasa je.. Pusat Sains Negara, Taman Tasik Perdana, Zoo Negara bla bla.. sebenarnya kalau rajin cari banyaaak sangat aktiviti untuk kanak-kanak dengan harga yang berpatutan. Ada yang boleh search dengan Google, ada yang kena rajin cari dalam Instagram. Jadi kidxy ni bermatlamat untuk membolehkan ibu bapa cari aktiviti-aktiviti kanak2, sekarang ni dia tawarkan kat Lembah Klang dulu. Tak banyak sangat lagi aktiviti-aktiviti yang disediakan, tapi tu pun ada dalam 300+, tapi operator yang berdaftar masih belum banyak lagi.. mungkin tak sampai 100. Tapi worth a try! Kalau tak nurin tak tau pun pasal Get Crafty ni..

Aisyah dah tanya banyak kali dah, bila nak pergi lagi...errr...

Harga untuk satu sesi kat Get Crafty ni ialah RM 50 untuk sejam. Kalau book melalui kidxy.com tu, harga dia RM 41. 







Ni alamat dan contact number:

Get Crafty
Level 2 (Highstreet)
1Utama Shopping Centre
Contact: 03-7729 7155

Masa terakhir untuk hantar kanak-kanak pukul 7pm. 

Perlu Ke Hantar Anak Pergi Kelas Art / Kraf?

02 May 2017
Daya kreativiti anak-anak boleh dibentuk

Yuhuu..umur blog ni sama dengan my daughter. Aisyah dah nak masuk 5 tahun. Bertambah lagi satu benda nak mak ni nak kena fikir iaitu.. enrichment classes. Dulu masa Aisyah kecik, beria mak ni bawak ke kelas playgroup di KL/Selangor.. antaranya kat Kajang dengan Puchong. Sekarang playgroup style budak2 tua pulak ok. Banyak kelas enrichment yang menawarkan kepada kanak2 seawal 4-5 tahun.

Apa tu enrichment classes?

Pada pendapat nurin, enrichment class ni macam kelas extra curricular selain daripada kelas tadika seharian. Bergantung pada minat parents dan minat kanak-kanak tu sendiri. Ada yang nak masukkan anak-anak untuk dapatkan skills basic atau nak polish skills sedia ada, macam kelas Smart Reader, Kumon, kelas mengaji. Ada yang masukkan anak untuk belajar berenang, kelas art, taekwondo. Mungkin dengan cara tu kita boleh tau anak ni cenderung tang mana yang dia suka..

Nurin nak cuba bagi Aisyah minat arts & crafts. Kenapa bukan skill lain? 


  • Sebab kami kerja full time, kena memilih sikit kelas apa nak pergi. Dulu nurin ingat, waktu nurin kecik dulu, hari weekend penuh dengan kelas sana sini je.. pagi kelas taekwondo, pastu kelas abacus pulak. Malam weekday kelas melukis, bla bla. Nurin elakkan hantar dia pergi kelas yang nurin boleh ajar sendiri 
  • Aisyah dah pandai membaca, so Smart Readers consideration is out. English, Maths & mengaji nurin ajar dia sikit2 waktu malam. OK lah daripada nak kena hantar ambik lagi penat. Swimming class lambat sikit pun takpe. Lagipun kami selalu jugak bawak dia pergi swimming at our condo (homestay Selayang :) )
  • Kadang2 bagi dia pensel warna, dia cepat bosan. Kami ada banyak Lego set pun dia macam cepat bosan. Lepas tu dia belum pandai melukis. Aisyah kena polish dia punya daya imaginasi supaya daya imaginasi dia berkembang, tak macam nurin ni nak melukis boleh tapi kena ada benda yang nak dilukis tu


Tapi sebab kami berdua kerja full time and duduk kat Rawang pulak tu, penat oi nak pergi kelas specialized camni. Oleh sebab tu, benda2 ni kami kena consider:

  • Kalau boleh dekat shopping mall. Kalau tak duduk bersama dengan anak, boleh jugak drop off anak, dan sambil tu boleh shopping
  • Tapi kalau bukan dekat shopping mall, dekat rumah kedai yang berhenti and terus hantar anak. Pastu sambil tu boleh hang out dengan anak-anak bersama (penting ni untuk bonding tau)
  • One-off activity and tak terikat dengan yuran bulanan. Kalau kena pergi 1Utama tiap2 minggu, jenuh ler nurin. Bukan jenuh sebab tol dan parking sangat, tapi jenuh sebab masa tu sangat terhad
  • Harga berpatutan. Secara jujurnya, susah nak carik kelas art & kraf yang harga dalam RM 20-30 atau ke bawah.. nurin taktau apa definisi 'mahal' atau 'murah' untuk setiap parent sebab ia subjektif. Tapi yeah, harga mesti berpatutan lah dengan servis yang diberikan 
Post seterusnya (nurin doakan supaya nurin rajin semula update.....) nurin nak review aktiviti atau kelas untuk anak-anak yang nurin dah pergi. Haritu nurin dah post review Pelikan Art Class
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...