Aktiviti / Kelas untuk Kanak-Kanak - Pelikan Art Class

30 April 2017
Pelikan Art Class ni bertempat di stor Pelikan, The Gardens Mall sebelah MidValley KL. Nurin dapat tau tentang ni dari Instagram, tapi tak ingat camne korek2 boleh jumpa Instagram Pelikan Malaysia ni. Tau2 je jumpa, dan kebetulan masa tu baru masuk bulan April, dan Pelikan ada siarkan poster kelas dia untuk bulan April 


Konsep untuk kelas ni berlainan pada setiap sesi. Contohnya kami pergi masa sesi Kingdom Castle, di mana setiap kanak-kanak ada satu 'castle' diperbuat daripada kadbod, dan dikehendaki warnakan ikut kreativiti masing-masing.  Manakala contoh macam sesi Paper Chameleon, aktiviti dia ialah cut & paste, dan sudah tentu, mewarna menggunakan produk Pelikan la.

Tak banyak sangat ambik gambar. Yang gambar ni dari Instagram Pelikan Malaysia. Gambar tak berapa jelas
Sepanjang 1 jam kat situ, nurin temankan dia dan tengok dia mewarna. Kadang2 nurin tolong jugak dia mewarna. Boleh nampak la, ada ibu atau bapa yang tolong sekali, ada yang hanya tengok dari jauh je, ada yang kadang2 je tolong, ada yang tolong sebab nak cepat balik.. Nurin tolong sebab..err..kiasu takut anak siap lambat? Huhu. (tak bagus)

Caj untuk setiap sesi ialah RM 20, tapi kalau daftar sebagai ahli, dapat RM 15 untuk setiap sesi. Pendaftaran sebagai ahli ialah RM 10 untuk setahun, pastu dapat kad yang kita kena tunjuk kalau nak join sesi ataupun nak beli barang Pelikan boleh dapat diskaun.

Aisyah mewarna castle


Untuk sertai kelas ni, perlu booking dulu. Dan sebolehnya datang awal sikit dalam 5 minit awal supaya boleh ambik tempat. Dia ada 2 sesi setiap Sabtu: 3-4 pm atau 4-5 pm. Masa tu kami ambik yang 4-5 pm, jadi ada kanak-kanak yang masih belum siap. Rasanya kalau jangka anak-anak mengambil masa yang lama, baik ambik sesi 4-5 pm. Lagipun, walaupun nurin siapkan untuk anak, pada nurin kita perlu bagi anak masa untuk siapkan kerja dia ikut masa dia.. betul? Pernah baca tak artikel jangan sebut 'hurry up' pada anak-anak? (lesson for nurin)

Harga pun berpatutan. Untung la kalau siapa yang duduk dekat dengan area Mid Valley ni. Pergi Mid Valley ni selalu jugak terutamanya kalau nak survey barang macam hardware items, printer ke.. tapi tak boleh la bawak dia pergi selalu. OK ni contact details siapa yang berminat:

Pelikan Store 
The Gardens Mall, Mid Valley City
T-202A, Level 3
Contact: 03-2202 0801
Facebook: Pelikan Malaysia
Instagram: @pelikan_malaysia


Pengalaman Anak Masuk Wad Pediatrik Hospital Selayang

29 April 2017
Awal bulan April 2017 lepas, anak nurin yang umur 1 tahun perlu dimasukkan ke wad. Waktu tu nurin dapatkan rawatan nebulizer (neb) di Hospital Columbia Asia Cheras. Kat situ, kami advise untuk masuk wad, tapi walaupun Adam ada insurans Prudential BSN dan coverage AIA dari company, kami putuskan untuk pindah dari hospital swasta ke hospital kerajaan (Selayang) sebab senang Hubby kerja kat situ boleh pantau. Kalau duduk wad di Cheras, susah jugak untuk Hubby. Ni pertama kali anak masuk hospital, dan pertama kali selain berkaitan mengandung, bersalin etc

Masa kami kat Hospital Selayang tu, keadaan my son Adam dah ok sebab masa tu dah buat nebulizer (neb) kat Columbia Asia. Kalau tak, tak gagah jugak sorang2 pergi dari Cheras ke Selayang, waktu tu Hubby tengah kerja.

Bahagian Emergency Department Hospital Selayang

Sejurus lepas kami sampai di kaunter PAC (Patient Assessment Centre) di pintu masuk Emergency department, terus kami dibawa masuk ke Yellow Zone (dia ada Green, Yellow, Red zone, ikut seriousness of the symptom). Adam kena neb setiap 3-4 jam. Masa tu jugak Adam kena ambik xray dan ambik darah untuk cek infection.

Adam dengan Dr Abah kat wad emergency

Duduk kat dalam katil di emergency department tu lama jugak.. Daripada pukul 10 pagi sampai 3-4 petang jugak. Sebab tunggu result darah dan x-ray untuk tentukan sama ada Adam perlu masuk wad ke tak. Kebiasaan nurin dah 2 kali pindah hospital ni, walaupun hospital pertama tu dah siap bagi surat untuk advise hospital ke-2 masukkan dia kat wad, tapi hospital ke-2 tu akan assess jugak dan decide sama ada nak masukkan atau tak. 

Lain doktor, assessment dia lain. Lagi satu, mungkin sebab katil tak cukup jadi yang kurang penting, dia tak kasik masuk wad. That was what happened to me the first time dulu, doktor advise tak payah masuk wad, hanya bagi MC 2 minggu masa kandungan anak ke-2. Weeee bestnye nurin rasa masa tu takyah masuk wad.  

Wad Pediatrik Hospital Selayang - Isolation Room 

Terletak di tingkat 8. Ada dibahagikan pada wad yang kecik2. Setiap wad ada dalam 8 katil. Kat tingkat 8 takde bilik kelas pertama. Ada kat tingkat atas je, tapi tu pun tak pasti untuk pediatrik boleh ke tak pergi ke atas. 

Oleh sebab Hubby staff di hospital tu, kami dapat ke isolation room. Ni je la satu bilik "kelas pertama" kat wad ni. Toilet ada dalam bilik ni, so ok la jugak walaupun standard toilet hospital la kan.


Kebetulan dah ada 2 katil kat dalam tu, jadi kami 4 beranak tidur la sama-sama setiap malam kat sini. Nurin dan Hubby gilir2 ambik cuti. Kalau Hubby cuti, nurin kerja. Kalau nurin cuti, Hubby kerja. Kalau tak silap, 3 malam kami duduk sini pastu lagi 1 hari nurin cuti untuk pantau Adam kat rumah. 

Wad pediatrik ni ada satu ruang mainan untuk kanak-kanak. Kami selalu jugak lepak kat situ, maklumlah bosan ye duduk kat wad ye Adam ye...

Doktor dengan nurse dia best. OK, nurin dah experience macam2 jenis hospital, dari fully swasta macam Prince Court Medical Centre (PCMC), hospital swasta Putra Medical Centre (PMC, Sungai Buloh), kepada semi-swasta macam UKMSC dan hospital kerajaan seperti HUKM dan Hospital Selayang. Boleh nurin katakan: layanan doktor dan nurse, masa menunggu, etc.. takde beza pun. Kat PCMC, nurin berapa banyak kali datang untuk consultation waktu pagi, balik lepas tgh hari jugak. Orang yang appointment pun berpusu2 penuh jugak. Doktor dengan nurse, layanan takde beza antara hospital kerajaan atau swasta. Salute untuk kakitangan kerajaan dan swasta dalam bidang ini.

Ni pengalaman nurin ye. Lain orang, lain experience dia ok..

Makan 

Makanan dia kasik untuk sorang penjaga dan kanak2 yang masuk wad nye. Makanan dia ok je tapi kan...senang cerita, pergi la beli makanan kat kafe. Kemudahan kat Hospital Selayang ni.. ada 2 kafe dan pilihan makanan pun ok. Lepas tu ada 2-3 kedai runcit kalau nak beli roti, snek etc. Oh, dengan ATM CIMB. 

Parking di Hospital Selayang

Parking kat Hospital Selayang ni ada 2 blok parking utama. Tapi parking kat sini memerlukan kesabaran, masa, kegigihan dan keberanian untuk mencari parking kosong. Kalau mampu, boleh parking kat bahagian belakang hospital (bahagian asrama/kuarters doktor/nurse) dan jalan kaki sikit. Kalau takde, boleh parking kat flyover sebelum masuk hospital. Kalau takde jugak, boleh ambik shuttle bus percuma oleh Majlis Perbandaran Selayang. Nurin pernah nampak bas dia, tapi tak pernah nampak bas berhenti ambik orang. Jadi tak pasti sama ada reliable ke tak.

Mengenai parking ni, kalau ada appointment doktor pakar ke, kena datang seawal pukul 7 - 7.30 pagi. Kalau lewat dari tu, penuh la parking. 


Oleh sebab kami anak beranak tidur kat wad dan nurin kena pergi kerja hari seterusnya, tip yang Hubby kasik, kena carik parking yang orang takkan double park! Hubby memang dah ada lubuk untuk parking yang tak boleh orang double park.

Notis tampal kat lif yang menghubungkan parking dengan lobby hospital


Nampak tak kereta beratur ni.. ni bukan kereta parking ye, tapi kereta untuk cari parking. Gambar ni nurin ambik pukul 9.44 pagi. Pastu barricade tali kuning hitam ni sebab banyak parking spot reserve untuk staf hospital. Nurin tanya kat Hubby kenapa banyak spot parking kosong, tapi kena barricade untuk staf. Hubby kata even staff pun tak cukup tempat parking. OK....


Hotel di Hospital Selayang


Ada 3 hotel yang boleh jalan kaki ke Hospital Selayang - kesemuanya bajet hotel di area rumah kedai, tapi Sky Hotel kat dalam Selayang Capitol.. tapi ada price range berbeza-beza:


  • Smile Hotel - harga dalam RM 80-100 
  • Richbaliz Hotel - price range mahal sikit dari Smile Hotel, sebab konsep dia macam boutique hotel sikit. Harga dalam RM 150
  • Sky Hotel - tak pasti harga tapi rasanya sama range dengan Smile Hotel
Yang ni nurin quote untuk bilik yang boleh muat 2 orang sahaja. Hotel2 ni semua ada dalam website2 yang penting, macam booking.com. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh komen kat bawah ye. 

Parking charge ikut Majlis Perbandaran Selayang punya caj.. 50 sen untuk sejam.

Homestay di Hospital Selayang

Kalau mencari homestay untuk yang pergi ke Hospital Selayang, AA Homestay Selayang boleh jalan kaki ke Hospital Selayang (4-5 minit jalan kaki). Tak payah nak fikir parking, atau keluarga ramai dan senang nak berulang-alik.

Rate RM 200/malam, weekday atau weekend. 

Pemandangan dari jejantas. Yang putih tu kondo Selayang Point - AA Homestay Selayang

Jejantas ni terus masuk ke perkarangan Hospital Selayang


AA Homestay Selayang Hospital ada 3 bilik, 2 bilik air. Corner lot. Air con kat bilik 1, 2 dan ruang tamu. King sized bed kat master bedroom. Water heater kat master bath. Almari besar nak sumbat barang2. Swimming pool dewasa dan kanak-kanak. Saiz unit ni paling luas kat condo tu. Ada 2 parking berbumbung free. Nak cari makan jalan kaki je, kat rumah kedai bawah je - ada mamak, shell out, western, nasik kandar. Nak tau lebih lanjut, details untuk website dengan Facebook ada kat bawah. 


Master bedroom - aircon, king bed, almari sampai siling, kipas 

Ruang tamu dan makan
Contact details kat bawah ni:

Call / Whatsapp / SMS: 012-6305578 


Err cam dah jadi iklan pulak.. krik krik.

Pengalaman dan Kos Buat Tembok Rumah

24 April 2017
Banyak sebab kenapa orang nak buat tembok rumah. Sebab kami ialah untuk buat kawasan rumah lagi selamat, daripada orang dan daripada binatang. Haritu Hubby terserempak dengan ular tedung hanya beberapa meter dengan dia masa sedang buat kerja kat belakang rumah. Kami guna kontraktor yang biasa kami gunakan, dulu dia pernah buat plaster ceiling dgn backsplash

Rasanya kalau nak elakkan kontraktor mark-up harga pada bahan2, boleh lah beli sendiri. Kami beli sendiri bukan sebab tak percaya dengan kontraktor tu, tapi sebab saja nak beli sendiri kumpul points bila pakai kredit kad..hehe. Oleh sebab kami beli sendiri bahan2 dia, dapat belajar sikit apa benda yang dia taruk untuk buat tembok tu.. Kat Rawang senang nak carik kedai hardware beli barang2 construction ni, maklumlah kawasan tengah pesat membangun construction property sana sini.

Kami hanya putuskan untuk buat tembok kat belakang, memandangkan sebelah rumah dah ada tembok daripada jiran sebelah. Lagi sebelah masih pagar dawai hijau lagi. Material yang kami beli untuk buat tembok rumah, ada la dalam 3 trip jugak beli bila kontraktor kami kata dah habis, nak kena beli lagi.

Ni baru resit pertama, tapi boleh tengok anggaran seunit material2 yang digunakan


Aggregate 3/4" ni ialah saiz batu yang digunakan iaitu dalam saiz 3/4" = 20 mm. Pastu cam biasa lah, pasir, simen dgn batu ni untuk buat konkrit kan. Steel bar untuk kuatkan struktur pagar tu. Paling penting untuk tembok yang kuat ialah foundation / tapak dia mesti kuat. Pernah tak nampak tembok yang sekadar simen je kat atas tanah. Lagi2 kalau tinggi dan panjang nanti struktur dia cepat retak. 

Ni contoh je.. simen atas tanah je. cepat retak


Korek tanah untuk tambah simen buat foundation
Bila dah siap disimen

Beam untuk kukuhkan struktur tembok 

Bata simen dah siap pasang

Kebanyakan bata yang digunakan ialah bata simen (kaler kelabu) sebab bata simen lagi murah daripada bata merah. Bata merah guna tanah liat, biasanya kalau buat rumah lebih elok guna bata merah sebab lagi sejuk. Kalau setakat tembok kat luar ni pakai bata simen je.

Tembok rumah ni design simple je, takde terlalu fancy. Jadi kos upah dia tak lah terlalu mahal. Bahagian kiri dan kanan pagar belakang je yang ada tebuk sikit. Itupun kontraktor tu dah salah faham, dia tebuk sebelah, sebelah lagi dia tak tebuk.. bising sikit la nurin, lepas tu dia kena drill balik bata yang dah pasang.                                                                                                                                                                              


Pagar yang dipasang tu, guna pagar kecik kat depan sebab haritu tukar pagar kat depan jadi autogate.


Dari segi kos, untuk sesuaikan dengan keadaan masing2, kita guna kos seperkaki la kan. Kos keseluruhan beli material kat kedai Sunrise Hardware Trading tu, termasuk cat dalam RM 3000. Manakala kos upah dalam RM 4000, jadi total kos dalam  RM 7000 untuk pagar sepanjang dalam 135 kaki.. jadi kalau per feet dalam RM 52/kaki. Ni tak termasuk pagar access tu lah kan sebab nurin punya recycle je. Nurin kena bagi anggaran je sebab kami mintak dia extend sikit simen kat belakang, jadi material dia beli time sama jugak. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...