Pemenang Giveaway nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder...

19 February 2016
...ialah...





Tahniah kepada blogger PenselDuaBee atau Ms Radhia Razali iaitu entri nombor 44.. 


Nurin nak ucap terima kasih kat semua yang join GA ni..tq tq. Nurin dah try melawat semua blog dah tapi kalau ada yang terskip tu sorry ye. 

Sajeje bermurah hati pulak nak sponsor korang nyer percutian..ececeh.. tapi nak pilih tarikh ni, macam nurin cakap la ye, flexible la sikit ye. Hotel pun ada penuh jugakk.

Kalau ada rezeki lagi, nurin buat GA lain lenkali..

Puan Radhia, email kat nurinkhairi@gmail.com ye . 

Kebaikan (dan Keburukan) Table Top Granit

18 February 2016
Ni sample granit Black Galaxy daripada KC manufacturer kami. Boleh baca review our KC contractor kat LINK SINI

Haritu akak Aty blog Aku Bukan Bidadari ada cerita pasal memilih table top..pastu terasa nak la buat serba sedikit review sepanjang hampir genap setahun bergelumang dengan kitchen cabinet daripada material yang kami pilih: granit kaler hitam (Black Galaxy nama dia). 

Eh, sebenarnya table top tu Hubby yang pilih. Memang kuasa veto dia, tak boleh diskaun. Kalau ikutkan memang nurin mengidam KC putih semata..daripada end panel, pintu and table top. Tapi terpaksa la pasrah, lagipun mungkin takde la macam nak sangat2 sampai tarik muka masam ke merajuk ke apa..hehe

Nurin ada bagi alternatif quartz putih, tapi dia nak granit jugak. Sebab? 

1. Dia memang nak table top jenis natural stone - quartz ni boleh kira macam man made stone sebab ia dicampur banyak bahan kimia, dan hanya sikit je peratusan quartz table top ni yang sebenarnya memang batu quartz

2. Hubby kata quartz putih akan cepat jadi warna kekuningan - tang ni nurin tak tau betul ke tak dan tak tau sapa yang pernah ada quartz putih untuk tahu tapi ok kita layankan aje la..

3. Dia minat granit sebab susah calar dan tahan panas, konon boleh potong tanpa guna chopping board dan barang panas boleh letak tanpa alas la.. ok laa...

Sudahnya yang masak kat situ nurin jugak..kang pot pet pot pet pulak kalau kaler putih jadi kuning pulak ke..ok...


Ni sample quartz putih

Pengalaman kami menggunakan table top granit kaler hitam ni..


  • Tak calar. Granit hitam yang masih sama kecantikannya sejak daripada pasang sampai sekarang (dah setahun). Konon2 kalau mat saleh potong terus dari atas granit kan, tapi nurin takde la perasaan nak buat gitu. Ada chopping board guna la, bukan susah sangat. Lagipun, sebab kadang2 kain lap main campur je yang lap lantai pun buat lap table top, eii geli la nak potong atas tu for as long as kain lap tu tak diasingkan. Pernah jugak beberapa kali cuba potong kalau nak cepat, cam cili ke..tapi tak suka sangat perasaan potong tanpa chopping board.. bunyi dia kling kling kalau pisau kena kat granit tu..ngilu pulak ai

  • Tahan panas, takde staining takde retak. Sebab table top granit, kadang2 sesuka hati je kuali panas, cerek panas kau main letak je dekat atas counter top kan..over la sangat. Tapi kadang2 je buat. Dah ada lapik periuk tu guna la jugak

  • Kalau kotor macam sos tumpah ke pastu mengering kat atas table top tu kan, dia tak nampak sangat pun. Tau2 je bila kau nak lap, ehh..kenapa ada rasa 3D ni haha. Sental2 tengok laa..sos kering rupanya. Mak nurin asyik ler cakap la ni kaunter ni warna hitam, tak nampak la kotornya.. hehe. OK what? Haha.. takde la gurau je
Keburukannya..
  • Kaler hitam ni kena selalu lap..walaupun kita tak guna dapur tu. Sebabnya, ia kurang bersinar kalau tak lap setiap hari disebabkan habuk, so memang kena lap setiap hari baru nurin rasa happy. Once kau lap, baru nampak sinaran dia. Kurang bersinar tu macam perasaan kalau kita calit jari kat atas granit tu, nanti nampak satu streak..gitu la. Ataupun cam kalau kereta kotor kan, pastu calit jari, kat tang jari tu dah takde habuk kan..gitu ler. Kiranya walaupun satu hari tak guna, ia cepat benar kumpul kotor. La ni nurin nak cuba beli ada satu pencuci, tak ingat apa, tapi buat granit kembali bersinar gitu...nurin ada jumpa kat Ace Hardware. Nanti la kalau singgah

  • Kena lap dengan kain yang bersih sebab kalau tak bersih, boleh nampak kesan lap. 

  • Walaupun in many cases, granit ni tak kotor sangat..tapi kadang2 boleh jadi capuk2 jugak, ikut benda apa yang tumpah atas nya. Contoh kalau air tumpah, boleh jadi capuk2. Kita lap lagi..dan lagi..

Cam kereta nurin ler, kereta hitam. Habuk cepat melekat, tapi tu kereta la. Tang kotor makanan, granit ni tak nampak kotor sangat, but then again, kalau dah makanan tumpah, lap je la terus kann..

Kesimpulannya:


  • Kalau ikutkan, kebaikan yang nurin tulis tu adalah sebab ianya sebuah granit, dan keburukannya pulak sebab ianya adalah warna hitam. So?? Beli lah granit warna bukan hitam..ada ke tak? Nurin pun taktau!
  • Nurin puas hati la kalau guna granit, sebab ketahanan dia. Kena lap selalu pun pasrah je la, lagipun apa2 table top tu memang kena lap selalu pun ye tak. Dari segi maintenance, pada pendapat nurin, ia lebih baik daripada jenis2 yang lain memandangkan nurin takde la nak rajin sangat.


Kalau nak ikutkan material jenis lain, kami ada pertimbangkan jugak dulu...tapi.. Solid surface - cepat calar dan kalau tumpah kunyit ke, susah nak hilang kuning dia, tiles - nanti dekat grout cepat kotor, marble - takut cepat pecah/retak, acrylic - cepat calar, nyatoh - mahal, kayu cam IKEA punya table top - high maintenance, kena maintain dgn sapu minyak?

Sekian saja laporan dari dapur cik nurinkhairi.





Buat Passport Lepas Waktu Kerja, Waktu Malam atau Hari Minggu

17 February 2016
Rezeki menang contest lagi, kami anak beranak akan menjelajah negara orang tahun ni. Awal Februari lepas, ada promo Air Asia, oleh sebab tu nurin bergegas untuk deal dengan travel agent untuk book tiket. Tau2 je la, tiket Air Asia ni cepat sangat habis nya.. Kebetulan sebelum nak mintak TA beli tiket, tergerak nak tanya sama ada perlukan passport dulu ke tak. Sebab ikut pengalaman nurin yang hanya baru sekali beli tiket dari Air Asia, passport boleh buat kemudian.

Rupa-rupanya prosedur TA tu kena ada passport! Ah sudah, memang terkial2 nurin sebab passport si kecik anak kami yang baru lahir ni, sudah tentu la belum buat lagi. Waktu tu dah petang, cuba carik kat mana yang boleh nurin pergi pagi2 esok nya. Rupanya perkhidmatan UTC bukak waktu malam. Bukan setakat malam, hari minggu pun dia bukak. Hubby cadangkan pergi waktu malam alang2 dia ada.

Ada 4 passport baru boleh jalan2..

Untuk area Selangor/KL, boleh cek UTC kat Pudu, UTC mini Sentul dan UTC mini Keramat. Kami pergi yang UTC Pudu. 

Waktu operasi semua UTC ialah setiap hari, pukul 8.30 pagi - 10 malam. Tapi ada masa tutup khas, iaitu: 

  • Hari Jumaat, tutup 12.15 tgh hari - 2.45 ptg dan 
  • Setiap hari, pukul 7-8 malam
Sebelum nurin pergi, jenuh jugak bukak internet dan call Jabatan Imigresen sendiri, sebab tanya prosedur ambik nombor giliran dekat Jabatan Imigresen UTC Pudu sebab ada blog yang tulis, ada tempat yang ambik nombor awal2 pagi dan ada had nombor giliran, jadi kalau pergi waktu malam, nombor dah habis. Call center Jabatan Imigresen pun tak dapat nak sahkan macam mana prosedur cawangan masing2, dia pun tak tau!

So we had to gamble and pray that our travel to middle of KL at 6 pm, which was a KL super rush hour by the way, paid off!

Prosedur UTC Pudu ialah nombor giliran untuk waktu malam boleh ambik bermula pukul 8 malam dan tutup pukul 8.45 malam. Yeay! Kami sampai elok2 dalam 5 minit sebelum pukul 8 malam. Orang dah ramai beratur depan pintu ofis sebelum dia bukak untuk sesi malam.

Beratur tunggu pintu ofis bukak


Dekat kaunter ambik nombor giliran, untuk buat passport baby/kanak-kanak, kena bawak salinan surat beranak dengan IC salah sorang daripada ibu bapa atau penjaga. Kalau tak bawak salinan, kat sana ada kiosk photocopy, 60 sen sekeping. Lagi satu, dekat UTC Pudu tak payah bawak gambar passport sendiri! Nurin bergegas buat untuk anak dekat kedai gambar sebab orang call center Jabatan Imigresen kata untuk kanak2 kena bawak!! Tapi tu prosedur untuk UTC Pudu, tempat lain tak tau okayy..

Beratur lagi untuk ambik nombor giliran

Pengalaman kami buat passport di UTC Pudu sangat memuaskan. Tambahan lagi sebab buat passport untuk baby, ada nombor giliran khas. Including untuk OKU, ibu mengandung, kanak2 bawah 3 tahun dan warga emas jugak. Proses buat passport kami daripada masuk kaunter sampai lah bayar, sampai dapat passport, hanya 40 minit je. OK OK, guess that's probably because we had a nombor giliran khas.. regardless, rata2 I heard buat passport di UTC adalah cepat. 

A few things to note, UTC Pudu tak menerima permohonan passport yang kat bawah:

  • Untuk permohonan kali pertama bagi orang Sabah/Sarawak
  • Kalau nak tukar nama dalam passport
  • Kalau passport hilang atau rosak
  • Kalau nak tukar gambar dalam passport untuk kanak2
Kami sebenarnya nak tukar gambar cik Aisyah our 4-year daughter sebab gambar passport dia baby la sangattt.. kalau pergi imigresen kat oversea mungkin kena tahan kot..haha. Tapi tak boleh buat kat UTC Pudu. Takpe lain kali boleh cuba tempat lain.

Senarai pejabat Jabatan Imigresen kat link INI


Makeover Sistem Fail Keluarga di Rumah

15 February 2016

Dokumen kat rumah makin banyak, sampai dah naik rimas sebab banyak sangat kertas. Untuk simpan dokumen, nurin guna fail ring binder je, murah dan senang nak cari kat kedai. Mula dengan beli fail yang seragam, tapi fail yang jenis kertas kasar.

Ring binder saiz kecik dan besar

Sebab? Nak balut dengan wrapping paper bagi cantik gitu letak kat dalam rak. Sebenarnya kat pasaran ada fail yang cantik walaupun tak banyak, tapi in my case, ada beberapa fail yang nurin beli, tapi tinggi sangat tak muat rak nurin. Nurin guna rak IKEA jenis Kallax untuk simpan fail. Sementara je, sebab bilik home office belum setup lagi.

Fail ni nurin tak boleh guna sebab tinggi sangat

Nurin nak balut fail dengan wrapping paper jenis polkadot, nurin jumpa kat banyak tempat jugak. Yang polkadot warna pink, jumpa dekat Parkson KLCC. Ada jugak polkadot purple, jumpa dekat kedai serbaneka dekat dengan rumah. Pernah jumpa polkadot hijau kat MR DIY di Plaza Lowyat, tapi kedai MR DIY kat situ dengarnya dah tutup. Pendek kata, nurin memang hoarder wrapping paper polkadot walaupun waktu beli tu, taktau nak buat apa lagi.

Nurin beli fail kecik dan besar, ikut keperluan dokumen banyak mana. Contohnya, fail utk simpan resit2, dokumen Renovation & Repairs berkenaan rumah, letak dalam fail besar. Nurin suka simpan semua dokumen dalam clear plastic, daripada kena tebuk lubang. Sesetengah dokumen tak boleh tebuk lubang, dan walaupun clear plastic akan menyebabkan fail dua kali ganda lebih tebal, nurin suka sebab nampak kemas. Untuk klasifikasi fail, semua orang ada cara untuk klasifikasi fail sendiri ikut keperluan masing2. Contoh kami punya:

1. Sijil - my husband
2. Sijil - myself
3. Important Docs - berkenaan IC, surat beranak, sijil kahwin, tax, zakat, EPF
4. Kereta - termasuk dokumen penting eg: geran, insurans, maintenance, repair, termasuklah polis report!
5. Rumah - loan related, insurans, brochure, harga pasaran semasa dekat kawasan kejiranan yang kami compile masa beli rumah pun kami simpan untuk rujukan masa depan (sebab masa tu boleh tengok appreciation value).
6. Medical - resit hospital, result medical check up etc
7. Memories - yang ni nurin simpan keratan suratkhabar berkenaan nurin & family, surat yang nak simpan sebagai kenangan seperti surat2 recognition award daripada majikan, menang contest, etc
8. Renovation & Repairs - dokumen berkaitan reno & repair rumah

Nurin tak failkan bil2, lepas bayar selalunya terus buang ataupun paling kurang pun, simpan dalam laci kat dapur. Perlu ke simpan bil ye? Mana tau kalau ada dispute ke apa..so far tak rasa ada keperluan untuk simpan.

Manakala untuk dokumen2 yang bentuk buku macam our insurance policy, buku pink bersalin dan immunisasi, nurin simpan dalam accordion file. Setakat ni fail tu masih tunggang langgang lagi hehe.

Fail, wrapping paper, pinggan kecik, Mod Podge dan berus lukisan je


OK untuk makeover, nurin cuba dengan balut dengan wrapping paper. Nurin guna gam & sealer Mod Podge dan berus. Untuk next process, nurin guna adhesive vinyl warna pink, transfer tape, scraper, hook, washi tape dan my Silhouette machine.

Adhesive vinyl warna pink, scraper, hook, transfer tape. Takde dalam gambar : washi tape

Pertama sekali ratakan gam Mod Podge dengan berus. Nurin sapu secara memanjang dan tampal wrapping paper sikit2 supaya takde gelembung udara. Nurin guna scraper untuk tolak2 gelembung udara keluar.. sebenarnya scraper tu nurin dapat free, kalau tak guna kredit kad je senang. Untuk gam, Mod Podge ni takde beza sangat dengan gam biasa, cuma kalau nak guna gam biasa yang water-based glue, elakkan guna terlalu banyak sebab wrapping paper nipis takut basah dan koyak. Nurin guna Mod Podge sebenarnya sebab takut koyak, dan jugak sebab takde gam biasa.

Sapu sikit2...lama2 siap la..

Lepas dah siap semua, biar dia kering. Lepas kering, nurin sapu Mod Podge dekat atas file yang siap dibalut tu pulak. Sebab selain daripada sebagai pelekat, ia jugak sebagai kemasan atau 'sealer'. Bila dah sapu dengan kemasan ni, nampak lebih cantik dan konon tak nampak sangat macam wrapping paper balut sendiri la.

Sapu2

Mod Podge ni ada banyak jenis. Nurin beli yang jenis 'Gloss'. Mana nak beli Mod Podge ni? Nurin beli kat online je..kedai Craft Haven. Kedai dia ada kat Damansara jugak (One Utama).

Beza permukaan yang disapu kemasan Mod Podge tu (gambar belah bawah) dengan yang tak sapu

Washi tape pulak nurin guna untuk balut hujung2 fail tu.




Sekarang masa melabel fail tu pulak. Nurin nak tampal adhesive vinyl pada tulang fail tu. Vinyl ni jenis macam material yang kedai selalu tampal dekat cermin kedai untuk buat sign kedai.. Design dalam komputer apa perkataan nak tulis, dan my Silhouette Cameo akan potongkan (nurin upgrade yang baru, yang lama nurin dah jual).

Run the vinyl through..

Transfer tape tu pulak kegunaan dia untuk pindahkan vinyl yang melekit2 ni supaya dia terletak je kat fail tu. Kalau tak guna tape ni dan kalau kita koyakkan pelekat vinyl tu dengan tangan dan pindahkan sendiri, dia melekat2 dan susah nak bagi dia terletak cantik, sebab tulisan2 ni panjang susah nak kontrol. Transfer tape tu macam separa melekat, which is tak rosakkan permukaan ataupun vinyl yang kita tengah kerjakan. Nurin belajar macam mana nak guna transfer tape ni pun daripada youtube.

Pindahkan vinyl tu pada transfer tape
Pindahkan vinyl tu pada fail


Lepas dah siap pindahkan, boleh la buang balance vinyl yang tak perlu, contohnya macam tengah2 'O' tu kena buang kan.. nurin guna hook sebab dapat free jugak untuk kopek2 balance yang tak perlu. Boleh jugak guna jari sendiri (jari gemuk macam nurin tak boleh lahh..) ataupun dengan lidi.





Dah siap pun label di bahagian luar. Label belah dalam belum siap sepenuhnya lagi, tapi at least, dah dapat organize kertas2 yang berlambak dan buang yang tak perlu.





Klip ni nurin perasan kat kedai online Stickerrific. Mula2 ingat nak pakai klip biasa lepas tu balut dengan washi tape, kebetulan ternampak dalam IG sangat comel, so terus beli kaler Rose Gold. Nurin guna klip ni sebab fail yang saiz kecik ada 2 ring je, pastu dokumen dia asyik bergerak2, mungkin sebab licin dek clear holder tu kot.

Gambar final.. 







Korang macam mana, simpan dokumen dalam ring binder jugak ke? Kat Malaysia susah nak carik sistem fail macam 'hanging file folder' lagipun mahal sbb selalunya kena setup/beli dengan laci nya sekali. Nurin ada jumpa kat IKEA la tapi, tapi fail yang dia sertakan kaler tak lawa (hitam/hijau) tak macam kat oversea punya.















Dispenser Air Claytan Masuk Semut

11 February 2016


Sebenarnya dispenser air ni adalah antara barang paling lama yang dibeli sejak kawin. Dah 5 tahun, tahan sampai sekarang. Tapi yang tak tahannya ialah..dispenser air ni selalu masuk semut!

Jenis apakah dispenser yang tak kedap ni ye.. kenapa kami beli jenis ni pun taktau lah..huhu. Tapi dispenser ni cantik..cantik la untuk standard dispenser air, pada mata nurin la, mata orang lain taktau la.

Tutup dispenser ni cuma letak je kat atas. Tak kedap langsung.

Semut kat rumah ni pun taktau lah kenapa. Asal ada air je tak kira la, air kosong takde rasa pun disebat jugak, nak jugak berenang2 dalam tu..nak bunuh diri. Tang yang semut hitam besar tu pulak tu. Memang selalu kena salin air kat dalam tu. Kadang2 air masih banyak lagi dalam tu lepas tu kena buang sebab ada semut.

Solution kepada masalah semut ni adalah benda yang simple je.. daripada semut tu berenang kat dalam tong air ni, kita bagi dia berenang kat tapak tong ni ye.. Hubby nurin ambik penutup getah ala yang dok buat tutup tipuware tu..pastu lapikkan bawah tong air ni macam gambar kat atas tu. Pastu curah air kat sekeliling penutup getah tu bagi berair sekeliling dia. Sebelum dapat naik kat atas, dah mati kat bawah. 


Tapi tapak Claytan tu pun dah terhakis sikit dek kena air...uhu..

Alhamdulillah sekarang semut dah jarang sangat ada. Kalau ada pun, tu sebab kami tak ganti air yang dah kering kat penutup tu.



Share la dispenser air jenis apa yang korang guna..yang praktikal dan senang maintain sebab nurin ada berhajat nak tukar dispenser nih (lain kali). Kalau yang automatik dispenser tak dikira ye..ehehe..


_________________________________________________________________________________

AKHIR SEKALI.. IKLAN JAP.. JOM JOIN GIVEAWAY NURIN ESOK HABIS!! 

Pengalaman Beli Rumah Subsale dengan Fully-Furnished

10 February 2016




Pengalaman beli rumah..mesti ada pahit dan manisnya.. Nurin nak share pengalaman nurin beli rumah tempoh hari. Waktu beli rumah yang kami duduk sekarang, memang nurin tak amik 'port' sangat sebab walaupun rumah nama suami, rasa malasnya nak campur cam orang dewasa la sangat beli2 rumah ni. Kali ni beli rumah atas nama sendiri, mau tak pening dan nurin nak share supaya jadi pengajaran. Lagipun bukan off topic kan dalam blog ni, pasal rumah jugak kann kannn.. Warning post ni mungkin panjang dan takde banyak gambar sebagai penyeri topik hehe.

Alkisahnya kami terberkenan satu unit kondo ni sebab location dia terbaik. Tambah lagi owner tu nak jual siap dengan fully furnish. Lepas dah tengok2 dalam unit tu dengan sales agent (SA), kami bincang tentang harga dengan SA. Sudah tentu kami nego harga yang paling rendah yang boleh kami dapatkan utk kondo tu. Kondo ni dah ada dalam pasaran agak lama jugak, dan dia dah turunkan harga agak banyak juga daripada target nya yang asal. Mereka nak jual sebab tempat kerja sekarang sangat jauh, dan dah beli rumah lain yang dekat dengan tempat kerja. 

TIPS 1: Kalau nak beli rumah subsale, sebolehnya carik rumah yang owner memang desperate nak jual..insyaAllah boleh dapat harga yang within atau lower than market price

Dipendekkan cerita, kami nego dan dapat harga tengah2 i.e. lebih sikit daripada harga nego asal kami dan kurang sikit daripada harga asal. Tapi, my Hubby, dia masukkan satu condition.. "setuju bayar harga tu, tapi kami nak include tv". Ekceli kan dia kata fully furnish kan, pastu bila pusing2 kat ruang tamu masa viewing, wife owner tu ada cakap.. "this tv..maybe yes..maybe not..". Maksudnya dia mungkin nak ambik tv tu atau mungkin nak letak kat situ, tak pasti lagi. Jadi kami pun nampak peluang tu dan masukkan lah syarat yang kami OK dgn harga tu tapi kami nak dengan tv sekali.. muahaha..licik jugak Hubby aku nih.

Ekceli lagi satu furniture dia mahal2, bukan yang kodi2 punya, dalam kepala otak dah terbayang nak tukar dengan barang yang kat rumah kami macam sofa dia custom made punya..nak tukar dgn sofa kecik kat rumah..hehehe.

TIPS 2: Untuk membeli rumah sebagai investment, pertimbangkan beli rumah yang dah fully furnish supaya tak payah pening2 kepala, bak kata orang, masuk cuci kaki saja. Tetapi perlu jugak pertimbangkan sebab dari segi pinjaman dari bank, bank hanya value unit rumah itu sahaja dan tak termasuk perabot!

Berbalik pada tv tu, SA ni pun dia kata "ok saya boleh tanya dengan owner.. sambil tu apa kata awak bayar dulu booking fee, tanda awak berminat dengan unit ni, supaya bila saya nego harga ni, owner ni lebih yakin dan akan setuju. Dan saya akan tanya dgn dia boleh tak masukkan tv ni sekali dengan unit ni.."

So nurin pun bayar dan sign booking form, dan 2-3 hari lepas tu nurin sign borang 'Confirmation for Sale' dan bayar sebahagian kecil daripada downpayment. Dalam borang 'Confirmation for Sale' tu ada tang description unit tu..so SA tu masukkan unit ni "fully furnish with bed, kitchen cabinet, dining table bla bla.." Tapi dia tak masukkan perkataan "tv" kat dalam borang tu masa tu, kalau tak silap masa ni dia dah nego dgn vendor utk confirm tv adalah part of the deal tapi tak ingat kenapa dia tak masukkan perkataan "tv" tu.. Ingat ek part "tv" ni sebab benda ni la yang menjadi babak2 drama dalam pembelian subsale kondo ini..ohhh..(tangan atas dahi)



Sebahagian daripada borang Confirmation of Sale tu

Lepas dah settle bab owner setuju dengan harga dan syarat, carik bank loan dan masuk bab S&P. Lawyer yang nurin ambik, dia punya proses ialah courier S&P tu untuk kita sign instead of kita datang and sign tang tu, Bagus jugak sebab nurin baca S&P tu slow2 dari muka depan sampai belakang dibeleknya. Nurin tanya2 la jugak a few things yela first time oh baca S&P, pening baca legal2 clause ni. Dekat belakang S&P tu ada satu part dipanggil "Inventory List", kat situ lawyer tu list kan perabot2 yang datang sekali dengan unit tu la. Simple je inventory list tu..

Simple je Inventory List dia

Tapi nurin perasan dia tak tulis "tv". Nurin dah agak, S&P tu ditulis berpandukan pada details dalam borang 'Confirmation for Sale'. Jadi sebab dalam borang tu takde tulis tv, so S&P pun takde la tulis. Sebenarnya nurin dah suruh dah SA tu tambah perkataan "tv" dalam borang tu tapi sampai ke sudah dia tak buat, tapi nurin tak ambik pusing sangat sebab ingatkan small matter, takde menjejaskan apa2 so senyap jela.

Tapi bab S&P, nurin memang mintak lawyer tu amend balik, so a few days later dia courier helaian S&P dengan tambah perkataan tv. OK, so nurin pun sign dan pulangkan S&P kat despatch. Ekceli sebelum nurin sign S&P ni, punya la drama.. krono dia camni..

  • Nurin nampak takde perkataan tv, pastu "Inventory List" dia ada beberapa perabot yang tak disebut 
  • Nurin discuss dengan SA, tolong discuss dengan lawyer untuk masukkan beberapa perabot yang takde  tulis dalam booking form dan S&P, seperti perabot tv, tv, tilam 2 bijik... Ekceli air cond dalam S&P tu pun salah, ada 2 unit dalam kondo tu bukannya satu je. 
  • Alkisahnya pastu SA call kata owner taknak buat detailed list pasal perabot tu. Turns out, SA tu pergi mintak owner list down barang2 dia semua termasuk lah jenama perabot, saiz, kaler..bla bla..
Ah sudah! Pertama sekali, bila masa la pulak aku suruh detailed bagai sampai mak nenek saiz, kaler pun nak masukkan. Nurin tak pernah bising even though dia tulis cam simple "One unit of bed" gitu je. Kedua, nurin cuma mintak SA discuss dengan lawyer, bukan libatkan owner sekali! Tapi mungkin tang tu, nurin silap kot sebab mungkin procedurally, kena libatkan owner sebab dia dah turunkan tandatangan untuk perabot yang tertulis dalam booking form walaupun hakikatnya, dia memang akan jual dengan segala mak nenek perabot kat dalam kondo tu.

SA tu siap quote "They feel insulted that we ask them to list down all their furnitures in detail, like we don't trust them". Ohh..memang nurin sound la SA tu bila masa pulak nurin suruh list down secara detail oi..... 

TIPS 3: Ekceli bila tanya dengan a few of our friends yang ada pengalaman rumah subsale fully furnish, dan tanya dengan lawyer kami tu, perlu tulis secara detail furniture dan fixture yang ada kat rumah tu. Fixture tu maksudnya segala mak nenek water heater, lampu, berapa ketul downlight yang ada sampai ke lampu kalimantang kau kena sebut. That's what my husband's friend did! Lawyer kata ada S&P yang buat sampai sofa tu berapa seater, panjang berapa.. extreme tak extreme. Tapi itu realiti nya, S&P tu lah dokumen bertulis yang sah disisi undang2, sofa yang kau nampak masa view rumah tu mungkin harga RM 5000, kalau kau cuma tulis "one unit of sofa", kalau dapat owner yang tak jujur, owner tu ada peluang untuk tukar dengan one unit of sofa harga RM 1000 je sebelum rumah tu bertukar tangan. 

Tapi nurin tak kisah dengan terlalu detail sangat, sebab S&P nye dah jadi lagipun, cuma nurin hanya mintak letak "tv" saja sebab itu lah syarat yang kami letakkan yang menyebabkan kami setuju beli dengan harga yang dirunding (which was a bit above our budget). 

Tambah pulak sebab tv tu penting untuk sesebuah rumah, kalau air cond tak disebut dalam S&P dan tiba2 hilang ke (contoh la..), boleh ganti dengan kipas berdiri takde masalah. Kalau tv takde, untuk sewakan sesebuah rumah, tv kena beli baru! Keluar duit at least 800-1000 ringgit!

  • Oleh sebab drama gini, nurin kata takyah masukkan perabot tv, tilam tu semua.. cuma masukkan perkataan "tv" je please..
Lepas sign, dan pulangkan balik ke lawyer, pastu dia kena despatch kat owner pulak untuk sign. Rumah tu ada 2 nama, both the husband and wife so both of them had to sign. Lama jugak tunggu untuk S&P tu sampai pada owner, mungkin sebab logistics tambah pulak lawyer masa tu tengah pindah office so busy sikit. Pada satu hari tu, lawyer update pada nurin, kata petang ni SA tu akan collect S&P dan pass pada dia. Esoknya nurin dapat panggilan daripada lawyer kata wife dia tak sign pada S&P tu..jeng jeng jeng.. Ah sudah apa pasal pulak ler dia tak sign, dia ni nak jual ke taknak jual. Taknak jual bagi balik duit nurin campur dengan legal fees semua..uhuhu..

Husband dia OK je sign aje. Husband dia suruh SA call lawyer, suruh lawyer straight call wife dia utk explain bla bla.. nampak tak betapa banyaknya orang tengah pass2 down message kat situ. The reason wife dia taknak sign sebab:

"Dia nak muka surat 'Inventory List' tu dibuang daripada S&P tu"

Ekceli time ni Hubby memang dah hangin satu badan dah. Kita bukan fikir pasal yang diorang tipu kami ke apa on the furnitures, no no..sebab owner tu pun golongan professional, educated.. Tapi ni dah melibatkan legal documentation, apa2 pembelian perlu ada bukti bertulis. Macam kerja la jugak, nurin keje opis, apa2 discussion dan persetujuan kau tulis dalam minutes of meeting kan..supaya nanti senang nak rujuk balik. Ni lagi kan beli rumah!

I think our lawyer did his best sebagai 'mediator' dan dia ada cadangkan beberapa cadangan kepada nurin dan Hubby, yang dia boleh ketengahkan kepada owner dan SA utk selesaikan masalah ni.

Beberapa cadangan lawyer kami:

1. Tak payah masukkan 'Inventory List' tu i.e. agree dengan wife owner tu la     -->of course kami tak agree sebab kami nak black and white. Eh lawyer ni pun, lawyer kita ke lawyer owner tu hehe

2. Dalam muka surat pertama S&P (page 1 tu selalunya mukadimah, cam alamat rumah ni, bank apa, developer asal siapa bla bla), letak perkataan "fully- furnished" dan quote kan borang 'Confirmation for Sale' tu utk keterangan lanjut berkenaan details perabot tu ---> untuk cadangan dia yang kedua ni lepas cadangan pertama kami tolak, nurin tanya dia beberapa soalan:

  • Soalan Pertama: Kalau letak perkataan "fully-furnished" sahaja, in legal term, adakah memang ada definisi "fully-furnished" tu? Contohnya, kalau cukup lengkap ada katil tilam tv meja makan bla bla..baru dikira "fully furnished" dari sudut undang2? Kalau contohnya katil takde, tak dikira fully furnished?
    • Jawapan dia dari sudut undang2, takde definisi yang tetap tentang "fully-furnished". Sebab tu kita letak 'Inventory List'... See..soalan pertama nurin dah terjawab sendiri kenapa pentingnya list tu. 
  • Soalan Kedua: Apa peranan borang 'Confirmation of Sale' dalam konteks ni bila dah ada S&P, dari segi undang2. Apa beza kita quote "sila rujuk form sekian2" dengan letak 'Inventory List' terus dalam S&P?
    • Mula2 lawyer nurin jawab takde beza quote borang 'Confirmation of Sale' atau Inventory List, cuma format je yang berbeza. Tapi nurin tak begitu yakin, melainkan kalau borang tu kita attach sekali sebagai appendix. Lepas tu lawyer ada sebut, ekceli lepas S&P dah sign borang tu dah takde makna dah dari segi undang2. Soalan kedua pun sudah terjawab dengan sendirinya..
    • Lagipun booking form tu takde tulis "tv". Kalau nak letak "tv", sepatutnya owner kena sign balik form tu sebab booking form tu kami semua turunkan tandatangan. 
    • Kesimpulannya, nurin dan Hubby pun tak agree dengan cadangan kedua, melainkan tambah perkataan tv, sign borang tu balik dan attach dalam S&P. Tapi daripada buat camtu, baik kau sign je S&P sedia ada daripada suruh buang mukasurat tu!

TIPS 4: Agak cliche, tapi betul. When in doubt, tanya soalan banyak2 pada lawyer. 

TIPS 5: Evaluate cadangan atau nasihat lawyer kalau ada. They may try to mediate between two parties dengan menawarkan solutions within the legal boundary but at the end of the day, we are his/her clients.

Hubby call SA, tanya apa masalah.. SA tu asik dok ulang ayat yang sama.. "They said why we don't trust them"..asik dok ulang perkataan "trust". Mereka cakap memang kami akan bagi pun furniture2 tu, why don't they trust us.. we allow them to pay downpayment late, why don't they trust us.. (ni SA la yang quote - actually nurin mintak supaya nurin dapat bayar separuh downpayment tu lambat sikit sebab nak keluarkan duit KWSP). 


Kami pun naik pening, jumpa pun baru 2 kali, kenal apatah lagi apa kena mengena isu percaya mempercayai dalam konteks ni. Apa masalah diorang sampai tak nak masukkan dalam S&P. Lagi dolak dalik tentang trust issue ni, daripada kami ok je, jadi tak ok..lagi rasa macam ada benda yang tak kena je. Ah..lagi la kami push untuk masukkan dalam S&P.

Akhirnya, SA tu cadangkan kami berjumpa je bertentang mata untuk selesaikan masalah ni. Jadi pada satu malam...kami datang ke kondo tu untuk berjumpa. Nurin dah cuak2 dah, takut wife dia jadi singa ke apa..Nak taknak jumpa la jugak. Rupanya ada lawyer, kami berdua (with our kids in tow) dengan owner husband + wife je. SA tak ada (lagi bagus).

The wife started off the discussion, sangat tenang, dia kata "actually there was some misunderstanding...." . Nurin dah start lega sikit, sebab memang dah jangka ada salah faham. Memang sangat pelik sebab kami tak faham apa masalah dia taknak masukkan dalam S&P kalau betul memang dah janji nak bagi semua furniture tu. 

Sebelum nurin cerita apa salah faham tu, ekceli untuk pendekkan cerita, kami ada nego satu lagi deal iaitu a small portion of the harga rumah tu (dalam 10k), supaya tak dimasukkan dalam sales price. Maksudnya kami masih bayar, tapi tak masuk dalam sales agreement. SA dah tanya dengan lawyer dia, dan cadangannya ialah, walaupun tak masuk dalam sales price, masih dianggap agreement tapi a separate agreement. Lawyer akan keluar satu surat dipanggil "undertaking letter" untuk kami bayar 10k tu. SA tu panggil benda ni "under the table" la kira.. poyo je la nama tapi bukan illegal taww.. So nurin happy, owner pun OK kawtim.

Sambung balik cite perbincangan dengan owner rumah tu, rupanya misunderstanding yang dimaksudkan ialah..


Owner and wife tu ingatkan duit 10k yang tak termasuk dalam sales agreement tu memang betul "under the table" i.e. takde hitam putih, memang bersandarkan pada trust saje. Meaning kalau nurin tak mau bayar pun, diorang tak boleh nak buat apa2 dari segi undang2!

Malam tu jugak la kami baru paham apa pasal la owner ni asik dok main trust issue ajer..rupanya diorang ingatkan dia percayakan kita tang duit 10k tu, jadi kami kena percaya kat diorang tang perabot2 tu semua! Yang si SA tu pun dia terangkan kat nurin pasal akan ada undertaking letter dan semuanya masih libatkan lawyer utk bayar 10k tu, macam mana pulak dgn owner tu dia boleh tak explain semua benda tu???

Lagi satu owner ni pulak, ape pasal tak terus terang je! Nurin dgn Hubby dgn lawyer sekali dok pening dekat 2 minggu kenapa susah sangat nak terima muka surat inventory list tu! 

Tang tu jugak wife owner tu sign S&P dan masalah selesai!

Pengalaman betul beli rumah ni.. akhir sekali yang nurin boleh kongsikan:

  • Seboleh-bolehnya, lantik lawyer yang takde hubung kait dgn SA dan sudah tentu sekali yang takde kaitan dgn owner ataupun bukan lawyer yang sama dengan owner, sebab lawyer kita mesti membawa kepentingan client dia. Nurin bernasib baik kat sini sebab nurin tak ambik lawyer yang di-offer oleh SA. Nurin ambik suami kawan nurin.. (tolong orang Melayu!) Sapa2 nak no contact suami kawan nurin tu, boleh PM. Recommended!
  • Banyak misunderstanding kat sini. Nurin dengan Hubby pun sebenarnya tak berapa faham sangat jalan cerita yang sebenar2nya, tapi yang jelas kat sini, SA dia banyak manis mulut nii..Pusing cerita sana sini..tak terus terang pada owner. Owner tu ada cakap "we didn't know about this undertaking letter at all" (sambil tunjuk kat surat undertaking letter tu)
  • Apa2 yang tak jelas atau yang tak puas hati, tolong lah terus terang. Rasanya mungkin owner tu dah terus terang dekat SA apa diorang punya concern, tapi tak ter-sampai kat kami dan lawyer wallahualam.. sebab SA mungkin tak bagitau, ntah sebab apa tak tahu la kann..
  • Sepatutnya dalam transaksi camni, yang saya faham lah..lawyer is our mediator antara dua belah pihak, bukan SA sepatutnya. Betulkan nurin kalau salah.
  • Seboleh2nya, terutamanya kalau yang rumah tu termasuk dengan perabot, clarify dulu awal2 dengan lawyer (pastikan lawyer tu bincang dengan owner lah), bagaimana ia akan didokumenkan dalam S&P. Clarify awal2 sebelum pembayaran dibuat supaya tak ada salah faham. Sebab kalau ada salah faham macam kami ni, dan kalau lah keadaan jadi lagi parah, sebenarnya owner tu boleh je tarik diri daripada perjanjian jual beli ni, selagi S&P belum sign! So nanti sapa yang rugi? Kita yang membeli la yang rugi banyak, duit lawyer dah bayar.. lawyer S&P, dengan lawyer loan bank lagi! Gigit jari lerr masa tu...duit melayang tapi rumah tak dapat.
  • Siapa nak beli rumah fully furnish, hati2 dengan S&P ye! Seboleh mungkin masukkan lah detail perabot2 dan fixture tu..supaya takde masalah di kemudian hari!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AKHIR SEKALI.. IKLAN JAP.. JOM JOIN GIVEAWAY NURIN LAGI BEBERAPA HARI JE LAGI!! 

Giveaway nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder - Menangi Penginapan Swiss Garden Resort

07 February 2016





Bulan ini, blog nurinkhairi ingin menganjurkan sebuah giveaway untuk semua pembaca dan anda berpeluang memenangi penginapan 3H2M di Swiss Garden Resort Kuantan atau Lumut, Perak! Nurin dah pergi dua2 resort ni..resort dia best, sesuai untuk mandi manda pantai dan pelbagai aktiviti lain. Kuantan punya, nurin pasti terjah ke kedai makan Ana Ikan Bakar di Tanjung Lumpur, manakala di Lumut, nurin dan keluarga naik bot untuk ke Pulau Pangkor. Nak duduk kat resort dia je pun OK. T&C kat bawah sekali.

Cara-cara untuk menyertai giveaway ni sangat lah senang:

1. Follow blog nurinkhairi ni
2. Post entry dengan tajuk:

Giveaway nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder - Menangi Penginapan Swiss Garden Resort

     (a) Wajib sertakan gambar giveaway di atas dan backlink pada post nurin ni
     (b) Untuk pembaca yang takde blog, boleh skip step ni

3. Jawab satu soalan berdasarkan artikel SHAKLEE Collagen Powder kat bawah:

Pengambilan SHAKLEE Collagen Powder yang diekstrak daripada ikan merah lautan dalam bermutu tinggi, dapat membantu mengurangkan kedutan dan garis halus. Jawab YA atau TIDAK?

Untuk jawab soalan tu, sila komen dalam kotak komen di entry nurin ni!

Senang kan? Jemput semua blogger dan pembaca untuk join ok. Pemilihan pemenang adalah secara random. Share the love!! :)


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

WHATSAPP / SMS 012-6305578 (DIBA) UNTUK ORDER 

Semakin meningkat umur, tubuh kita menghasilkan semakin kurang kolagen, yang menjadi penyebab kedutan, garis halus dan kurang keanjalan kulit i.e. kulit kendur. Selain faktor umur, juga termasuk faktor radiasi, pancaran matahari, dan sebagainya. Sangat penting untuk mulakan mengambil suplemen seperti kolagen. Khasiatnya:

  • Kurangkan kedutan dan garis halus
  • Kulit lebih anjal
  • Membantu putihkan kulit
  • Membantu menganjalkan payudara
  • Memperbaiki kesihatan sendi dan otot
  • Melembapkan kulit 
SHAKLEE Collagen Powder ni bermutu tinggi sebab ekstrak kolagennya adalah daripada ikan merah lautan dalam yang hidup sehingga 5000m dari paras laut, jadinya ia bebas pencemaran dan menjamin kualiti kolagen yang diekstrak. 

Molekul kolagennya sangat kecil, oleh itu ia sangat mudah diserap untuk membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis. Dan oleh sebab ia adalah dalam bentuk serbuk, ia lebih senang diserap berbanding kapsul.

Umur dah meningkat ni, kena ambil berat kesihatan dan kecantikan diri lebih lagi. Makanan yang kita makan perlu disertai jugak dengan supplemen bermutu tinggi sebab makanan yang kita beli dan makan, selalunya kita pun tak tau macam mana pembuatan dia dan asal usul.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Terma dan syarat pemenang penginapan:

1. Nurin harap pemenang OK untuk menginap pada 19-21 May (cuti hari Wesak). Tetapi, kalau lah pemenang memang tak boleh pada tarikh tersebut, pemenang boleh pilih tarikh lain, nurin OK.. :)

2. Kalau tak boleh pada 19-21 Mei, pemenang perlulah fleksibel dengan tarikh untuk pergi, antara bulan Mac - Mei 2016 (at least 3 pilihan tarikh)

3. Tarikh untuk menginap perlulah diberikan pada nurin paling lewat 3 hari selepas pengumuman pemenang

4. Penginapan tak termasuk sarapan pagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...