Pengalaman dan Kos Bersalin di UKMSC - update tahun 2016

18 January 2016



Alhamdulillah diberi peluang menimang cahaya mata lagi. Pilihan hospital untuk bersalin masih lagi di UKMSC dengan doktor yang sama. Walaupun doktor pilihan kami Prof Azurah cuti bersalin panjang, nurin pergi checkup mengandung di tempat lain dulu - kat klinik kerajaan, lepas tu tukar ke Putra Medical Centre (Sungai Buloh), sampai la kandungan dah masuk dalam 7 bulan baru dapat check up dengan Prof Azurah.

Nurin pernah update tentang pengalaman bersalin di UKMSC dalam entri ni (LINK). Oleh sebab banyak yang Google search, entri ni adalah update untuk tahun 2016 terutamanya dari segi kos, walaupun sebenarnya nurin bersalin akhir bulan December..hehe. Rejeki kami alhamdulillah dapat jugak baby keluar tahun 2015, jimat setahun untuk masuk sekolah!

Pengalaman bersalin kat UKM Specialist Centre kali ni hampir sama je macam kali pertama kami di sana. Wad takde beza, support dari doktor, nurse dan pengalaman labour room lebih kurang sama je. Baca entri yang lepas ye kalau nak tau lebih lanjut, Kat sini nurin nak update pengalaman lain yang nurin experience  termasuk pengalaman semasa check up mengandung.

1. Sokongan daripada HUKM (goverment wing)

Yang ni nurin dah sebut dah dalam entri lepas, tapi sebab bagi nurin, sangat la penting dalam kriteria kami memilih hospital sebab ada sokongan daripada bahagian government. Kalau pergi yang memang hospital swasta, belum tentu lagi, mungkin kena tolak kat hospital kerajaan jugak. 

Tapi, yang tak bestnya kalau dekat dengan HUKM ni ialah....doktor ada kemungkinan akan tolak pesakit ke govt wing untuk kes yang high dependency oleh sebab nurse di UKMSC diorang tengok semua pesakit, jadi tak khusus dalam bahagian O&G saja. Masa nurin check up haritu, nurin kena diagnose ada Placenta Previa Type 2 semasa bulan ke-7 gitu dan doktor suruh duduk di govt ward sampai la bersalin atau boleh keluar awal kalau keadaan improve kepada Type 1. 

Nak dipendekkan cerita, nurin tak payah masuk wad (happy!!) dan 2 minggu lepas tu, keadaan improve kepada Type 1. Oleh sebab support daripada govt wing ni sangat senang, ada je kemungkinan pesakit UKMSC akan kena tolak ke HUKM. Ikut orang la sama ada ianya advantange ataupun disadvantage. Tapi kalau diikutkan, doktor fikir yang terbaik je untuk pesakit (dan mungkin jugak untuk elakkan saman menyaman kalau ada apa2 isu..maklumlah sekarang ni zaman saman menyaman, tak hormat doktor hmm)

2. Boleh je nak tukar kepada govt wing walaupun check up di UKMSC 

Haritu waktu dah nak masuk labour room, nurin ada cakap dengan Hubby, apa kata kita tukar govt wing. Boleh je kalau nak buat gitu, tapi kalau ikutkan prosedur, tak boleh la nak dapat doktor yang kita dah pilih awal2 dulu.

Nurin rasa nak tukar kepada govt wing sebab nurin ada kemungkinan bersalin ceasarean, walaupun masa masuk labour room tu, doktor kata boleh bersalin normal (dah jadi Placenta Previa Type 1 boleh bersalin normal). Kalau bersalin ceasarean, tak tau la mesti mahal berganda2. Kawan nurin yang bersalin tahun 2012, kos dia RM 6000 lebih. Company nurin cover sampai RM 4000 je untuk ceasar huhu.

Tapi akhirnya kami putuskan untuk duduk bawah UKMSC jugak. Alhamdulillah sebab dapat bersalin normal.

3. Tak fikir keuntungan

Ni berdasarkan pengalaman nurin la ye. Doktor kami selalu tanya, waktu check up, nak ke ubat ni ubat tu.. sebab kalau ambik kat luar (hospital kerajaan), lebih murah, kalau kat UKMSC harga ubat lagi mahal. Untuk kes nurin, boleh dapat percuma la sebab Hubby doktor hospital kerajaan.

Kos bersalin di UKMSC  

Nurin tak pasti kos bersalin secara ceasar..jangan tanya ye! 



Bulan Disember, nurin bersalin secara normal, episiotomy, dan ada epidural. Oleh sebab company nurin cover sampai RM 3500 untuk bersalin secara normal, kami sebenarnya dah bersedia untuk top up mungkin dalam RM 200-300 lagi, memandangkan kos bersalin nurin pada tahun 2012 dalam RM 2800. Mesti harga dah naik banyak sebab GST la, harga barang naik la..

Terkejut jugak suami nurin, kos tak naik banyak pun, hanya dalam RM 3000 lebih je. Alhamdulillah..tak payah nak tambah apa2 lagi.

Pada pendapat nurin, kalau nak dapatkan servis hospital swasta dan tak terlalu mahal, nurin rekemen UKMSC. Tapi kalau hospital kerajaan, rasanya Hospital Putrajaya ataupun Hospital Selayang lebih bagus..ni Hubby yang cakap la :)


Dapur "Open Concept".. Antara Suka Dengan Tidak?

14 January 2016
Dalam entri nurin yang lepas, nurin pernah sebut berkenaan dapur rumah nurin yang konsep "open space". Boleh tengok gambar dapur nurin yang bersambung dengan ruang keluarga di entri ini. Rumah orang lain pun ada konsep "open space" jugak, tapi dapur rumah nurin ni memang terbukak habis dengan ruang keluarga. Mujur la nurin ada satu lagi ruang untuk tetamu yang tertutup sikit daripada dapur.

Alkisahnya ada satu hari tu, agak2 kali pertama jugak kami menerima tetamu. Masa tu ruang tamu (yang tertutup sikit daripada dapur), masih takde apa2 perabot lagi - sofa pun takde, sebab sofa kami letak di ruang keluarga. Jadi bila tetamu datang, kawan2 Hubby, nurin rasa sangat la janggal nya. Nurin buat air, godek2 nasik, mata memandang tepat pada dapur.

Sejujurnya, nurin selesa dengan dapur "open concept" ni kalau bersama keluarga je..tapi bila dah ada ramai orang, nurin mula lah terfikir balik tentang projek wet kitchen yang kami pernah fikir dulu. Lagipun bila ada ramai keluarga datang, adoi berkecah nye dapur tu tak dapat diselindungkan pun. Kalau ada wet kitchen ianya tertutup, takde la pening sangat kepala tengok sepah yang teramat. Nurin memang pantang kalau dapur ni bersepah, cepat je rasa nak kemas!

Kalau bab bau2 makanan pergi ke seluruh rumah tu, kadang2 ada la jugak, tapi nurin tak berapa kisah sangat sebab kejap je, lepas tu dia hilang la. Lagipun rumah nurin takde la selalu masak macam ikan masin ke, udang kering ke..

Alhamdulillah sekarang ruang tamu dah ada sofa, carpet, rak.. takde la kosong aje. Tempoh hari ada tetamu datang, jadi takde la duduk kat ruang keluarga lagi. Tak sabar nurin nak deco rumah ni lagi, sekarang nurin cuti bersalin!

Kesimpulannya, dapur "open concept" ni nampak menarik, at least bagi nurin la. Sebab nurin suka masak sambil2 tengok anak kat ruang keluarga, ataupun borak2 dengan Hubby, tengok tv sekali.. Nurin tak suka duduk dapur sorang2. Tapi dari segi praktikaliti, ada jugak kekurangan dia memandangkan design dapur rumah nurin memang sangat terbuka.

Alhamdulillah sekarang ruang tamu dah ada sofa, carpet, rak.. takde la kosong aje. Tempoh hari ada tetamu datang, jadi takde la duduk kat ruang keluarga lagi. Tak sabar nurin nak deco rumah ni lagi, sekarang nurin cuti bersalin!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...