Projek DIY Gold Foil untuk Pengantin Baru

23 November 2015
Projek nurin yang terbaru adalah untuk kawan nurin yang baru melangsungkan perkahwinan haritu. Saja ambik kesempatan untuk buat projek kraf yang baru, sebab kalau takde 'deadline', amboi memang tak bergerak la nurin ni ha.. 


Mula2 sekali nurin carik font yang lawa dekat internet, dan lepas dah taip apa yang dihajati, mesin Silhouette akan potongkan. Nurin pernah intro pasal Silhouette yang nurin beli di sini. Tapi sebenarnya sebelum potong, nurin "weld" dulu semua perkataan tu, sebab kalau tak "weld", huruf tu akan jadi satu2 - dia tak sambung2. Kalau sambung2 macam ni, nampak lebih lawa dan yang paling penting bila dah potong, dia akan keluar jadi satu keping. Kalau huruf tu satu2, nanti bersepah2 susah nak tampal dekat board yang kita nak. Tapi nurin tak perasan, untuk perkataan Liyana tu, "i" punya titik tu terlekat dekat "L" haha halalkan je laa...




Lepas dah potong, pada mulanya nurin letakkan atas mounting board warna hitam saiz A4. 


Lepas tu nurin gamkan huruf2 tu dengan gam khas untuk lekatkan gold foil di atasnya. Nampak tak ada tompok2 putih luar daripada huruf2 tu? Itu yang buat nurin lambat siap, sebab gam ni kuat dan gold foil tu melekat kat situ. Tak cantik!


Ni bahan2 yang nurin gunakan. Botol warna putih tu ialah gam khas untuk gold foil tu, dipanggil 'gilding paste' jenama Gedeo. Gold foil pun jenama Gedeo. Dua2 ni nurin beli kat Craft Haven kedai online sebab waktu tu ada discount code boleh dapat potongan diskaun bulan Oktober lepas.

Oleh sebab gold foil tu dah melekat2 di luar kawasan huruf, nurin buat Plan B pulak. Potong balik, lepas tu tampal dengan gam dan gold foil dulu, baruuu letak dekat atas mounting board. Gam ni kena sapu, lepas tu tunggu dalam 15 minit, baru mulakan kerja menampal.


Macam ni rupanya masa tengah 'construction'

Mula2 gold foil tu akan nampak bersepah2 lagipun nurin first time ehe.. Terutamanya di tepi2 tu, kemaskan dengan berus yang lembut je. Sebab gold foil tu sangat ringan dan cepat koyak. Mana2 bahagian huruf yang terkoyak2 tu, no problem, hanya tambahkan sikit lagi gam, tunggu 15 minit dan tepek2 yang lompong2 tu. Dia tak nampak capuk2 pun, mula2 nurin risau jugak tapi bila tengok2 dalam internet, memang kebiasaannya macam tu.

Akhirnya lepas dah kemas dan siap, baru nurin lekat dekat mounting board hitam yang baru. Dan masukkan dalam frame

Lama jugak projek nak buat ni. Bayangkan lepas subuh sebelum nak pergi majlis kahwin tu pun, nurin masih lagi kemaskan gold foil ni. Tula kalau ada deadline gitu la ye.. Puas hati dapat buat sendiri. Gold foil ni masih banyak lagi (ada 25 keping kat dalam pek tu), mungkin lepas ni boleh buat dekat tempat lain pulak..macam nak balut gelas kaca ke..gelas emas konon2 nampak macam mahal la..haha.

Selamat Pengantin Baru Liyana dan suami Izzat



Pasang Lantai Laminate Inovar

19 November 2015
Akhirnya selepas Hari Raya Aidilfitri lepas, kami dapat pasang lantai laminate daripada Inovar. Kami pasang dekat tingkat atas, merangkumi bilik utama, hallway dan ruang keluarga di atas. Bilik2 lain di atas kami tak pasang.

Lantai daripada Inovar ni ada banyak jenis atau series, dan setiap jenis melambangkan tahap kualiti dia. Nurin ada cerita kat post ini. Harga dia pun lain2 setiap series dia. Pada setiap series tu, banyak pilihan warna. Sebenarnya kami tangguh untuk pasang, sebab nurin berkenan dengan satu kaler iaitu nama Marino Walnut. Tapi kaler ni belum keluar lagi waktu tu (bulan Jun gitu), jadi kami tunggu sampai bulan puasa tahun ni untuk jengah tengok. Kaler dia ni gelap, mungkin yang paling gelap dalam series yang kami nak (Traffic Zone Series). Hubby tak kisah yang mana asalkan nurin happy hehe. 

kaler Marino Walnut

Tapi lepas dah singgah ke showroom di Taman Melawati, fikir2 menimbang2, akhirnya kami sepakat taknak ambik pulak kaler ni! Haha penattt.. Kami tak ambik sebab kaler ni kalau kaler gelap, kemungkinan kalau lantai berhabuk lagi nampak ketara. Macam kereta nurin la warna hitam..bila berhabuk, lagi nampak nyata. Kami akhirnya ambik kaler yang kami rancang dari awal dulu iaitu Sumatran Teak. Kaler ni tak terlalu cair/terang dan tak terlalu gelap..

Sales advisor kami cakap kaler ni popular. Ambik je la. Dia kata jangan ambik kaler Balinese Teak (kaler dia yang paling cair and kekuningan, tengok gambar kat bawah, tak cantik katanya.





Pada hari Sabtu yang dijanjikan, berduyun2 kontraktor datang, ada nak dekat 5-6 orang rasanya yang datang untuk pasang lantai, terkejut nurin. Nurin tak berani pun nak datang jenguk sebab tangga nurin terus menjengah ke ruang keluarga, dan mereka buat kerja di semua tempat secara serentak. 

Hasilnya, puas hati dengan kerja mereka, kemas. Habuk tak ketara, dan kaler pun cantik je pandangan mata. Takde spesifik cara penjagaan kot, cuma kalau air tumpah, cepat2 la lap.

Pemandangan dari arah bilik, memandang ke family area dan hallway ke bilik utama. Nampak sangat family area kami di atas masih kosong takde apa2 barang pun..hehe

Waktu kontraktor tu datang install, dia bawak flooring ni banyak! Sebab dia ingatkan tangga pun termasuk dalam pakej kami jugak. Nasib baik dia tanya dulu. Kalau dia dah start pasang kat tangga, susah pulak nanti. Lagi2 kalau parquet bawah tu dicabutkan, mau tak haru... 

Kaler flooring dan profile: Sumatran Teak
Kaler skirting: Picasso Walnut


Kalau sapa2 yang tengah carik2 kontraktor untuk laminate flooring, pengalaman nurin dengan Inovar ni:

  • Sales advisor bagus, layan kami yang banyak songel. Kami mintak macam2 quotation : yang campur dgn tangga, yang buat seluruh tingkat atas.. dia sabar je layan hehe
  • Skirting kena cabut sendiri, seperti yang nurin pernah tulis kat post nurin yang lama tu (sini). Tapi kami terlupa la nak hack sendiri, sampai2 kontraktor tu cakap ni kalau diorang hack kan, kena bayar extra. Rasanya ikut keluasan la, kami kena bayar RM 150
  • SA kami nasihatkan supaya cabut parquet sebelum pasang lantai, cabut tu kena buat sendiri ataupun extra charge. Sebab, series yang kami ambik ni ada waranti anai2 (anti-termite warranty), tapi kalau ada anai2 disebabkan dia makan parquet kat bawah tu, maka Inovar tak cover. Tapi kami tak cabut pun parquet tu huhu
  • Oleh sebab kami tak pasang lantai ni di bilik2 selain bilik utama, dia pasang profile pada setiap sisi yang terbukak (yang takde dinding). Nurin tak berapa suka, sebab tak sedap kat kaki bila jalan. Kalau ada duit lebih, boleh pasang dalam bilik2 lain, lepas tu profile tu boleh bukak
Profile nyer rupa gini
  • Oleh sebab kontraktor tu terbawak lantai yang lebih dan mereka pulang dengan van kecik je, lantai tu dia tinggal kat rumah dalam masa agak lama jugak (dalam 3 minggu gitu), lepas tu baru dia ambik balik. Oleh sebab tu, dia lambat sangat tutup account. Bila dia dah siap kira2 tolak2, SA kami kata kami dapat refund dalam RM 1000 lebih. Sebab kami terlebih bayar dan jugak quotation dia terlebih anggar. Tapi bayangkan sampai sekarang (dari bulan Ogos sampai November dah sekarang), kami belum dapat pun lagi cheque yang dijanjikan!! Sampai sales advisor mintak saya call account department terus, sebab dia kata dia dah banyak kali follow up
Lebihan lantai yang Inovar ambik balik dari rumah kami
  • Harga lantai kami ialah RM 7.20 sekaki persegi (sekarang dah naik jadi RM 9 rasanya). Oleh sebab kami bayar penuh 2 hari sebelum GST, kami tak perlu bayar GST. Kami dapat tau yang Inovar yang kena bayar GST tu, sebab account kami masih aktif sampai sekarang..jadi bukannya dapat elak daripada GST pun, cuma nya GST tu dibayar oleh Inovar, bukan customer

Secara keseluruhan, nurin recommend :)


IKEA terlebih caj masa membayar | IKEA dibuka di Cheras 19 Nov 2015

18 November 2015
Untuk keluarga2 yang baru masuk rumah atau yang selalu home deco atau susun atur terutamanya kat Lembah Klang ni, mesti wajib la pergi ke IKEA. Esok IKEA Cheras dah mula bukak. Konon ingat Cheras, nurin perasan la ingat dekat jugak la dengan rumah mak nurin. Haha..maap la sangat ye.. Cheras tu besar. Yang ni sebenarnya sangat dekat dengan KLCC, boleh jadikan outing masa lunch kalau untuk sesiapa yang kerja berdekatan macam nurin.

Banyak jugak promosi yang nurin dengar. Ada beribu2 door gift tapi sekadar pen drive, beg.. gift card cuma ada 2 je yang akan diberikan esok. Tengok dalam facebook IKEA, nampak gaya IKEA macam menjangkakan pengunjung sampai 30,000 orang! 

Lepas tu, baru pagi tadi, IKEA ada umumkan esok, orang yang pertama yang beratur kat kaunter penebusan akan dapat kerusi gini. Hubby cakap ini harga RM 699 nii..  Amboii..ada ler orang yang tidur depan pintu IKEA malam ni haaa..


Tak sanggup nurin nak menghadap ramai2 orang ni. Takpela bagi peluang orang lain hehehe. Mak buyong kena rehat kat rumah!

Sebenarnya nurin nak kongsi dalam bulan 8 haritu, ada sale untuk IKEA Family punya ahli. Ramai nya bukan mainn..beratur punya panjang terutamanya untuk dapatkan rak Kallax (dulu nama dia Expedit), harga sale RM 99, harga sebenar RM 299. Masing2 dengan troli besar, lagi la padatnye dekat bahagian warehouse dia. Nurin nak kongsi masa sale haritu, nurin ada beli barang2 yang dalam sale, tapi masa buat pembayaran, harga dia sama ada masih harga lama, ataupun harga sale tapi bukan sale hari pertama. Buat pengetahuan, haritu harga pada hari pertama lebih murah daripada sale hari kedua dan seterusnya.

Contohnya, nurin beli 2 x Kerusi POANG dengan kusyen. Harga sebenar masa tu RM 259, IKEA jual RM 199 pada sale hari pertama. Masa nak bayar tu, nurin kena bayar RM 229 (yang ni harga sale untuk hari kedua dan seterusnya). Yang ni je nurin dah terlebih bayar RM 60.

Selesa sangat kerusi POANG ni. Memang salah satu yang kat rumah nurin chupp. Kusyen dia boleh dipertingkatkan lagi sebab kasar sikit..mungkin sapa2 yang pandai jahit cover kerusi POANG ni boleh contact2 nurin ok.. :)

Lepas tu nurin perasan yang terlebih bayar. Bila cakap dengan cashier, dia kata tak boleh betulkan kat situ.  Kena betulkan kat customer service. Siapa2 yang pernah ke customer service dia tau je la, hazab nya nak tunggu giliran kat situ. Tambahan pulak masa tu memang sangat ramai orang, dan lepas balik rumah tu, nurin perasan kat facebook ramai yang complain terbayar lebih. Hubby taknak tunggu dan taknak refund, jadi kami balik je. Sebab dia boleh claim refund dalam masa 100 hari, jadi nurin pergi balik pada hari lain, mengangkut cik Aisyah, kami pergi berdua je. Pagi2 nurin datang waktu baru bukak.

Alhamdulillah dapat jugak claim dalam RM 200+ jugak taww.. tu campur dengan ada barang yang nurin sengaja pulangkan dalam RM 60. Kiranya dalam RM 140 jugak IKEA terlebih caj tau. 

Selamat berjaya lah ye sapa yang nak pergi esok. Update la kat nurin ni. Kalau nurin bukan mak buyong pun nurin tak sanggup nak pergi esok. Walaupun pengalaman overcharge ni tak berapa menyenangkan, tapi tak serik pergi sebab barang IKEA best.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...