Jalan2 Kyoto: Consider Beli Kintetsu Rail Pass Wide especially kalau turun Nagoya Airport!

27 May 2014
Kebanyakan yang survey untuk ke Jepun mesti dah sedia maklum betapa mahalnya kos public transportation diorang, terutamanya teksi dan train jarak jauh. Kalau bas dan train within the city tu ok lagi. Tapi Jepun ni ada banyak rail pass, some of them even khas untuk foreigner je. Rail pass ni membolehkan kita save utk transportation, and if you choose wisely  depending on your itinerary, it will save you A LOT!

Sebenarnya to be honest, I nyesal jugak turun Nagoya Airport. Murah Air Asia memang la lagi murah, tapi I bukan nak pergi Nagoya sangat..I nak pergi Kyoto, Osaka, Tokyo, Mount Fuji blabla. Tapi sebab percutian kali ni 5 hari je, cukup lah setakat Kyoto je. Melainkan you nak jalan2 Nagoya je, if you have worked out on the economics/pros-cons, I suggest you turun kat Osaka kalau nak explore Osaka/Kyoto and the Kansai region atau Tokyo kalau nak ke belah atas.

Tapi kann..my advice is jangan pergi Nagoya je..rugi tak jalan city lain sebab Nagoya takde apa sangat, tapi boleh cek SINI untuk tengok Nagoya attractions based on Air Asia.

Kenapa I suggest turun kat Osaka for Air Asia? Sebab utamanya ialah perjalanan naik train keluar contoh ke Osaka atau Kyoto pun mahall!! For example, paling murah:

-        Naik train (shinkansen) Nagoya-Kyoto dalam JPY 5070 = RM 160
-        Naik train (shinkansen) Nagoya-Osaka dalam JPY 5830 = RM 190

Itu baru pergi, kalau u balik ikut Nagoya kena darab dua pulakkk. Time I beli tiket AirAsia tu memang terburu2 bila dah tau kos2 dia..mak aihh..terkedu kejap aih.

Until I accidentally found a rail pass among banyak2 rail pass yang dijual which is Kintetsu Rail Pass. Actually, jenis2 rail pass diorang sangat la banyak dan insyaAllah you will find one which suits your itinerary. Contoh paling popular rail pass JR pass untuk perjalanan dari satu bandar ke bandar lain, harga dia memang meletup (RM 800+ untuk pass 7 hari) tapi kalau plan anda memang nak round satu Jepun, then berbaloi la beli. Kami jenis travel kejap2 so tak sesuai, lagipun bila dah ada anak dan kerja pejabat yang banyak, travel kejap2 pun jadila. Lagipun Air Asia kan ada, lain kali boleh pergi lagi hehe.

Kintetsu Rail Pass
Ikut survey2 dalam internet, rail pass ni macam kurang popular di kalangan Malaysians yang pergi Jepun. Even bila I tanya dalam forum lowyat, ada yang suggest rail pass nama Kansai Thru Pass, tapi bila kira2 memang tak sesuai untuk travel itinerary I. Especially kalau you

1.      Pergi dan balik dari Nagoya Airport tapi nak travel around daerah Kansai
2.   Tak jalan banyak tempat pun kat Kansai, i.e. tak hop from one city to another. Macam kami yang pergi Kyoto je. Kalau hop banyak city kat sini contohnya kat Osaka, Kyoto, Nara, Mie, Kobe, Hiroshima.. then that depends. Boleh guna sama ada Kansai Thru Pass atau Kintetsu Rail Pass pun boleh

Contoh itinerary kami.
-        Day 1: Nagoya-Kyoto with train, kalau naik shinkansen dah RM 160 gitu
-        Day 1-4: Jalan2 dalam Kyoto, guna train within the city dan bas, estimated belanja RM 90 guna Kyoto 2-day pass untuk Day 3 and 4, manakala Day 1-2 guna tiket satu2
-        Day 5: Kyoto-Nagoya with train, kalau naik shinkansen dah RM 190 gitu
Ni semua harga per person ok.


Tapi kalau harga Kintetsu rail pass ni hanyalah JPY 5700 = RM 188 per person. Haa takyah kira panjang2 la, tengok pun dah tau..one way perjalanan kami pun dah almost cover harga rail pass ni. 

Mana nak beli 

Boleh beli sebelum kita masuk ke Japan je. Kat Japan dah tak jual. Beli dekat JTB kat Amoda Building, building ni opposite Times Square je ataupun naik monorel berenti kat Imbi. I bawak kereta tapi parking dia mahall.. RM 5 sejam.


Dia akan dapat kad camni, tapi bila gambar ni diambik kad ni dah dikoyakkan sikit. Setiap bhgn kad ni boleh koyak untuk setiap perjalanan. Dekat JTB tu ada Kintetsu Rail Pass Wide je, maksudnya yang cover perjalanan dari airport ke bandar, sama ada dari Nagoya Airport ke Nagoya dan dari Osaka Airport ke bandar. Harga JPY 5700 = RM 188

Penting
  • Yang penting sekali bila bawak kad ni kat Jepun, kena tukar dengan tiket biasa. So please allocate time untuk tukar kad ni kepada tiket. Kena pergi ke kaunter tiket, jangan pergi ke kaunter guard dekat dengan turnstile. Kat Jepun tempat kita masukkan tiket lepas tu kita kena ambik balik tu kann ala2 turnstile tu..kat sana selalunya ada guard. Ada sekali tu kami nak cepat gila sebab takut termiss last train, insist jugak guard tu tukarkan tiket kami..lepas tu baru teringat kena pegi kaunter tiket..hehe. 

  • Lepas tu jangan lupa benda alah kad ni kena chop. Nampak tak belah kanan bawah tu, haa yang tu adalah chop pada travel pertama, untuk menandakan bila kita start guna kad ni. Pass ni ada validity 5 hari. 
  • Bila kita dah koyakkan bahagian kad ni dan tukar dengan tiket, bila nak lalu kat turnstile tu, kita takyah masukkan tiket tu dalam turnstile tu.. dia akan kasik error. Buat la camne pun dia tak kasik u lalu punya. You kena tunjukkan dengan guard yang jaga, dan dia akan bagi you lalu manually.  More info HERE
Cons

Ada beberapa cons tentang pass ni:

  • Train Kintetsu ni lambat sebab dia stop banyak tempat. Walaupun kita entitle untuk train Limited Express (maksudnya hanya berhenti kat stesen utama je), tapi tak sama dgn shinkansen. Contohnya, shinkansen akan travel Nagoya ke Kyoto straight, ambik masa 40 minit je. Tapi naik train Kintetsu ni 3 jam!
  • Depending on your itinerary, you may need to change stations. Dalam website dia ada bagi contoh itinerary kalau decide nak beli pass ni. Contoh itinerary ni paling ideal sebab tak payah tukar banyak sangat train. Contohnya Nagoya ke Kyoto is not an ideal route kalau guna Kintetsu sebab dia kena tukar at least sekali. Haritu kami kena tukar 2 kali, so memang tak senang duduk sebab ada satu pertukaran tu, masa antara train tu sampai dengan train seterusnya depart hanya 2 minit. Nasib la rupanya train tu tunggu..haha kiasu betul. Orang Jepun agaknya pelik tengok orang ni dah siap2 depan pintu macam Amazing Race, belum stop pun lagiii.. So advice is study map diorang and plan itinerary betul2. Link to contoh itinerary HERE
Time ni tengah tunggu train kat interchange station. Train station ni kecik je (Isenakagawa)

Train station nama Isenakagawa

  • Dia include 3 tiket Limited Express je yang ini kalau nak gerak dari satu bandar ke bandar lain. 3 tiket je! Kalau nak pergi banyak2 bandar, maksudnya kena beli la yang selebihnya. Macam kami pergi dari Nagoya ke Kyoto dan dari Kyoto ke Nagoya je so 2 tiket je guna. 
Pros

Kelebihan pass ni boleh baca sendiri kat website dia SINI ! Lagi satu kebaikan dia, train dia lawa, cantik, walaupun ada sesetengah train dia nampak buruk dari luar tapi kat dalam tiptop cantik dan selesa, seat besar macam saiz business class. 


Jalan2 Kyoto/Nagoya: Pengalaman Air Asia ke Nagoya Airport

26 May 2014
Akhirnya terbang pun kami sekeluarga ke Japan. Sekarang trend orang ke Jepun guna Air Asia sebab tgh murah especially route Nagoya. Sbb blog saya ni campur dgn my travelog, so saya nak kongsi in a few blog posts benda2 penting untuk sesapa yang planning ke Japan, particularly to Nagoya Airport. Later I share Kyoto pulak.

Lokasi

Nagoya Airport atau Chubu Centrair Airport, sebenarnya bukan terletak kat Nagoya. In fact it is about 40 km south of Nagoya. Airport ni sebenarnya terletak dalam town nama Tokoname dan dibina atas artificial island sebenarnya, jadinya sekeliling memang laut je.

Central Japan Airport atau Centrair, cam comel je nickname dia.. I like
Transportation

So bila dah sampai sini, kena plan time untuk keluar dari pulau tu pulak. Depending on your itinerary, selalunya org akan pergi Nagoya untuk pergi ke bandar2 Jepun lain. Selalunya jarang ke Nagoya sahaja, to me Nagoya has many attractions but not as awesome as other cities. Macam kami, pergi ke bandar Nagoya untuk ke Kyoto.

Mula2 kami mmg plan jalan2 Nagoya tapi terpaksa batalkan on that arrival day, mungkin atas 2 sebab utama: immigration lambat clear dan kami lapar so kena carik makanan so dah buang masa kat situ.

Ikutkan website japan guide, ada 3 cara going in and out dari airport ni: train, airport bus atau taxi (approx RM 450 one way naik taxi!! Ada berani?)

Kami naik train. Kat Japan ni memang biasa kalau satu2 bandar tu byk railway2 company, sama la macam kat KL ada KTM, Rapid, Monorail.. tapi kat line ni ada satu je company yang operate, iaitu Meitetsu Railways. Jenis2 train dekat railway ni pulak berbagai2: Local, Rapid, Express, dan Limited Express. Jenis shinkansen je yang takde ye. Beza utama jenis2 train ni ialah stesen mana yg dia stop i.e. berapa kerap train stop. Local train dia stop semua stesen manakala contoh mcm Limited Express, stop kat major stations je. Harga pun tentulah makin meningkat kalau makin express..

Please make sure aware earliest and last trains.. kami nyaris2 ingat terlepas last train bila balik dari Nagoya ke airport sebab sampai Nagoya 10.45 malam. Dah risau sebab naik taxi memang cost da bomb punya.. First train biasanya dalam pukul 5 pagi lebih, dan last train sebelum pukul 12 tgh malam. So kalau ada flight yang pelik2 masa arriving nye..ingat2 la ye untuk cek kang ada yang terpaksa belanja teksi pulak..haru.. Check timetable kat sini . 

Pastu on top of the berbagai2 jenis train dan kelajuan2 yang berbagai, ada pulak dia offer gerabak first class, namanya μ-SKY 
(miu sky) 

Perbezaan gerabak first class 
μ-SKY dgn gerabak biasa:

The whole train atau gerabak first class ada symbol μ

Dia siap remind lagi kalau train μ ni kena ada dua jenis tiket, nasib baik kami ternampak tulisan ni sebab kami dah siap masuk dalam train ni dah pun

- Kalau u guys ada beg sgt byk, lagi2 kalau beg jenis petak2 yg tolak tu, train first class ni ada tempat simpan beg yg khas



Gambar saya ambik waktu dari Nagoya ke Nagoya Airport, time ni dah nak sampai dan dah nak tengah malam so memang dah takde orang



- Manakala kalau bukan first class rupanya seperti gambar atas.. Ada je compartment kat atas, muat je letak backpack kami tapi of coz la tak boleh letak beg petak2 u guys ye..konfem jatuh. If u bawak beg besar satu je, ok je letak dekat dgn kaki ramai je org buat camtu. Dan mengikut perhatian, time yang kami naik tu (dalam tgh hari ke Nagoya), tak ramai sgt org so takdelah kena berhimpit
Camni je kami letak beg kat kaki, time ni waktu keadaan train waktu tengah hari, hari Sabtu. Akak kat depan pun letak beg petak dia kat kaki jerk
- Miu sky ni kena tambah 370 yen lagi on top of base fare. 370 Yen equivalent to approx RM 12. Byk tu taww, lagi2 if u ramai. Base fare ialah 870 Yen
- Gerabak biasa takde seat reservation, yg miu sky ada. No problem for us
- Train ride utk train yg gerabak dia semua miu sky adalah 28 minit. Yg train biasa ialah 37 minit. Takde beza sgt pun kecuali kalau sgt2 mengejar flight

Accommodation

Oleh sebab flight Air Asia balik ke KL adalah 9.35 pagi dan kena check in 3 jam sebelum, kami pilih utk tidur di hotel dekat dgn airport. Rupa2nya mmg dekat sungguh! Pulau ni selain ada airport, ada 3 hotel: Centrair Hotel, Comfort Hotel dan Toyoko Inn. Kalau tak silap Centrair yg paling dekat manakala Comfort dgn Toyoko opposite dgn hotel dan dihubungkan dgn overhead bridge. Nampak macam jauh jugak nak berjalan especially if u tgh mengangkut backpack berat mcm kami haritu, tapi bila kami turun dari overhead bridge to the ground guna lif, we found troli bersepah2 n no problem guna troli utk ke hotel. Toyoko Inn dalam 100-200 m from the end of the overhead bridge, manakala Comfort Hotel takpayah keluar bridge pun..at the end of the bridge, dia ada lif terus ke hotel lobby. Time tu agak hujan renyai2 so kami pun terpaksa la redah dgn beg n troli.. Total perjalanan dari train ke hotel dalam 10 minit je.

Pemandangan dari overhead bridge ke hotel


Close up sket..Toyoko Inn. Password wifi hotel sebesar gedabak tu: toyoko-inn.com
Lagi satu tips yang boleh saya kongsi, airport ni tak besar sangat jadinya lepas kami check-in, kami keluar balik dari airport, lalu overhead bridge dan balik ke hotel untuk makan free breakfast kat kafe..hehehe. That's how near the hotels and airport is! We took 20 mins to have breakfast pastu terus ke airport semula

Kemudahan di Nagoya/Centrair Airport



-          Tempat solat ada disediakan kat Nagoya Airport, tapi I tak check sebab bukan time solat bila I sampai


-          Nursing facility rasanya ada je merata2 di airport ni. Tak semua attractions di Kyoto yang I pergi ada tempat nursing, so aware ye kepada mommies yang menyusu badan. Yang saya perhatikan, tempat tukar nappy kebanyakan tempat attraction Kyoto ada, tapi dia terbuka bukan private dalam bilik so I is segan nak cuci2  bum2 cik Aisyah, senyap2 je gitu. Berbalik pada nursing facility di Nagoya Airport, I guna satu lepas security gate.. besar dan private. Sesuai untuk menyusu, saya guna bilik tu untuk mandikan cik Aisyah

-          Ada free wi-fi

Kemudahan yang takde di Nagoya/Centrair Airport

-          Restoran makanan halal tak pasti ada ke tak kat sini, tapi if you go to Nagoya train station, ada satu kedai nama Maharaja serve makanan halal, masakan India. Cara nak perginye kena pergi ke Nagoya Towers, bangunan ni bersambung je dengan train stationnya.. Pastu naik lif ke tingkat 12. Kemudian naik tangga dari tingkat 12 ke tingkat 13. Kat Nagoya towers ni banyak dia tulis list of restaurants available tapi tulisannya bahasa Jepun. Cari yang ada signboard with logo, you will find logo tulis Maharaja directing you to 13th Floor (13F)


-          Yang ni sapa yang pergi mesti kena tau, khususnya kepada yang bawak backpack dan check in as cargo. You guys yang nak pergi Japan mesti tau yang cara terbaik untuk simpan beg ialah guna coin locker..kat sana amatlah susah nak carik service menyimpan beg di train2 station contohnya. Dan malangnya coin locker yang besar untuk muat beg2 petak adalah jarang dijumpai, itupun kalau jumpa kemungkinan dah diambik orang. We were glad we bought a backpack sebagai beg check in, sebab memang takkan dapat simpan beg besar dengan coin locker besar yang almost non-existent dan cepat habis. Anyway, this is to let you know that there is no bag wrapping facility in Centrair Airport. Takde. Kat KLIA2 tu adalah. Jadinya, kami pasrah je melepaskan backpack yang tak berkunci dan tak berbalut (kami balut guna raincover yang disediakan as part of the bag) untuk check-in cargo. Kalau yang tak kisah takpela, tapi kalau kisah, cadangannya is to travel light and bawak carry-on bag je la. Lagipun kalau Air Asia setiap beg check in kena bayar RM 65 for one way kan? Mahal tu..
Immigration
Bersedialah untuk menunggu dengan lama di immigration sebab ramai sangat orangnya. Tambahan pulak bagi yang mengangkut baby, takde priority lane untuk kami2 ni ye. Tak macam waktu saya ke UK dan US dulu, ada lane khas sebab menunggu lama memang melenguhkan dengan baby kena angkat. Tak pasti you may be lucky during your time, but mine was not. We arrived in immigration on weekend morning, so mungkin a bit understaffed di situ
Boarding

My suggestion is please adhere to Air Asia's advice to be ready at boarding gate 90 mins before departure time. We arrived at departure gate 35 mins before departure time (ni sebab shopping2 di duty free dan mandi2 cik Aisyah) and we were among the last jugakla yang naik bas tu.. Nasib baik. Dia kena beratur naik bas untuk ke plane dan takde aerobridge2 bagai ye. So memang kena allocate time secukupnya :)

Sebab Air Asia ni baru je beroperasi dari Centrair Airport, jadi harap panduan ni useful untuk sapa yang nak cuti2 Jepun.

My following blog posts will include Kyoto guide, makanan halal, souvenir, more tips travelling with baby.. Please let me know if you have any other questions for now :)

Menambah Koleksi Baju Kurung

22 May 2014
Assalamualaikum ladies.. 

To be frank: I don't like shopping. Eh sebenarnya saya suka shopping tapi saya tak suka kepenatan, traffic jam dan parking agony that comes with it. Walaupun rasanya baju dalam almari tu dah cukup banyak sampai melimpah2, tapi kebanyakannya baju2 lama yang masih elok dan boleh pakai. Kebanyakannya yang stok beli dari UK masa study dulu..sampaikan ada yang I dah malu nak pakai sebab fefeeling teenager sangat dengan dress2 kembang pakai dengan inner..haha.

Oleh sebab jarang sangat beli baju, sampai my office colleagues pun perasan yang saya tak banyak baju kurung. Stok dari UK mana ada baju kurung! Lagipun my mum (who used to sew the baju kurung for us), no longer actively menjahit. Jadi saya memang dah lama sangat takde baju kurung, kecuali bila tiba hari raya ada la sepasang baju tradisional. 

Oleh itu sejak kebelakangan ni, online shopping lah yang menjadi pilihan. Saya selalu spend masa untuk browse through pada awal2 pagi weekend masa Aisyah masih tidur. Intense browsing requires no interruption! :) 

What I found was, I find it easy to find certain types of clothes yang tak banyak ragam kalau dibeli di online shopping. Contohnya, baju kurung. Sebab design dia predictable (in a very good way), there's always a high guarantee that the size will fit you (lagipun selalunya online shopping akan provide size guidance chart), therefore there will be minimal surprises bila package you sampai.





Contoh design baju kurung yang berkenan kat I ialah baju kurung moden lace kat Zalora . Who does not know Zalora online shopping. In fact, Zalora was the reason why I started this whole online shopping liking. Baju kurung moden lace dia is an upgrade kepada baju kurung klasik, which I love. I memang penggemar baju kurung moden, tapi kurung lace ni baru je nak berjinak2..setakat ni baru ada satu. Mula2 before viewing the products, I ingatkan kurung lace Zalora ni macam too lace-y and hanya sesuai untuk ke event2,kenduri kahwin.. tapi bila tengok, it actually works both ways! Most of them sesuai untuk event2 dan jugak boleh dipakai masa kerja. 



Depending on your taste, one can choose the lace yang ditambah kat bahagian leher, hujung baju atau pergelangan tangan.  I pun sebenanrnya ada satu kurung lace yang mana corak lace dia ditambah kat hujung baju for more visibility (pakai tudung tak nampak sangat kalau tang leher tu), and the lace of baju is of contrasting fabric which is velvet.


The collection at Zalora is vast and you gotta try to check it out! Ada jugak koleksi kurung moden lace daripada fashion designer such as Jovian Mandagie dan Hatta Dolmat (designer baju kahwin my friend ni :) ) , so head down to the link above! 

Tunjuk Video/Tablet/Laptop Pada Anak - Bad?

13 May 2014
Kalau pasal bagi anak tab atau ipad, benda tu macam taboo untuk mak2. Benda sensitif touchy-feely.. mak2 yang buat macam tu terasa bersalah sebab takut kena.. For me, yes.. anak saya memang saya bagi tengok laptop TAPI.. saya awasi dia. I am always next to her and bila dia tengok, saya akan mencelah sekali, tunjuk kat dia the things in the video.. contohnya objek2 dalam video tu, atau colour2..  And I don't give her the laptop all the time. There will be times yang I tak bagi dia (and that's when I am free from what ever I am doing, i.e. masak or buat kerja kat laptop), and we will pick a book and read.

Untuk mak2 macam saya yang selalu dihimpit kerja (ye I kadang2 kena bawak kerja balik oii..),  I had to deal with this for the time being. But like I said, I awasi apa yang dia tengok. Contoh2 video yang I bagi dia tengok macam ABC, Nursery Rhymes, Alif Ba Ta, selawat/zikir, numbers, Upin Ipin. My mother even buat cardio exercise in youtube with my lil' Aisyah lagi tuu..

Apa yang I perasan from my lil' Aisyah was:
  • Her vocabulary expanded rapidly. She mimicked what Upin Ipin cakap, even made body moves. To me, that's a good progress
  • Her knowledge on ABC, numbers, alif ba ta expanded.. She is able to recognize ABC/numbers, read ABC/numbers sampai 1-20, bila tunjuk colours dia tau apa dia and body parts/food.. She no longer needs flashcards sebab dia dah tau semua, so now we continue to teach her reading
  • When she is in her playgroup, dia familiar dengan nursery2 rhymes yang teacher pasang, and boleh buat aksi2 yang lagu tu selalunya buat. Contoh, macam lagu Chicken Dance or Wheels on The Bus, she knows apa aksi yang nak dibuat --- ni penangan video la ni kann.. Which to me is a good thing
From sharing videos with her, we also learnt a few things:
  • Kalau nak bagi dia membaca, jangan tunjuk dia laptop dulu. Yes, kids do get addicted to laptop/tablet, and same goes to my daughter. That's why it's really important to bertegas
  • There are some kids videos which may not be suitable to her, in my opinion. For example, we are slowly phasing out daripada dia tengok kartun Pocoyo dalam youtube. Sebab kat dalam video tu karakter dia ada cakap "No!" sambil buat aksi berpeluk tubuh. We saw that she has been imitating that...
Hopefully you ladies not being judgmental ye.. :)

Kontraktor Pasang Tiles | Perkara Yang Perlu Ambil Berat

12 May 2014
Dalam keadaan semua orang yang serba busy ni, kalau boleh even benda2 macam renovation rumah nak serahkan je semua pada kontraktor. I was guilty at that, luckily Hubby filled me in! You had a choice sama ada untuk biarkan kontraktor buat kerja, tinggalkan rumah dan balik masa dia habis..ataupun tak ambik port i.e. tak inspect pun masa kerja2 berjalan selama berhari2 (or even berminggu2) and just bagi duit je bila due. 

Anyway, nak kasik tips je..yang ni berdasarkan pengalaman kami masa kontraktor pasang tiles tempoh hari. Harap berguna.. but ni sekadar pengalaman ok. Kalau nak tau lebih lanjut korang kena research sendiri okayy..

1. Grout haze ialah sangat memburukkan tiles kalau tak cuci cepat bila grout dah kering - grout haze ni ialah sisa2 daripada grout tu, so kalau grout u hitam..nanti ada sisa2 warna hitam. I tulis in my past entry kat sini tentang ni

Tengah pasang grout
2. Warped tiles - selalunya common kalau tiles kita besar2 dan panjang2. Dulu2  tiles hanya yang kecik2 i.e. 1' x 1' contohnya.. sekarang ni macam2 saiz tiles ada. Warped tiles atau tiles lippage ni kira macam tiling yang tak sekata dekat edges dia. Waktu beli tiles kami yang panjang2 ni (ours is 0.5' x 3'), kedai tiles tu suruh advice orang kontraktor untuk install dengan susunan macam kat atas tu.. nampak tak cara dia susun berselang2 tu.. susah nak explain..

Kalau dah pasang tile and ada problem ni, bukan je nampak tak elok dan tak sekata, malahan if installed on the floor, nanti kalau terkena bucu dekat kaki, that's a hazard already.. 

I find this link quite easy to understand about this problem and how to prevent it :)

3. Cara susunan tiles - yang ni pun berkaitan jugak dengan #2 , iaitu kalau cara susunan salah, nanti takut tak elok pulak. 



Kalau perhatikan betul2, kat gambar ni, tiles yang susunan horizontal (yang I lukis merah) dominate bahagian edge of the stairs, manakala tiles yang susun vertical (yang I lukis biru, ataupun those vertical tiles hidden from the photo..yang dekat belah dua hujung stairs ni) ni dia punya tiles kat bawah..tertutup dengan tiles merah tu. Why is this important sebab kalau edge of stairs tu ialah yang bahagian vertical, nanti dia kasar and tak sedap kat kaki. And could even be dangerous sebab rough edge. Ada paham ka I merepek ni??!!

4. Grout

Kenapa I asyik tulis pasal grout ni?? Tapi percayalah you kena tanya your contractor if dia include tak grouting dalam dia punya quotation. Ke ataupun dia guna simen je sebagai grout.. Kadang2 kontraktor main sebat je, and that happened when my mum nak pasang tiles baru kat bilik air rumah. When she discovered that, dia argue2 dengan kontraktor tu, lepas tu dia pergi beli grout utk kontraktor tu pasang. Buruk wehh letak simen sebagai grout..dah tiles lawa2 tiba2 ada simen yang muram pulak kat tengah2. 

Like I said, I was just sharing our experience and I sememangnya bukan expert dan tak minat bab2 DIY ni.. If you have any other experience untuk dikongsi, please feel free to leave comments below :)

Renovation Lantai Dapur - Apa Ada Dengan Grout Haze??

11 May 2014
Lepas DIY hack tiles untuk dapur, kami panggil kontraktor untuk pasangkan tiles dapur. Mengambil masa dalam 5 hari untuk siapkan, hasil kerja dia Alhamdulillah puas hati. Except for one but it's not really their fault I think..read on.

.

Mula pasang dari tengah and move on to the edges. Tile ni panjang2, iaitu berukuran 1/2 kaki x  3 kaki. Bagi saya hasil kerja kontraktor Indonesia ni kemas. He even brought in kawan dia yang pandai simen tiles yang panjang2 sebab kawan dia lagi expert. Ramai jugak kawan2 dia yang tolomg.. I tak kisah je, bayar tetap sama, kerja siap cepat :D


Kat dua2 hujung dapur ni kami mintak dia tiles guna tiles yang relatively murah. Sebab dia akan tersorok bila pasang kabinet dapur lagipun.. Kat dapur ni pun ada an awkward lubang yang kami tak pasti sangat nak buat apa.. fikirnya taknak tutup untuk kitchen cabinet, tapi nak buat macam pantry, yang mana kita bukak pintu boleh masuk dalam gitu. Kecik je la nye.. tapi itu another future project. Kat situ pun kami tiling kuning. Selain tu, ada satu tangga kecik kat dapur ni pun kami tile kan marble.

The lubang I'm talking about.. kami pasang tiles murah untuk bahagian dalam dia sebab ingat nak buat walk-in pantry, and it's going to be closed off..so lantai tak cantik pun takpe


An awkward tangga leading to the kitchen
Layer tiles yang paling hujung guna tiles biasa je sebab nanti tutup dengan kitchen cabinet jugak ;)



So.. I learnt something in this whole tiling business.. it is grout haze! And they are baaaadd!! 

Atas ni gambar lepas dia grout. We wanted a black grout, because, well, white grout nampak tak lawa je. Tengok tu grout haze dia..tile dia semua jadi berlepuk2 hitam. Nampak sangat buruk.. Benda ni perkara biasa lepas tiling tapi owner kena jaga2. Usually, grout have to be cured up to 24 hours. Meaning, lepas dah kering 24 jam baru boleh nak cuci ke apa.. After that, memang kena cuci cepat2. Biasanya guna air saja pun ok.. ataupun better with acidic solution. What I found was 50% water + 50% cuka. My contractor used acidic solution mix untuk hilangkan grout tu, tapi honestly even after he left, we had to wash them thoroughly again and again.. setiap kali my Hubby datang dia cuci tiles ni. 

Lagi lama tunggu cuci, lagi lama serbuk2 grout ni masuk dalam liang2 tiles ni, so lagi susah nak hilang.. So yeah, that was my disappointment, not knowing firstly that it could be rid of. Sekarang nampaknya dah makin hilang, much much better daripada capuk2 hitam yang mula2. Shellac2 sikit nanti ok la tuh!! 

Anyway, in summary we had..

  • Wood-like tiling - yang ni tile biasa je tapi corak wood dari Ecoforesta (RM 15.90 sekeping)
  • Tiles kuning + a bit of marble tiles
Construction services...
  • Laying subfloor untuk ratakan lantai sebelum pasang tiles
  • Lay tiles + grouting
  • Ada satu tingkap kat dapur saiz 2' x 2' yang kami pecahkan, lay bricks dan simen balik , sebab nak pasang kabinet dapur
  • Lay bricks di kiri dan kanan tangga, saiz 3' x 3
Total for the construction services was RM 2000 + RM 400 (untuk pecahkan tingkap dan lay bricks) = RM 2400. Overall puas hati la.. we would not hesitate untuk panggil dia balik. Buat masa ni kami happy dengan saiz dapur yang kecik ni.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...