Pasang Tint Tingkap

31 January 2014
Pasang tint adalah benda pertama sekali yang kami buat di rumah tu. Yang kerja2 dari developer tu tak kira la ek. Tint ni lebih senang pasang sebelum pasang grill. Kalau lepas dah pasang grill baru pasang, installation charge akan jadi lebih mahal.

Kebaikan pasang tint ni..
- Kat dalam rumah tak panas sangat sebab cahaya matahari dah kena tapis - rumah ni memang kena cahaya matahari kalau tak pasang tint
- Privacy. Kalau waktu siang orang luar tak nampak kat dalam
- Barang dalam rumah lambat rosak dan lusuh , contoh macam langsir

Ada banyak warna2 tint ni. Ada yang biru, hijau, bronze, silver. Cuba kalau lalu rumah2 yang ada tint hijau ke biru ke..memang nampak menonjol kan.. But we chose silver sebab nampak conservative je la. Kalau biru atau hijau ke, takut nanti tak matching pulak dengan future cat rumah ke apa.. (ni pun kena matching ke?). Ada banyak jugak jenis layer ikut berapa banyak pancaran matahari yang nak ditapis.

Make sure bila kontraktor tint tu ukur tingkap/sliding door dan bagi quotation, kita double check balik dengan ukur sendiri dan kira balik. We found that they overcharged us. Selalunya kontraktor tint akan charge excess tint film.. maksudnya lebihan tint yang diorang potong untuk muat2kan tingkap kita.. dia akan buang sebab tak boleh guna utk rumah lain kan. Dia akan charge at certain percentage. Make sure bila dia buat kerja pemasangan, kita tengok dia buat dan berapa banyak lebihan. Pastikan dia tak overcharge sebab kadang2 dia estimate je benda tu..dalam 20% daripada total ke..tapi sebenarnya lebihan tu takde la banyak mana.

Kami hire Cool World WYNBLOC Solar Tint. Dia punya quotation waktu kami letak deposit kat expo dulu was RM 6 per square feet, tapi akan dapat RM 5.50 per square feet kalau total tint lebih daripada 500 square feet. Honestly I wasn't that impressed masa dia first datang untuk ukur tingkap kami, sebab dia datang lambat..Lambat 1.5 jam pulak tu.

Ni contact number:

Jason
Cool World Solar Film (HQ kat Bdr Sri Damansara)
016 262 6182

Oh hari ni CNY kan.. seronok cuti lama.. sebab KL ada hari wilayah jugak 1 Feb. So total ada 5 hari cuti.. :)

Jadual Perjalanan Bas KL-Temerloh

28 January 2014
Oleh kerana ramai yang nak balik kampung time cuti CNY ni, saya rasa nak up cite pasal naik bas lagi.. sebab ramai benau orang google 'jadual perjalanan bas KL-Temerloh'. Sejak 1.5 tahun duduk jauh from Hubby, ni kali ketiga kami akan naik bas, which is for CNY holiday. Cuti lama tu..5 hari.. tapi Hubby kerja on some of the days , so ke Temerloh lah kami. Maaf la ye kalau off sikit topic kali ni.

Like I wrote in previous post berkaitan ni jugak , kalau tak silap ada 3 main bus operator yang bawak bas dari KL ke Temerloh: KL-Temerloh Express, Bulan Restu dengan Metrobus. On my first two rides, I naik Metrobus. On my next ride tak lama lagi, saya akan cuba Bulan Restu pulak. Bulan Restu OK sikit sebab perjalanan dia KL-Temerloh, manakala Metrobus ialah KL-Temerloh-Jengka. So kebarangkalian Metrobus lebih ramai passenger kot, dan Bulan Restu tak ramai sangat. Tapi tak pasti lah kan.. lagi2 nak CNY ni.

Ni untuk KL-Temerloh Express. Tak beli yang ni sebab yang pergi Temerloh straight from KL tak frequent and tak kena masa yang asaya nak

Bulan Restu ada bas every hour
Metrobus punya jadual tak sempat nak amik gambar sebab ramai sangat orang beratur kat kaunter dia haritu. Tapi Metrobus pun ada every hour.. tapi dia every 00 minutes. Maksudnya, pukul 8 pagi, 9 pagi dan seterusnya.

Sebenarnya ada banyak lagi bas yang pergi ke bahagian Pahang ni, termasuklah Temerloh. Ada pergi Genting Highlands, Raub, Kuala Lipis, Kuantan of course, Jengka, Jerantut, Bentong bla bla. Ni I tepek je la gambar untuk sapa2 googlers yang nak tau. Kalau tentang harga, nampaknya harga tiket bas daripada setahun lepas untuk ke Temerloh masih tak naik..alhamdulillah.. Sangatlah berpatutan RM 11.30 je one way adult.

Semoga perjalanan dipermudahkan.









Join Playgroup ALIM Kids Bdr Pinggiran Putra

27 January 2014
Weekend lepas I gigih drive my lil' Aisyah to Bdr Pinggiran Putra. I ingatkan kat Putrajaya, tp dia sebenarnya selatan lg dari Putrajaya so my drive was around 30-40 mins jugak la dari Cheras. Hubby keje so only two of us, with my daughter strapped in car seat. Sejak dah besar ni, dia dah OK duduk car seat, senang la sikit nk jalan2 berdua.
Ada free trial untuk ALIM Kids Playgroup kat situ. Dalam 6 bln lps I ada join ALIM Kids di Kajang, tapi found out she was too young for that dan budak2 kat situ pun dah besar2 dalam 3 tahun gitu.
Waktu pergi haritu, the youngest who attend was 1 year old. Mostly 2 tahun gitu je so sama2 baya la dgn my daughter yg nk dekat 2 tahun.
Tujuan nk bawak dia coz for her to socialise n play with her peers. Sebab dia dijaga oleh my mum so dia takde kawan sebaya. My mum said it's still too early, tapi I saja2 je nk expose dia.
Mula2 memang dia takut n asik nk peluk2 I je tapi lama2 bila nyanyi2 n dancing2 dia suka.. Bila habis each song or dance, all will clap n I could see her enjoying it.
Rasa seronok pulak lagipun semua tu baru lagi. Kelas kat sini baru bukak so dia baru la nak start module. Yang best jugak sbb bayaran ikut kedatangan kita, bukan bayar bulan2 and burn kalau kita x datang. Tapi kena courtesy la kalau x datang kena cakap n they will cancel class for that week kalau less than 5 kids.




What we did haritu:
- Sing along n dancing
- Belajar A, B dgn C
- Baca doa
- Tekap palm dekat kertas lukisan, artwork la kira
- Give barang to friends
- Hold friends' hand bila nak buat bulatan




Hubby kata boleh je nak join terus. Dah isi borang dah pun.. Next class is 8 Feb. It is every week, hari Sabtu 10 am. Jom la sapa2 yang nk join lagi meriah: 012-6562952

Dapatkan Bilik Yang Wangi -The Cost Eficient Way | Now I Know How

23 January 2014
Honestly, I used to not know how to make my room smell longer. Even up until now I envy sapa2 yang can make her laundry smell longer. Camne diorang buat? 

On my wedding day 3 years ago, my aunty used essence oil (agak2nya yang beli cam kat Lovely Lace tu kot) dan titik2kan sikit dekat cadar comforter2 gitu bagi wangi bilik. Sejak tu, saya tak pernah lagi beli essence2 oil gitu. She is also the one that I described in one of my previous post, whom I remembered waktu I kecik2 dulu, to have a very sweet smelling laundry. Next time I will make sure I tanya dia rahsia dia yang satu ni.

About a year ago, I used to buy essence oil diffuser kat Lovely Lace, yang macam gambar kat bawah ni. Biasa la kalau lalu Lovely Lace kedai dia wangi2 je, you will be drawn into the shop. Tapi kedai tu untuk jadi wangi, tengok la berapa banyak perfume yang dia ada on display. Bila kita beli satu je, mana la nak wangi sangat. The salesperson even convinced me, "You try pergi kedai Bonia kat bawah, dia pun beli perfume dari kita" . But too bad, of course dia beli banyak.. I only bought one. Benda ni bukan necessity untuk splurge on.

I found another relatively cost-effective way untuk buat bilik jadi wangi. Haritu my mum pasang air purifier bila menunggu tetamu datang. It was set in our living room, maksudnya ia adalah tempat terbuka. To my pleasant surprise, our house smelled so sweetly. 


So this is how you make a cost-effective sweet smelling house. Cost effective sebab mula2 kena la belanja sikit untuk air purifier tu. Dengar2 nya air purifier ni (contohnya brand Ogawa - brand yang boleh dipercayai sikit la) harga beratus jugak ye.. Tapi kat Groupon sekarang ada offer air purifier brand Perfect Aire . But Hubby ada cakap takyah barang elektrik/elektronik kat Groupon, I can understand that. Tapi yang ni ada 1 year warranty... hmmm... macam berminat je. 

Sebagai essential oil dia, my mum hanya guna oil beli kat Hinode Shop je.. yayy.. 5 ringgit je.. 


Also works to reduce habuk2 and cleaner air. Keeping this in mind :)

Organizer Murah dan Comel !

21 January 2014
I always use an organizer for my work, paper organizer. My company tiap2 tahun akan supply us a PVC-bound punya organizer each year. Yang I suka tentang organizer tu sebab dia ada empty columns utk setiap hari, ada tempat letak pen, ada bookmark, ada pocket utk letak resit2 ke or loose paper.. dan sebab tiap2 tahun design dia sama je dan ia jenis spiral bound yang boleh bukak2 and amik loose kertas dia, banyak kertas2 dari tahun2 lepas (macam contact number dan conversion units) saya akan bawak ke tahun seterusnya.

Bookmark yang boleh unattach dan letak kat mana2 mukasurat yang kita nak

Tapi tahun ni lain.. Bila I tanya my admin, dia kata tahun ni takde organizer sebab "sekarang semua orang guna kat dalam ipad". Huh? Kuli macam I mana dapat company ipad.. (Kalau dapat pun I tak teringin sebab my family time is not work time). Kalau macam tu, nak je I cakap kenapa tak dapat organizer tapi dapat kalendar? Sekarang semua orang ada handphone, smartphone lagi.. semua orang ada calendar.. Anyway, I tau je nak cut cost kann..so takpela. I byk berurusan dgn vendor tapi setakat ni tak pernah la dapat organizer yang macam buku tu..banyak dapat calendar je..huhu.

So haritu saya pergi ke Kinokuniya lagi untuk mencari organizer, mana tahu ada yang berkenan dan murah. Saya pernah pergi carik organizer dalam 2-3 tahun lepas for my sister kat MPH dan Popular tapi semuanya mahal2 dan buruk (macam biasa la, typical professional organizer). Dalam RM 70 ke atas gitu.. But to my surprise, Kinokuniya ada jual organizer yang sangat comel2..


Organizer ni ada macam2 jenis warna yang striking2. Yang ni hardcover dan nipis je, takde la ciri2 macam organizer I yang lama..takde poket atau bookmark atau tempat letak pen (sekarang sangkut pen kat buku tu je la). Tapi at least ada empty columns utk setiap date, yang tu paling penting.

Nipis je 
Organizer ni ada macam2 kaler.. and paling penting, murah! RM 14.90 je, I siap beli lagi satu warna pink for my sister jugak sebab dia pun mesti nak yang ada empty columns for each date...

Empty columns ni kira macam ni la..takde la buku nota kosong je
Macam2 kaler, taktau nak pilih between purple or pink at first
Kat sini ada jugak jual organizer yang tebal sikit..yang ada lebih banyak info macam International Dialing Code la, public holidays for all countries la..tak penting tu semua. Tapi yang best sebab ada conversion units! Tapi last2 decide tak nak beli sebab mahal.. RM 40 lebih. Lepas tu kalau tak silap ada pocket utk loose paper kat belakang dan ada a few more extra features.

Organizer tebal sikit, harga RM 40 lebih. Ada warna kuning when I first came, tapi sekarang dah habis







Anyway, I like paper organizers. Since I banyak kerja nak follow up every day, organizer paper is still the best untuk I angkut ke sana ke mari. And I feel good crossing off things from my list. For personal, I guna handphone.. kadang2 guna app Sticky note untuk jadikan wallpaper dekat handphone. Kadang2 guna function reminder. Kadang2 sumbat sekali dalam my work organizer, especially kalau benda personal tu nak buat waktu kerja. Korang pulak camne?

This is how I use my organizer kat office. I ada 'cradle' yang I letak organizer ni depan my PC so I selalu tau apa nak buat for each day




Progress Pembaikan Rumah | Apa Nak Cek Sebelum Masuk Rumah

19 January 2014
Rumah.. developer masih lagi dalam tahap repair. Walaupun kawasan neighbourhood dah agak lama, mungkin dalam 3-5 tahun, tapi rumah yang kami beli ni dari developer, sebab ada beberapa rumah dia tak sub-sale pada awal penjualan dulu. So alhamdulillah, boleh dapat harga developer. So, sebelum masuk rumah, banyak la dia baiki rumah ni.. yela dah lama tinggal rumah ni, agak2 3-5 tahun jugak la kan.. And my husband is the fussy one, baguih bena la.

Hampir tiap2 minggu either my Hubby atau kami bertiga akan singgah tengok progress rumah ni. Banyak benar nota2 cinta my hubby tinggalkan untuk contractor. 


Sejak bayar penalti  tu, ni progress kerja2 kat rumah ni:
  • Pasang balik tingkap dan window sill baru kat tingkat atas dan bawah - bhgn belakang rumah ni, besi tingkap dia kena curik, ni mesti orang curik besi. Oleh sebab masa tu masih lagi bawah tanggungjawab developer, mereka gantikan yang baru
  • Tukar parquet yang dah rosak - sebab tingkat atas ada parquet dia rosak, sebab tingkap kena pecah oleh pencuri, air masuk rosak parquet - yang ni dah siap
  • Parquet pun dia dah siap shellac, berkilat2 gitu
  • Dia pasangkan sink kat dapur. Kami rasa originally sink ni pun dah dok ada kat rumah ni, tapi kena rembat dgn pencuri jugak, hmm..
  • Cat balik rumah ni, luar dan dalam - sebab dah lama tinggal kan, kaler dia pun dah pudar. Dulu rumah ni kaler hijau2 gitu (tak suka!), sekarang dia tukar kaler krim2 coklat2 light orange..ok la - yang ni pun my Hubby tinggalkan nota cinta sebab ada bahagian yang dia tak cat betul
  • Contractor baiki plumbing, sebab bila air dah masuk dan bukak sink, ada paip yang bocor
  • Hubby cek satu2 tiles dan parquet yang hollow. Hollow tiles ni most probably sebab kontraktor tak lay cement betul2, dia main tepek2 sikit2 pastu terus pasang kat lantai. Installation quality macam ni pun kena ambik kira tau , takut tiles crack atau tercabut 
  • Longkang tersumbat sebab banyak lalang dan segala macam weeds, saliran air tak elok - dia dah bersihkan weeds tu suma 
Masih ada lagi yang outstanding..
  • Nak cek betul2 tentang plumbing. Bukak air at full blast, dan cek kat bahagian siling tingkat bawah, kalau ada leaking ke..
  • Wiring masih tak siap. Ada banyak flaws in the wiring, dia kena buat semula major wiring.. Habis dia korek bawah tanah pasang cable baru dan kat bawah bumbung - yang ni pun bila siap kena cek betul2 
  • Ada plug soket yang longgar dari dinding. Kena satu lagi nota cinta
  • Ada tingkap yang tak boleh bukak sepenuhnya, tersekat kat tengah2
  • Hubby nak grouting kat tingkat bawah supaya dia bersihkan. Grouting dan lantai jadi kotor oleh sebab tingkap tu kena pecah, air hujan masuk. Mereka janji nak polish lantai tu
  • Semalam perasan ada parquet yang retak (macam dalam gambar kat atas tu)
  • Pagar wire yang kat belakang tu dah macam nak tumbang sebab banyak lalang dan weeds yang menjalar2. Tak pasti la camne my Hubby deal dengan developer tang yang ni
  • Ada satu pokok kat belakang rumah, scary pulak pokok ni, saya cakap nak tebang. Tapi somehow my Hubby had a good explanation how this pokok perlu ditebang. Pokok ni luar daripada bahagian rumah, tapi dahan dia masuk ke dalam rumah. Kalau pencuri boleh senang je panjat dan masuk rumah.. Tak pasti if boleh developer tebang ke, atau kami kena tebang sendiri
Nampak macam demanding kan, nak kena betulkan ni betulkan tu, tapi tu memang hak kita. Kita bayar for the rumah dan kena dapat yang in acceptable condition kan.. Waktu cakap dengan contractor haritu, contohnya tentang cat yang bercapuk2, dia cakap "ok la tu.." , banyak nak ngelat tapi kena la bertegas kann..

Lagi satu, kawasan perumahan ni nampak macam banyak kes kecurian je.. tapi komuniti kat sini memang aktif tengah recruit guards dan tengah kumpulkan sumbangan. 

Selain progress from developer, minggu lepas kami dah start dengan tint tingkap warna bronze. Elok lah sikit takde la nampak dari luar. Lepas CNY pulak, orang akan masuk pasangkan grill, kami pulak kena pindahkan barang yang dah beranak kat rumah mak ni.. Adik dah nak kawin, rumah takleh semak..


Hilangkan Dakwat Pen di Sofa Leather

15 January 2014



Apa agaknya benda ni? My lil' Aisyah ambik pen dakwat basah dalam beg Abahnya dan conteng our leather seat yang 3 years old. Seat ni dah teruk jugak asyik kena ganyah je, ada sebelah spring dah tercabut.

Bila tengok kesan contengan tu, terus google macam mana nak hilangkan dakwat dari leather. Turns out you can use alcohol.. Saya tak pasti kalau saya alkohol apa2 kat rumah, tapi lepas tu teringat my perfume!

So ganyah la kami dgn perfume dan cotton pad..hasilnya kat situ jadi tak kotor tapi bhgn sofa lain nampak benor hitamnya. Ada satu tompok je la yang kembali ke kaler asal.. Nampaknya ni kena beli nail polish remover utk teruskan kerja 'polish' leathers seat yg dah byk berjasa ni..

Pelembut Fabrik Yang Wangi

13 January 2014

Sebelum ni saya hanya guna fabric softener jenama Softlan dan lately jenama Downy. Takde confident nak tukar brand takut tak wangi. Tapi beberapa bulan lepas saya start guna softener Comfort Ultra and bau dia to me wangi. To me Downy now is so so since guna Comfort haha. I don't know about others, sebab it is all to personal preferences dan jugak cara handling dan laundry kann..

Setakat ni cuma beli Comfort Ultra yang wangian Blossom Fresh.  Belum cuba yang lain.

Brand nama Ava pun wangi jugak, dan murah pun ye jugak. 

Setakat ni saya masih takde la jumpa combo laundry detergent + fabric softener yang betul2 buat baju berhari2 wangi. Saya pernah je pergi rumah sedara dah lama dah dulu waktu kecik2 dulu, dan guna telekung dia.. sangat la wangi.. Ntah2 dah berhari2 tapi masih wangi tapi mungkin jugak dia baru angkat dari jemur. Ada sesapa boleh kongsi tips ke and brand apa yang guna kalau memang betul laundry boleh jadi wangi berhari2 kalau kena produk dan 'teknik'? Ke tu semua myth je?

Saya setakat ni kalau wangi pun, takat masa jemur and sekejap bila tengah lipat dan masuk almari la.

Suka bau laundry wangi yang boleh tahan lama.. 

Bercuti Ke Janda Baik, Bentong

11 January 2014
Masa mula2 my mum sebut nak pergi bercuti di Janda Baik, saya fikirkan, Janda Baik tu ada apa? Tak tau pun yang tempat tu tourist attraction ke? Bila cek dalam website, baru tau yang Janda Baik ni macam a good weekend retreat jugak la untuk orang KL.. selalunya paling dekat dan selalu pergi ialah Port Dickson untuk weekend, tapi kat situ dah terlalu ramai sangat orang, dan yang paling teruk, jem dia.. Kat Janda Baik ni, tempat best dan tak ramai orang.

Saya cuma booking satu hari sebelum pergi, survey2 chalet hanya 2 hari sebelum pergi. Chalet2 kebanyakannya dah penuh, itu menunjukkan ramai jugak yang pergi sini. Tempat Janda Baik ni pun popular jugak dengan company event dan teambuilding. Tapi bila kat situ sebab main attraction dia sungai, dan sungai adalah sepanjang2, tak perasan pun banyak kehadiran tourist pun, especially di tempat yang kami menginap. 

Kalau kat Janda Baik ni, macam2 jenis lodging ada.. Ada yang kena naik kereta untuk ke sungai, ada yang memang chalet tepi sungai je, ada yang hotel di pergunungan.. Ada yang murah, ada yang villa mahal.. ada yang sampai RM 10000 untuk 2 malam! Mak saya memang nakkan chalet yang memang betul2 depan sungai. Saya jumpa dalam salah satu blog gambar list chalet2 dan hotel2 di Janda Baik, saya carik satu2. Maaf sebab saya tak sertakan link blog di mana gambar ni originate.. sebab saya tak ingat dah apa blog dia. Kalau tuan tanah ada terbaca, tolong email ye dan saya masukkan link..


Antara chalet yang sebelah dengan sungai ialah: Hawa Resort, D'River Training Resort, Mak Lang Resort dan Teratak Di Hujung Kampung. Kesemuanya ni adalah chalet, so don't expect hotel berbintang2.. rasanya kat Janda Baik mostly villa mahal2 atau chalet biasa2 je. Tapi kat sini Janda Baik dan bukan Kuala Lumpur, so absorb the experience :)  Banyak website yang tunjuk gambar2 chalet tu sendiri dan surrounding of the chalet area dan keadaan sungai dia, banyak pilihan tapi book la cepat. 

Macam saya, saya tak ada banyak pilihan sebab banyak yang dah sold out. 2 days before going, saya berminat dengan Mak Lang Resort tapi the next day dah penuh. My mum berminat dengan Hawa Resort sebab banyak review yang menarik dan according to her, sungai dia best but tempat tu pun dah penuh. Besides, I am not quite sure if OK ke tak memandangkan chalet dia ada banyak dan selalu ambik company event. Make sure you check kalau hari yang u nak pergi, ada corporate event ke tak, sebab takut bising.

Chalet Meranti

Tempat yang saya pergi ialah Teratak Di Hujung Kampung. Dia ada 5 chalet je, so tak ramai orang. Sungai dia memang belakang chalet tu je. Kami sewa 3 chalet untuk 8 adults.. Chalet Meranti (RM 150), Chalet Oked (RM 120) dan Chalet Cengal (RM 80). Harga ni semua untuk satu malam. Semua chalet tu sebelah2 je.

Dalam Chalet Meranti

Chalet Meranti ni kata owner boleh muat 8 orang.. tapi bagi saya mungkin boleh muat 8 orang (including budak2 ok bukan 8 orang adult) tapi akan jadi sangat sempit. Ada banyak toto dengan selimut kat sini tapi bagi saya, kalau saya tahu, I will bring my own cadar2 sebab toto dia macam tak bercadar je..toto lama dan geli jugak kalau nak pakai gitu. Don't expect a lot with the price you pay, dan termasuk jugak toilet dia ye. Dalam bilik ni, 4 orang tidur..my mum, dad, adik lelaki dan perempuan saya. Chalet ni pun ada TV tapi channel biasa je (takde Astro), dan ada balkoni yang memandang sungai. Balkoni tu ada kerusi untuk duduk.

Toilet untuk Meranti

Cengal

Yang Chalet Cengal pulak bagi saya kecik sikit daripada Meranti. Cengal sama saiz dengan Oked. Tapi Cengal ni murah sebab toilet dia kat luar..


Chalet belah kiri kat gambar atas ni ialah Chalet Meranti, tapi toilet dia boleh masuk dari dalam. Ada toilet yang berasingan untuk Cengal (chalet yg belah kanan), tapi kena keluar dari pintu belakang untuk pergi ke toilet. Nampak macam satu toilet kat gambar ni tapi sebenarnya ada dua kat dalam. Lagi satu chalet ni takde tv, hanya ada radio. Adik saya dan wife dia duduk sini.

Dalam Chalet Cengal

Pemandangan bahagian belakang Chalet Cengal. Takde kerusi untuk duduk tapi dekat dengan sungai

As for myself, kami ambik Chalet Oked. Kelebihan bilik ni sebab toilet dia kurang scary huhu, mungkin sebab toilet duduk kot. Lagi satu sebab ada tv dengan Astro. But you would not need Astro lah bila ada kat sini, better spend time dengan family dia luar :)

Chalet Oked

Bilik Chalet Oked


Yang kelebihan other chalets (Meranti dan Cengal) berbanding yang ini sebab chalet ni jauh sket dari sungai. Pemandangan dia ialah campsite. Dan jugak because bilik ni ada dua single bed yang dia dekatkan.. Saya pernah sakit belakang sebab tertidur kat tengah2 hehe.

Pemandangan dari belakang Chalet Oked
Pemandangan dari belakang Chalet Meranti

So you  could say the river stretch was pretty much ours for 2 days 1 night. Manakala untuk 2 lagi chalet ada 2 lagi family, dan ia terletak dalam 50 meter dari Meranti. Social area dia kalau tak silap ada dua je, so memang elok2 la kami amik satu wakaf yang depan chalet kami. Wakaf tu bersebelahan dengan tempat BBQ. Kalau agaknya pergi satu family dan ada family lain, mungkin sekali kena kongsi tempat BBQ dengan orang lain la.. tapi tempat ni seronok kalau pergi ramai2. 

Dapur pun ada jugak (dapur outdoor la), tapi dekat bahagian 2 chalet yang lain, so kami malas nak campur, We bought our electric griller dan minyak untuk masak fries. Tempat wakaf kat luar tu ada plug point so no issue.. Kami BBQ macam2 bawak.. sotong, ayam, kerang, daging, lamb, hotdog, burger..hehe. Jangan lupa bawak arang, cutlery, penyepit untuk BBQ pastu kelengkapan BBQ lah senang cite. Tempat BBQ dia je yang dia sediakan kat sini. Better beli siap2 kat rumah sebab dengarnya kalau nak beli kat sini mahal.. kat mana beli pun saya tak tahu lah, kat situ kampung2.. Kami cuma beli sos cili (terlupa bawak) dengan ais je kat sini.


Picnic basket (entry kat sini) beli dah lama tapi baru guna.. Alhamdulillah memang berbaloi beli. 


Sekejap je percutian weekend kami tapi best sebab dah lama tak pergi bercuti ramai2 satu family. Tak susah cari tempat ni walaupun takde dalam GPS tapi ikut je signboard ke ILMU (Institut Latihan UMNO), sebab tempat ni sebelah je dengan ILMU. 

Contact numbers and more details boleh ke facebook page : https://www.facebook.com/TeratakDihujungKampungjandaBaik




Ummi Sue Giveaway


Ya Allah,
Ku harap Aisyah Hana menjadi anak yang solehah, penyejuk hati mama dan abah, mendengar kata, berakhlak mulia
Semoga Aisyah Hana membesar dengan sihat, kuat jiwa dan cerdik bijaksana
Murahkan rezeki kami, mudahkanlah urusan kami sepanjang membesarkan anak kami yang tercinta

Beli Peti Sejuk - Akhirnya..

08 January 2014
Setelah survey begitu lama, akhirnya kami dah order peti sejuk design yang mula2 saya tak berkenan, tapi Hubby convince dengan baik sekali, so saya pun terminat lah dengan peti sejuk Sharp SJX65STSL saiz 650 liter.  In the end sebelum beli tu, pilihan peti sejuk kami narrow down pada Sharp dan Panasonic Econavi saiz 602 liter. 


Kami beli peti sejuk tersebut di expo Homedec pada akhir tahun lepas di KLCC, tak ingat dah apa nama dealer dia dan harga dia berapa, tapi harga dia murah daripada harga yang kami survey2. Kalaulah ada siapa2 yang berminat nak tau details, boleh email and I will find the receipt. Kebetulan lepas beli tu, selang beberapa minggu, kami pergi ke Houz Depot dan ada both of the peti sejuk, Sharp dan Panasonic side by side. 

Memang instantly nampak yang Panasonic lebih tinggi, tapi Sharp tu sebenarnya walau tak berapa obvious, tapi ianya sebenarnya lebih lebar daripada Panasonic. Kelebaran Panasonic ialah 77.5 cm versus Sharp iaitu 90.6 cm. Tapi bila dah lebar, kena la pulak fikirkan footprint yang lebih besar.. 

Interior peti sejuk Panasonic.. atas fridge dan bahagian bawah ialah freezer. Fridge dia jenis yang mudah laras dan ada compartment sayur dan chilled, macam biasa lah kan.


Freezer dia ialah jenis satu compartment dan tarik keluar. Compartment ni ada dua bahagian, mungkin salah satu boleh letak bahan mentah dan satu lagi boleh letak frozen food ke.. Oleh sebab bahagian compartment ni sangat la menyenangkan untuk campak macam2, kena lah disiplin untuk sentiasa asingkan bahan mentah, letak siap2 dalam tupperware kann.. I bukannya jenis rajin begini dan jarang sekali praktikkan tapi berazam akan mulakan bila masuk rumah baru nanti. Sekarang pun dah mula start, beli terus asingkan siap2 dalam tupperware. Kadang2 dah siap cuci tapi most of the time belum :D Kalau tak asingkan dan terus masuk dengan beg plastik, mana2 peti sejuk tentu akan nampak semak dan kotor kan.. (feeling guilty hehe).



Peti sejuk yang Sharp pulak macam ni bentuknya.. freezer dia belah kiri manakala fridge dia bahagian kanan. Pada dasarnya freezer nya nampak macam kecik je.. tak harap2 tak mengecewakan lah ye.. Lagipun dia tinggi dan banyak compartment2 dekat pintu.




Yang ni bahagian bawah peti sejuk Sharp, kiri ialah freezer dan kanan fridge. Ada dua layer of drawer, jadi lebih banyak ruang storage. 


Peti sejuk pun ada organization system sendiri kann..thanks semua2 yang banyak bagi inspirasi. Semangat nak jadik more organized dan efficient dan lawa2 :D 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...