Bagaimana Kami Jimat Untuk Kos Lantai/Flooring

28 October 2014
Sebenarnya tajuk blog post ni bukan jimat sangat kaw2 habis, cuma cara kami berjimat dan pada masa sama dapatkan flooring dengan paling good value. 

Hubby dan nurin sebenarnya agak berbeza dari cara fikiran, terutamanya masa mula2 kahwin dulu: selalunya nurin suka berjimat, sedangkan Hubby jenis yang takpe belanja lebih sikit asalkan berkualiti dan 'good value'.

Lama2 dah terikut2 dengan perangai dia, tapi still suka berjimat tang mana yang boleh..hehe. Haa gitu la mukadimah dia.

Oh sebelum tu kann.. nasihat tak seberapa di sini.. kepada sesapa yang baru membeli rumah dan belum atau baru je nak masuk rumah, apatah lagi renovation, hindarkan dari tergoda dengan benda2 yang 'kehendak'. Sebab banyaaaak lagi benda 'keperluan' yang perlukan duit dan essential sebelum masuk rumah. 

I'm speaking this from experience, ladies: Unless you have duit berkepuk2 tak terhabis, benda yang paling bosaaan macam grill, lampu keselamatan/floodlights, lampu, kipas.. perlu diutamakan berbanding wallpaper, built-in wardrobe yang nurin ingin2kan, ataupun flooring. 

Yes, FLOORING! Nak cakap pasal bende ni la ni..grrr.. 

My husband might argue that tukar lantai baru ialah satu 'keperluan' :) Sebab tapak kaki dia asyik melecet je jalan dekat lantai parquet di tingkat atas hehe.

Background sikit. Kami ada sign up untuk buat laminate flooring pada bulan April 2013 dengan Inovar Flooring. Dah lama tuu.. setahun setengah dah. 

sumber
Laminate flooring  yang ni menggunakan interlocking system. Takpayah gam, simen ke apa.. Senang pasang dan senang kalau decide nak cabut later. 

Kami pada mulanya cadang nak install flooring ni di keseluruhan tingkat atas. Untuk info, tingkat atas kami ada terbahagi kepada beberapa ruang: master bedroom, ada walkway yang menyambungkan master dengan family area, ada family area, dan ada 3 bilik kecik.

Oleh sebab masa kami sign up dah lama setahun setengah lepas, dan kami belum pasang2 lagi, kami contact company Inovar Floor, cadangnya untuk start pasang lah.

Timing tak cantik betul laa.. sebab tengah nak pasang kitchen cabinet oi.. sangat timing tak sesuai untuk satu 'kehendak' macam nak pasang lantai..

Kat bawah ni T&C daripada Inovar masa kami sign up. Laminate flooring dia ada macam2 jenis ikut ketebalan dan saiz. Yang T&D ni harga untuk flooring jenis Traffic Zone:

1. Kena pasang >500 kaki persegi untuk dapat harga promo RM 6.90 sekaki persegi

2. Kalau install kurang daripada 500 kaki persegi, harga naik jadi RM 7.60/sekaki persegi (Harga sebenar dia kalau bukan sign up masa promo: RM 9/kaki persegi)

3. Tapi katakanlah pasang kurang daripada 300 kaki persegi pulak, dia charge RM 7.60 sekaki persegi jugak, tapi bukan setakat tu je malah dia akan surcharge kita RM 300! 

4. Tapi kalau install kurang daripada 100 kaki persegi, dia tak guna rate2 di atas, tapi akan charge lump sum price. Tak pasti la pulak lump sum tu berapa harganya..lupa nak tanya

T&C dia strict sikit la pada pendapat nurin. Sebab selepas 1.5 tahun sejak sign up, sebenarnya kitorang bukan rasa nak pasang sangat tapi sebab nak bedal pasang je sebab deposit dah bayar kann.. tapi nampak gayanya kena pasang banyak sikit la untuk dapat harga promo heh.                                           

5 benda yang nurin buat untuk cuba untuk jimat kos flooring ni:

1. 'Economic Analysis' menggunakan Microsoft Excel (engineer dgn Microsoft Excel tak boleh dipisahkan hehe)


Tujuan utama saya buat ni sebab nak analyse pakej mana dan ruang mana yang kami nak install flooring. Kalau nak pasang sikit sangat ruang kurang dari 500 atau 300 kaki persegi, harga lagi mahal kalau nak banding dengan pasang >500 kaki persegi. 

Takpe ah belanja lebih sikit, dapat pasang banyak sikit. 

Pastu analysis ni nak tengok berapa banyak kami kena belanja untuk the next few months. Pastu masing2 tanya aa suami isteri ada tak duit untuk spend ataupun ada lagi duit extra boleh tambah lagi pasang seluruh tingkat atas. 

Sebab analisis harga kat atas tu hanya untuk pasang kat master bedroom, walkway dengan family area je. Total area untuk 3 area tu pun dah masuk 499.2 kaki persegi.. lagi sikiiiit je nak masuk 500 kaki persegi untuk dapatkan harga offer paling murah. 

Kat 3 bilik kecik lain tak kira lagi. Ingat tak nak pasang lagi buat masa ni. Cacat sikit la jadi tapi apa kisah..haha.



Jenis laminate flooring yang kami  berkenan ialah Traffic Zone. Tapi, kami menimbangkan jenis yang lagi murah iaitu Famili Series. Kami tanya diri sendiri..kitorang ada ke duit lebih untuk jenis yang lebih kualiti iaitu Traffic Zone. 

Akhirnya kitorang pilih Traffic Zone yang mahal sikit dari Famili Series. Sebab?

- Kami rasa penjimatan dia antara antara Famili Series kalau nak banding dengan Famili Series ni tak banyak sangat. Maksudnya, tak banyak sangat saving pun kalau pilih Famili Series, sedangkan kualitinya agak berbeza antara keduanya

- Flooring Traffic Zone lebih tebal, 12 mm berbanding Famili Series 8 mm. Ketebalan ni mempengaruhi keselesaan semasa pijak dan kurang berbunyi

- Maximum AC rating iaitu AC5, manakala Famili Series AC3. AC rating ialah ketahanan terhadap wear and tear

- Traffic Zone: Lifetime warranty terhadap anai2; Famili Series: ada 10 tahun warranty je

Selain itu, masa tu promotion utama daripada Inovar ialah untuk Traffic Zone. Harga Famili Series lebih kurang je antara >500 sqft atau <500 sqft. 


2. Hack skirting sendiri

Oleh kerana Inovar perlu pasang skirting lantai yang khas, dia mintak kami hack skirting sendiri. Dia suggest guna kontraktor luar instead of kontraktor Inovar sebab lebih murah. Hack skirting Hubby boleh buat sendiri

3. Pasang laminate flooring ni atas parquet yang sedia ada

Sales Agent kami tak suggest cara ini sebab takut kalau parquet tu dimakan anai2 yang menyebabkan flooring laminate tu mendap, maka warranty tu tak boleh diguna pakai. Well, we took the risk. Parquet tu kalau nak buang makan masa dan kos upah, obviously. Lagipun, my Hubby cakap ada sorang Inovar punya SA cakap sebaliknya - suggest pasang je atas parquet. Apa2 lah..

4. Negotiate!

Bulan Oct 2014 lepas 1.5 tahun setengah, kami pegi expo jumpa balik Inovar punya SA untuk negotiate. Yang ni part penting. Negotiation is the key to fruitful business deal:


(a) T&C dia terang2 tulis booking price hanya valid for 1 year. Kami dah melepasi 1.5 tahun dah, dan kami negotiate lagi untuk dapatkan harga offer untuk extend sampai April 2015 haha (2 tahun). Akhirnya dia bagi sampai Feb 2015 je. Itu dah 1 tahun 10 bulan.. ok lah daripada tak dapat langsung kan..

(b) Masa Oct 2014 tu, SA tu tersasul cakap perlu install >400 sqft je untuk menikmati harga promo RM 6.90/sekaki persegi. 

Tapi perasan tak nurin tulis masa T&C tahun 2013, waktu kami mula2 sign up tu, dia tulis kena pasang >500 sqft untuk dapat harga tu. Kiranya sekarang harga tak turun, tapi keluasan untuk pasang tu lebih kecik untuk dapatkan harga promo tu.

Pastu kami nego dengan dia alaaa..boleh la dapat harga RM 6.90, sebab lagipun keluasan yang diorang kira tu 499.2 sqft je, kurang 0.8 sqft je hahaha. Tak pasti la kalau beza banyak sangat dia kasik ke tak sebenarnya haha

(c) Apa yang kitorang terlupa sangat2 nak cek, ada ke tak Ezy Pay / instalment plan. Rupanya sebesar2 company macam Inovar, dia takde instalment plan! Hanya cara cash, cheque atau credit card. 

Tapi lepas nego, dia suggest kami bayar ansuran (contoh guna online banking), tapi make sure still adhere to the T&C, which is sebelum install, mesti dah habis bayar 80%. Oo boleh pulak gitu.. 

Akhirnya kami tak bayar pun ansuran gitu. Sama je macam kau kumpul duit sendiri2 pastu bayar je la lump sum bila dah nak pasang. Option ni nurin tulis je mana la tau ada orang nak guna, in case kau takut duit lesap tang tempat lain kan..ahaha.


5. Renew our booking 

Kan kami dah dapat green light daripada SA untuk extend booking dengan harga promo RM 6.90 sampai Feb 2015 kan.. 

Tapi kan.. pagi hari Ahad terbaca blog Miss N berkenaan sign up dengan Inovar masa Homedec KLCC. Thanks bebanyak! Memang Hubby ada berkira2 sebelum ni untuk renew booking masa Homedec, supaya kami boleh extend installation lama lagi. Saya tak nak sebab takut harga naik dengan banyak. 

Alhamdulillah, dapat info from Miss N yang harga dia RM 7.20/psf (naik 30 sen je), dan setelah kira2, kami hanya perlu bayar extra RM 150 sahaja dengan kenaikan harga ni. So memang set la Hubby pergi ke Homedec untuk tanya boleh ke tak renew cenggitu. 

Rate tahun ni, Homedec Oct 2014

Rate tahun lepas, April 2013
What was pleasantly surprising was that, lepas dah dapat renew, bukan sahaja kami boleh extend sampai setahun lagi sampai Oct 2015, tapi dapat jugak voucher discount RM 250. Jadi sebenarnya, walaupun kami kena bayar extra RM 150.. tapi sebab ada voucher tu jadi RM 150 tolak RM 250, kami sebenarnya jimat RM 100! Ok la takde la banyak sangat jimat, tapi takde la rugi ye dok.


Haha.. tapi kann.. in the end kami rancang nak buat bulan March sebab April dah start GST. 6% adalah banyak.. Kena accelerate projek rumah sebelum April, no no no.... 

Tapi in summary kira ok lah kan..

  • Booking dengan Inovar dari Apr 2013 sampai la pasang bulan March 2015. Nak dekat 2 tahun
  • Renew booking kat tengah2 dan dapat jimat RM 100 pulak tu sebab ada voucher diskaun. Dapat extend lama dan dapat jimat sikit..






11 comments:

  1. Salam sis..Rumah baru da siap wiring ke?kalau belum boleh contact sy sis.

    ReplyDelete
  2. luv your entry yg bg tips mcm ni, sgt helpful for us readers. we have so much in common, i.e. being money-smart, and priotizing betw kehendak n keperluan...it was such a refreshing read, tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq for dropping by and for the comment, appreciate it..mmg hoping that my posts will help give info to people. teruskan follow my blog ye.

      Delete
  3. As frontier in laminate flooring, FLOOR DEPOT focus entirely in home improvement, expertise in total flooring solution; all remain as foundations of all we do. laminate flooring, vinyl flooring malaysia, laminate flooring malaysia, wood flooring malaysia, flooring malaysia.

    ReplyDelete
  4. Sy ada membuat kerja2 ubahsuai rumah dan pejabat..membina kolam ikan(simen ferro) dan landskap.membekal dan memasang lantai vinyl dan wall paper. Terbuka untuk daerah bangi,kajang,cheras,serdang,ampang,puchong dan nilai. Silah hubungi sy d no 0192945175(amir) atau wsp sy d no 01129110298

    ReplyDelete
  5. Sy ada membuat kerja ubah suai rumah dan pejabat,kolam ikan(simen ferro)dan landskap,membekal dan memasang lantai vinyl dan wall paper silah hubungi sy d no 0192945175 or wssp 01129110298

    ReplyDelete
  6. Sy ada membuat kerja ubah suai rumah dan pejabat,kolam ikan(simen ferro)dan landskap,membekal dan memasang lantai vinyl dan wall paper silah hubungi sy d no 0192945175 or wssp 01129110298

    ReplyDelete
  7. Sy ada membuat kerja ubah suai rumah dan pejabat,kolam ikan(simen ferro)dan landskap,membekal dan memasang lantai vinyl dan wall paper silah hubungi sy d no 0192945175 or wssp 01129110298

    ReplyDelete
  8. Pening kepala baca sbb campur malay n english..huhu campurization terlalu bnyak..huhu

    ReplyDelete
  9. best betul info lengkap floor laminated nie

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...