nurinkhairi: November 2013

25 November 2013

Cerita Tong Sampah Kat Dapur

25 November 2013
Eee..saya memang excited pasal dapur dan dapur sahaja..padahal rumah tu baaaanyak lagi benda untuk disettle-kan dulu, tambah2 lagi kemungkinan besar akan renovate bahagian dapur, jadinya kitchen cabinet punya hal lamaa lah lagi kann.. Tapi apa2pun tak salah planning awal2, cuma nya kena bising sikit la dgn Hubby sebab tak enthusiastic sangat bahagian2 lain seperti grill ni ha..

Haritu waktu tengah excited design2 kitchen cabinet (ni sebelum kami fikir untuk renovation untuk buat dry dan wet kitchen asing), jadinya kemungkinan besar design kitchen cabinet tu akan ubah la sedikit sebanyak. Anyway, yang saya nak cite ni sebab waktu tengah design tu, saya perasan yang saya tak pasti kat mana nak letak tong sampah. Saya sebenarnya tak berapa nak minat letak kat bawah sink, i.e. dalam base kabinet di bawah sink. Maksudnya, setiap kali nak buang sampah, kena bukak pintu kabinet dan buang.Tapi it is the neatest and possibly a hygienic solution, tambahan pulak kalau ada cik kucing ke apa, kalau tong sampah kat luar mungkin dia akan selongkar. Rumah mak ni gitu la gamaknya.




Tengok design ni, OK tak? Dia ada lubang kat base cabinet dia  untuk buang sampah tanpa bukak the pintu. Tu yang bahagian segi empat tu, just tolak benda ke dalam nanti sampah turun la kat tong dia. Ni gambar ambik dari pantry office. Tapi downsides are: 

1. Mungkin tak sesuai untuk sampah saiz besar, dan
2. Honestly saya geli nak guna swing door ni. Everytime saya nak buang sampah kat pantry ni mesti saya akan bukak  kabinet ni guna handle dia. Saya terpikir swing door ni kecik je bukaan dia takde la besar mana kann..so sampah tu confirm akan kena dekat swing door tu. Pastu kalau saya buang, tangan terkena swing door tu so kena bekas sampah orang lain..cuci tangan cuci tangan... ala mesti argue kan kalau pegang handle tu pun sama jugak ada germs jugak tapi ntah la tak suka jugak guna swing door tu, mesti nak bukak jugak pintunya , buang sampah macam biasa (ngade)




Yang ni waktu tengok kat IKEA. Tong ni simpan bawah sink, tapi dia ada sliding base. Kiranya tong tu boleh tarik2. Dia pasang engsel kat base kabinet ni to create the sliding base.. kalau tak silap the engsel tu daripada siri RATIONELL

Kalau nak pasang yang gini punya, rasanya kena ada tong kecik jugak kan kat atas sink, kerja2 membuang sampah akan jadi lebih mudah la gitu..

Apa saja la takde cerita lain ke, cerita tong sampah pulak.. Cerita tong sampah korang camana? :D

Barang2 DIY rumah kat Ace Hardware

Semalam jalan2 di Ikano Power Centre lagi, dan pergi ke kedai Ace Hardware Store lagi. Hubby tengah survey high pressure punya water hose untuk cuci lantai etc.

Saya pulak dok sibuk tengok barang2 rumah, certain tu pelik2 barangnya..




Yang ni label bukan dlm English tapi macam pembersih tapak seterika.




Pembersih untuk wax lilin, dengan lifter dia sekali untuk scoop out candle tu from surface supaya tak calar..agaknya la kot. I was like, what? Barang mcm ni pun ada jual ke hehe. Letak lilin dalam bekas dia, senang cerita. Brand Goo Gone..macam pernah dengar.




Produk untuk repair calar dengan chipping. Don't know if this will work or how it works. Kalau dah chipping, macam mana nak repair balik??




Yang ni pulak produk untuk bersihkan tile grout i.e. kotoran antara tiles. Especially yang dekat bilik air punya. Ni memang saya pun ada masalah, nak kena sental je selalu.

Pernah nampak homemade recipe untuk bagi hilang tile grout ni..





Namti nak cuba la resipi ni..

20 November 2013

Tiket AirAsia Murah ke Nagoya Japan

20 November 2013
Salam semua,

Semalam pertama kalinya saya berjaya dapatkan tiket Air Asia promo ke Nagoya. Selama ni tak pernah serius untuk hunting tiket, tapi sebab kali ni destinasinya sangat menarik: Japan.

Dari semalam 19 nov, ada promo dari LCCT ke Nagoya, all in fare termasuk tax ialah RM 199 one way yang paling murah. Tapi macam biasa la Air Asia, tu tak masuk lagi book seat, makanan, checked in bag dan lain2.

Promo ni untuk travel dari 17 Mac hingga bulan August kalau tak silap. Waktu kami beli malam semalam (kena calling2 dgn Hubby sebab LDR kan), dah hampir takde dah yang RM 199 pada waktu yang kami nak pergi iaitu sekitar bulan May. Tapi bulan July dan August ada lagi. So kami ambik yang RM 269, KL ke Nagoya. Harga tiket dari Nagoya ke KL lebih mahal sikit sebab tax dia barangkali.



Total untuk tiket yang saya bayar ialah RM 1500. Tiket my Aisyah (infant lagi, belum sampai 2 tahun) ialah RM 500. Jadi, average tiket untuk Hubby dan saya ialah RM 750 seorang.

Dan untuk supplementary fee:

- Check in baggage ialah RM 65 per person per one way. Saya ambik checked bag untuk sorang je, we are not going there for shopping for sure

- Meal ikut type of meal. Saya ambik meal waktu nak balik je, bcoz yang waktu pergi dah tgh malam. Lgpun waktu nk blk nnt sure lapar and nk makan makanan halal. RM 13 per person per meal, total RM 26

- Seat selection tak amik sebab belum decide lagi sama ada nk pilih seat atau biar dia pilih random je. Setiap seat per person per trip ialah RM 35
- Surcharge untuk cara bayaran. Kalau bayar guna credit card, surcharge mahal, tak ingat dah berapa tapi RM 30 camtu kot. Kalau guna cam CIMB Clicks atau M2U, surcharge RM 4

Banyak jugak surcharge Air Asia ni, walaupun first time, saya dah expect byk surcharge tapi tak sangka mahal. Bayangkan checked baggage RM 65! Kalau RM 20 ke acceptable la..
Sesapa yang berminat boleh la terjah website sebab tiket dia selling fast!!

19 November 2013

Dah Jumpa Label Maker Epson Murah kat Malaysia, Tapii.....

19 November 2013
Tempoh hari saya pernah cerita tentang teringin nak beli label maker jenama Epson. Guess what, setelah browse internet setelah beberapa hari, akhirnya saya beli jugak online di Amazon. Tapi malangnya, label printer tu bukan kat sini tapi nun kat US sana. Mula2 ingatkan my brother akan tamat belajar pertengahan tahun depan, but little did I know sebenarnya dia bukan habis tahun depan, tapi tahun 2015..aaaa.. gigit jari nak cuba gadget baru!!

Barangan yang saya kirim melalui my brother ialah:

  • Epson LabelWorks LW-400 --USD 29.99 = RM 101.52 -- harga ni saya tunggu beberapa hari sampai dia turun, sebelum tu harga dia dalam USD 37
  • Clear Tape Cartridge, Black On Clear, 1/2 inch, 9 metres - USD 15.96  = RM 54.03
  • Tape Cartridge Gold On Black, 1/2 inch, 9 metres -- USD 18.49 = RM 62.59
  • Iron-On Fabric Tape Cartridge, Black On White, 1/2 inch, 5 metres -- USD 15.98 = RM 54.09

Ni gambar kotak LabelWorks LW-400 ni. Dalam kotak ni selain label printer tu, dia sertakan jugak tape cartridge, iaitu kertas untuk print label tu. Yang dia sertakan ialah yang jenis "Black On White". Maksudnya, tulisan label tu ialah warna hitam dan label tu warna putih. "Black On White", get it? :D


Selain pakej tu, saya beli 3 lagi cartridge tape yang lain. Satu tu ialah "Black On Clear" iaitu tape dia kaler lutsinar, memang saya aim yang ni untuk buat labeling, combine dengan washi tape..haha washi tape nye pun tak ada pun. Lepas tu bila browse2, minat pulak dengan tape yang "Iron On Fabric". Jenis label tu ialah fabric dan boleh iron dekat atas baju. Yang ni sesuai sangat la label atas stokin saya yang asyik2 hilang je. Harga yang tape ni paling mahal antara yang 3 saya beli tu, dan paling pendek, hanya 5 meter je. Yang lelain 9 meter..

Lepas tu angkut jugak cartridge tape "Gold On Black", macam cantik2 gitu warna gold. 

Harga keseluruhan pembelian ialah RM 267.93. Harga postage saya dapat free sebab saya pilih free postage ke mana2 alamat di US. Macam dalam post yang lalu, harga paling murah saya pernah nampak di Malaysia ialah RM 213.82, tapi yang ini harganya RM 101.52 je! Harga dia jadi dua ratus lebih tu sebab beli cartridge bagai.. cartridge pun mahal benar! (takpe la dah terbeli pun huhu)

Tujuan saya menulis ni adalah sebab nak share, dalam 2 minggu lepas saya pergi ke kedai All It Hypermarket di Ikano Power Centre, Damasara.. and guess what I found? A promo on this labelmaker, and the promo was oh-so-irresistible! 


Promo yang saya maksudkan ialah promo RM 346 tu.. Beli 5 unit cartridge tape 1/2 inch (12 mm) + 2 unit 18 mm punya tape..total kena beli 7 cartridge la.. total harga tu semua RM 346 , pastu dapat LabelWorks LW-400 tu free!! Tapi the catch is kena beli sampai 7 la cartridge nye, total2 pun RM 346 kan.. Tapi it's a good value for money kan? 



Kat sini ada jual bermacam jenis cartridge tape dia..tapi yang paling saya nak iaitu yang clear tape punya takde.. Harga dia untuk tape yang kelebaran 12 mm ialah RM 46.00 , manakala kelebaran 18 mm ialah RM 58. Maknanya harga kat Malaysia rupanya lebih murah daripada yang saya beli kat Amazon tu...:( Harga LabelWorks dia pulak ialah RM 249, tapi kalau ambik promo ni dapat free la. 

Selain LabelWorks Epson, ada jugak macam2 jenama Dymo dan Casio..



Yang ni macam yang tengok kat Lowyat haritu, harga sama RM 99



Sapa yang berminat boleh la ambik tawaran ni. Ataupun sapa yang nak labelmaker murah harga RM 100+ tapi boleh tunggu sampai 2015, boleh jugak, so saya boleh beli promo ni.. :D 

Nampaknya lama lagi la merasa gadjet ni.. Kalau nak pos, harga dalam USD 20.. RM 70 tuu..


17 November 2013

Pancake Yogurt-y untuk Sarapan Pagi :)

17 November 2013
Menggunakan yogurt dalam masakan memang dah jadi kebiasaan saya sejak zaman belajar lagi. Masa kat UK, mana ada santan2 fresh ni. Yang ada di Asian food shops ialah santan kotak, dan biasanya santan2 ni diimport dari Malaysia lagi..siap ada sesetengah stok tu, yang label dia dalam bahasa Melayu lagi (habis la sapa yang tak paham hehe). Tapi memang kebiasaannya, apa yang diimport especially dari negara2 jauh macam Malaysia ni, mesti lah mahal.

Resipi biasa yang saya gunakan yogurt termasuklah tandoori, tikka masala, cheesecake dan jangan tak tahu, kari dan kurma sebagai ubstitute kepada santan! Kurang lemak dan lebih berkhasiat. 

Pagi tadi I have whipped up a simple yet delicious breakfast untuk ahli keluarga..pancake! 

Guna yogurt menyebabkan pancake lebih lembut. Pilihan saya sudah tentu daripada the trusted Nestle.. Nestle Natural Set Yogurt 470 gram. Yogurt ni tanpa gula tambahan dan juga rendah lemak, definitely my choice and family.





Selain mendapatkan pancake yang lembut dan fluffy, untuk dapatkan pancake yang naik, jangan lupa soda bikarbonat dan baking powder. Lagi satu, jangan banyak air sebab nak bagi dia bulat dan terletak je bila masak dalam pan.

Ni resipi saya, resipi biasa2 jer:

1 cawan tepung
1 cawan gula - saya kurangkan sikit
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk bikarbonat
1 biji telur
1 cawan Nestle Natural Set Yoghurt
1/4 cawan air

Masukkan semua dry ingredients dalam satu bekas - tepung, gula, baking powder, soda bikarbonat.



Masukkan telur yang dah dipukul sikit (saya guna garfu je), yogurt dan air dalam bekas lain. Kacau2 hingga sebati. Lepas tu kalau nak masuk benda2 tambahan pun boleh macam choc chip, pisang, kismis.. Saya letak kismis. 





Panaskan pan non stick dan saya guna measuring cup yang 1/3 cup punya untuk senduk adunan. 1/3 cup agak2 cukup untuk buat satu pancake sederhana besar. Tunggu sampai adunan ada bubble2, tu tandanya dia dah agak garing baru perlahan2 balikkan. 

Finally, my not so majestic pancake..tapi rasanya sedap.. :D 



My daughter, makan Nestle Natural Set Yoghurt begitu saja...terkejut maknya..


Dalam website Dear Nestle ada banyak menghimpunkan resipi2 tempatan dan antarabangsa, tips2 memasak dan healthy lifestyle dan pelbagai lagi. Boleh la jenguk k. :)

16 November 2013

Tempat Penginapan Laut China Selatan - warning: takde ilham deco kat sini

16 November 2013
Taktau nak update apa sebab gambar semua dalam handphone, tak boleh bawak ke offshore.

Layankan je ler gambar kat bawah ye..

Dah 6 hari 5 mlm duduk kat sini. Sorg2 perempuan..tapi best sebab tak perlu kongsi bilik dgn org lain hehe. Biasanya pelantar ni ada dalam anggaran 60-80  org pada hari2 normal dan boleh sampai dlm 100 lebih pada hari sibuk.

Kerja sini 12 jam, 6.30 pagi - 6.30 petang, tapi selalunya saya kerja sampai tido dalam pukul 10-11 malam. Dulu bilik saya ada Astro jadi boleh layan Astro sambil pump EBM, tapi kini dah tukar platform, jadi tidak lagi.. Kat rumah takde Astro so kat sini je la boleh layan seorg diri. Selalu di kantin ada bukak Astro juga. Ada jugak bahan bacaan macam newspaper tapi selalumya lambat sikit la, satu hari lambat selalunya.

Ada gym dan boleh main game, tp ala x minat la nak join2 sorg2 je perempuan. Jadinya duduk buat keje je la. La ni baru boleh update blog sbb ada tablet pinjam, dan wifi kat sini baru pasang. Kalau dulu masa takde wifi boleh jugak tapi leceh kene guna wayar and tak sedap la nak browse2 benda personal guna laptop kerja. Tapi macam biasa, youtube dgn facbook memang di block kat sini.

Yang best di sini sudah tentu makan free, takde traffic jam, tak belanja duit minyak. Seminggu duduk free! Tapi esok nak balik dah, tak tahan. I miss my daughter. Lagipun kerja dah siap.
Makan 6 kali sehari boleh jadi gemuk.


Gambar sekitar platform living quarters. Maaf takde ilham deco2 kat gambar2 ni..'ini bukan hotel' kata salah seorang supervisor di sini kepada anak buah dia. Hehe.
Ni pandangan katil dari bilik saya.
Ada langsir dan dalam tu ada lampu in case nak buat kerja atau membaca. Saya pernah duduk di bunk atas katil sebab ada sorg lagi perempuan, tak best sebab sejuk dan takde langsir.








Meja kerja sambil pam EBM waktu malam. Bersepah kan..




Laundry tinggal depan pintu, nanti laundry boy akan ambik. Pagi esoknya bila bangun akan dapat laundry panas2 keluar dari dryer.




Shower dan toilet. Toilet ni kongsi dengan bilik sebelah tapi rasanya mereka tak guna bilik air ni sebab saya ada. Tapi setiap kali dah habis guna saya unlock balik pintu bilik air bahagian mereka sebab mana la tau mereka nak guna. Dinding besi, jadi kalau kena badan masa mandi memang sejuk.... nasib ada air panas.




Tempat makan di tingkat bawah sekali. Macam2 makanan ada kat sini, kadang2 nak request dari chef pun boleh. Pendek kata memang tak payah risau bab makanan. Lunch atau dinner ada nasik dan biasanya 5-8 jenis lauk. Selain tu, ada juga pilihan western especially utk mat sakeh yg cerewet.



Ada roti, maggi, biskut, macam2 air ada, aiskrim, buah.. Dulu saya tak tau yang roti semua mereka buat sendiri. Macam roti sosej, roti pizza..

Susu EBM saya simpan dalam freezer aiskrim, terbongkok2 ler simpan susu kat bhgn bawah freezer every time..pernah ada cabaran jugak EBM ni terutamanya dari segi penyimpanan, tapi sekarang dah ok. Terima kasih freezer aiskrim.

Note: Post ni saya tulis jumaat malam sabtu, tapi tak sempat nak publish sebab gambar tak boleh load kat sana.

11 November 2013

Kena Penalti Dari Developer Rumah Sebabkan Bank..

11 November 2013
Salam..

Bersiaran dari Laut China Selatan pada kali ini. Oleh kerana gambar2 banyak dalam handphone saya (dan hp tak boleh bawak ke sini), jadi kali ni tak ada gambar nak dikongsi.

Sekadar nak share tentang proses beli rumah kami yang banyak masalah. Ingatkan kes kami ni isolated case, rupanya bakal jiran kami dan kawan sekerja yang duduk di taman perumahan yg sama pun alami benda yang sama. Iaitu penalti dari developer kerana lambat jelaskan bayaran.

Ceritanya sama saja..bank lambat uruskan paperwork, menyebabkan buyer dikenakan penalti. I am quite surprised that it is quite common among those I asked. Oleh kerana kami tak jelaska penalti tu, kami tak dapat kunci rumah. Pada mulanya kami taknak kalah dan nak tunggu jugak bank yg jelaskan penalti sebnyak RM 6600 kpd developer, sebab memang terang2 pihak bank yg bersalah. Pegawai dia melambat2kan siapkan paperwork walaupun dah push banyak kali.

Tapi akhirnya kami terpaksa bayar sbb dah tunggu lama sangat. Kami dah complete buat rayuan kali pertama kepada bank, dan resultnnya adalah kami dapat potongan RM 2000 lebih, tapi yang tak masuk akal adalah bank suruh pihak lawyer yg jelaskan RM 2000 lebih tu..pdahal mereka tak terlibat pun dalam kesalahan ni.

Sekarang tengah ongoing rayuan kedua.. Berdoa sangat semoga OK..doa orang teraniaya
makbul. Kalau nak tau, bank tersebut ialah CIMB Islamic bank. My rakan sekerja tu pun buat dgn bank yang sama.

06 November 2013

Wall Pockets untuk Simpanan Sementara Surat/Resit

06 November 2013
Dah lama tak menulis di sini.. untuk luangkan masa dengan hobi2 saya pun tak sempat kerana kekangan kerja yang banyak. Bila sampai rumah, kadang2 masih fikirkan kerja..

Pada bulan September lepas, saya menyertai cabaran susun atur yang dianjurkan Susun Atur Sioca berkaitan susun atur bilik tidur. Saya adalah salah seorang pemenang cabaran susun atur tu, dan telah mendapat hadiah daripada blog familyini . 

Macam tau2 je yang saya teringinkan wall organizer. Sumber inspirasi adalah daripada salah satu website dari luar negara, yang utilise wall shoe organizer untuk letak surat2. Saya pun ada wall shoe organizer, tapi letak kasut la.. Saya tak pasti kat mana kat Malaysia ni nak beli wall organizer sebenarnya, taktau la pulak ada kat IKEA..tengok barang IKEA macam samaaa je..balik2 barang sama jugak.

Reason saya nakkan wall organizer sebab untuk tempat sementara untuk surat2 sebelum purge ataupun simpan dalam file. (File ni pun saya ada masalah sebab my current storage solution doesn't really work  for me, yang itu later). Sebab kita dapat surat agak selalu, dan sudah tentu mostly adalah bil2 dan surat2 penting kan..Saya selalunya akan selit je surat2 tu kat atas meja solek. Sebab meja solek saya ada tempat yang boleh selit2 jugak la, jadinya pemandangan dah tak berapa lawa di situ. Meja solek bukan tempat selit surat!



Sekarang IKEA Kusiner Wall Pockets tu dah jadik tempat saya simpan surat2 tu secara sementara, sebelum purge atau simpan dalam file. Juga tempat saya letak resit2 secara sementara (resit penting atau untuk tax deduction). Sebab kadang2 saya minat join contest, it also acts to hold my contest forms (and the purchase receipts of course). Banyak gunanya! 

Terima kasih for the giveaway :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...