Dilema Design Dapur

28 October 2013
Bulan lepas saya ada elaborate tentang design yang saya nak untuk kitchen cabinet. Lanjutan daripada tu..sekarang ni kami mengalami dilema...lahh sangat. Bila keluarga memberi komen tentang layout dapur tu. Sejujurnya saya rasa agak annoyed sebab ianya berbeza dengan pendapat saya dan husband. 

Beberapa tahun lepas saya ada pergi IKEA dan kebetulan ada satu layout tu di mana kitchen cabinet dia letak bersebelahan dengan sofa dan tv. Terus kami berminat dengan konsep tu. Kami nakkan konsep 'open space'..sebab saya selalu terasa cam duduk kat dapur sorang2..manakala Hubby duduk kat depan layan anak. Selalu rasa cam nak cepat habis sebab join sekali, ataupun panggil mereka datang ke dapur. (Nasib ler dapur mak ni besar jugak, ada sofa dan meja makan, kalau dapur apartment sewa dulu memang tak dapek aa). 

Saya suka masak (agaknya) tapi saya rasa sebenarnya saya kadang2 tak suka masak sebab sorang2.. jadi apa salahnya konsep dapur open space kan? Supaya anak2 yang tengah tengok tv, saya boleh tengok sekali, boleh pantau mereka buat apa dan boleh borak2.

Sekarang ni Hubby thinks it may be a good idea, sebab, kalau open space, takut kawasan lain akan ada bau.. Saya tak pernah guna hood selama ni. Kami ada beli hood, sekali dengan oven dan hob brand Elba. Jadinya, hood tu tak cukup ke ek untuk serap bau2 semua?

Jadi sekarang ni kami ada fikir nak extend sikit bahagian dapur tu (gambarajah di bawah hehe), supaya ada wet kitchen. Bahagian dapur asal buat jadi dry kitchen. 






Oleh kerana itu, kalau masih nak integrate dengan tempat tengok tv/tempat santai keluarga, Hubby cadangkan untuk extend tempat santai tu jugak supaya akan bersambung dengan wet kitchen. Pasang satu sliding door lutsinar supaya boleh bukak atau tutup anytime we want to. 

Kalau benda ni jadi, nampaknya kos akan pergi ke renovation la..nampaknya lama lagi la nak dapat kitchen cabinet. Saya masih ragu2 dengan design begini, saya tak pasti adakah saya perlu dapur yang besar, tapi pada masa yang sama saya acknowledge yang dapur sedia ada agak kecik. 

Kalau nak nyah bau, adakah hood tu tak cukup? Perlukah ada partition yang tutup dapur daripada area rumah yang lain? Kalau dari segi nak mengelakkan anak kecik ke dapur, saya cuma cadangkan pada Hubby untuk pasang pagar baby tu.

Nak design dapur pun banyak hal ye.

Survey dan Beli Tap Dapur di HOMEDEC 2013

24 October 2013
Minggu lepas ada expo Part 1 untuk HOMEDEC dan kami tak terlepas untuk pergi. My hubby memang dah cakap awal2 yang kita hanya nak survey dan takkan beli apa2..sekali apa jadi? Haremm.. Sekali pergi, tiga benda kami beli:

- Bayar deposit untuk grill (kami dah bagi deposit untuk contractor lain, tapi kalau grill tak salah amik banyak2 contractor pun kann..grill kan banyak)
- Beli water heater untuk master bedroom
- Beli tap untuk sink di dapur

Kat sini hanya nak cerita tentang kami memilih tap dapur, sebab dalam beberapa jam kami kat HOMEDEC tu, yang paling lama bukannya nak pilih grill, tapi nak pilih pelbagai la design dan brand untuk benda semudah tap dapur.

Benda2 yang boleh dipertimbangkan kalau nak membeli tap dapur adalah seperti:

- Material/kemasan bahagian luar: Yang saya dapat tahu waktu expo tu, yang paling common ialah stainless steel ataupun brass-chrome. Stainless steel tu macam biasa la,tak karat manakala brass tu pulak,akan ada selapis coating iaitu chrome supaya mencegah karat 
- Material/kemasan bahagian dalam tap: Ada salesman yang siap demo, kat bahagian tap tu, kebanyakan brand punya material adalah tak tahan karat. Dia kata (ni dia kata la ye), ada dua je brand yang bahagian dalam dia ialah stainless steel utk tap camni: Brand Haustern dan VRH
- Maintenance: Pilih lah yang senang cuci.. 
- Saiz/design/function: Sebab sink kami agak besar (gambar kat sini), jadi kami pilih design yang senang nak alirkan air kat semua bahagian sink utk cuci dan utk basuh apa2 ke..contoh cam periuk
- Consummables, contohnya dari segi yang kena selalu tukar.. kalau tap ni biasanya ada satu cartridge je kat dalam yang mungkin akan rosak dan kena tukar. Kebanyakan tempat kami pergi menawarkan warranty sampai 5-7 tahun untuk tukar cartridge tu percuma. Tapi ada satu kedai kami pergi, baru tahu cartridge tu takde la mahal mana..dalam RM 30 boleh dapat, tapi tak pasti la untuk most brands atau brand dia je (itupun tak ingat brand mana hehe)
- Harga
- Warranty


Ni design yang saya maksudkan, sebab tak pasti apa nama design dia..hehe. Dia ada flexible hose supaya senang capai benda2 dalam sinki untuk dibasuh. Yang ini adalah brand VRH (brand dari Thailand), dan adalah yang pertama yang saya berkenan dari segi ciri2 di atas. Dia ada satu tap untuk alirkan air macam biasa dan ada satu lagi hose serta handle yang lawa dan senang nak tekan. Harga sebelum diskaun adalah RM 700 lebih, tapi lepas diskaun dapat RM 550. Lepas tu kami pergi survey tap lain pulak.






 Yang bawah ni brand  Regis. Harga RM 1060. Tak cantik, besar sangat dan mahal. Tak nak.



Bawah ni, adalah tap brand HCE dari Germany. Harga dia rm 1675.00 , lepas diskaun kami dapat dalam RM 1100 lebih. Sama macam VRH, brand ni material dia stainless steel which is more attractive dari segi tahan karat. Dan pada saya lebih cantik. Yang brass chrome kemasan dia cam shiny2 sket..I memang suka benda2 matt finish.. Tapi tak begitu minat pada design sebab susah mau cuci ni..tengok lah loop dia yang begitu banyak tu. Mau kena cuci setiap satu loop dia supaya tak naik lumut dan sebagainya..

HCE


Brand Rafini, dari Italy. Diperbuat daripada brass-chrome tapi harga dia meletup2.. RM 2088.. Tapi kedai ni ada buat 50% discount, so dalam RM 1044. Ataupun buy one free one (sama ler tu..gimik je kedai ni). Yang ni pun susah nak cuci. Kalau perasan design yang semua ni guna satu tap, kecuali VRH sebab guna dua tap. 

Rafini

Brand Abagno, ak ingat dari mana.. China kot. Harga sebelum diskaun RM 940, selepas 30% dapat RM 658. Tak berapa minat sebab susah nak cuci dan lagi satu, harga dia lebih mahal daripada VRH.. baik amik VRH sebab lagi murah gitu..




Untuk dua gambar kat bawah ni, gambar pertama ialah brand Bareno dari China. Yang gambar kedua ialah brand Fomtano, pun dari China. Kedua2 design ni kemasan dia sama and design pun hampir sama. Bareno tu harga sebelum RM 730.00, after diskaun 30% dapat RM 510.00 . Yang Fomtano, harga sebelum RM 780.00, tapi harga lepas diskaun tak ingat.. rasanya dalam diskaun 30% gitu jugak kot. 

Both are brass-chrome dan design dia sama tapi lain daripada brand2 yang lain. Dia menggunakan konsep satu tap, keburukan with satu tap ni ialah you tak boleh control bila dah bukak main tap. Contoh macam brand VRH, dia ada lagi satu pemegang yang boleh tekan untuk kita control sama ada nak bukak air ataupun tak. Jadi tak timbul la isu air terspray sana sini.. Yang ni, design flexible hose dia nampak lawa, senang nak cuci tapi bila I test2 sket, sebab flexible hose dia keras dan senang meloncat ke atas. Bayangkan waktu tu kita tengah nak basuh tangan, pastu tengah pegang anak..tiba2 anak main2 dengan paip ni..kalau benda ni meloncat, memang basah satu lantai dapur. Nak2 kalau air bukak kuat. So memang kami tak berkenan la. Lagi satu kami perasan yang display set ni (actually both of them) banyak calar2..jadi bayangkan kalau dah agak lama di rumah, mesti wajib la ada calar2..

Bareno

Fomtano

Brand Rubine. Harga sebelum ialah RM 860 , selepas RM 516. Harga dah murah, put in KIV, tapi tak berminat dengan design susah cuci dia. 


Gambar background hijau di bawah ni pulak adalah tap dari jenama Sorento. Sekali pandang tak nampak macam tap yang boleh tarik2 ni.. Tapi kat bawah tu nampak tak flexible hose punya panjang. Dia boleh tarik kat bahagian kepala dia.. Yang ini harga RM 700, diskaun RM 25%, so RM 525.


Lastly, yang ini design hampir sama dengan Rubine. Tap ini brand Haustern dari Germany. Pada mulanya hati tak berkenan, masa dah habis survey2 dan masa untuk evaluate, yang berminat dalam semua2 ni hanyalah brand VRH yang gambar paling atas tu. Tapi I can see that my husband was trying to convince me untuk beli tap Haustern ni..haha. Knowing him, dia akan yakinkan I supaya beli sebab nanti I jugak yang kena guna dalam dapur kan kannn.. Tak begitu minat sebab design dia (pada mulanya lebih suka kepada brand VRH sebab obvious nampak macam tap tarik2 (tak tersorok2 camni), tapi kann.. kemasan pun stainless steel dan harga pun dah murah..Harga VRH ialah RM 550 , yang ini RM 650. Seratus ringgit tu beza!





Tapi akhirnya tergoda jugak dengan "good value for money" yang my hubby selalu sangat hold on to.. Kalau nak tau, Hubby memang sangat pentingkan good value for money.. I nak yang murah je hehe (tapi takde la murah sangat sampai kualiti pun tak bagus). Kalau ikutkan brand ni banyak yang beribu riban harga tap dia..tapi ntah camne design ini hanyalah RM 960. Lepas diskaun, kami dapat RM 650. Kemasan stainless steel.




On a hindsight, design gini menarik jugak sebab..senang nak cuci :) Akhirnya, tap Haustern milik kami lepas begitu lama survey semua tap2 yang ada jual kat HOMEDEC tu.. Berbaloi2 pergi expo tu, banyak diskaun. Minggu depan ada lagi satu, tapi mungkin hanya akan perhatikan peti sejuk saja..barang lain mungkin nanti2 dulu..peti sejuk yang penting. 

Tap Haustern tarik tarik..

Selamat pagi semua.. :)

Beli Straw Cleaner untuk Bekas Air Anak

21 October 2013
Sebelum korang ada anak, ada tak terfikir tentang benda ni? I don't, dan tak pernah tau pun kalau produk ni ada kat pasaran ke tak sebelum kami jumpa benda ni. Macam biasa la bila beli bekas air budak2 (macam bekas sippy tuu, yang ada straw dengan lid sekali supaya tak tumpah) , naturally kita akan taruk macam2 air..air jus, susu, ribena la.. Aisyah pandai minum guna straw masa bulan April lalu, waktu tu dia 10 bulan. Masa belum tau yang produk ni ada, kami cuci straw tu dengan alirkan air (tak efektif pun) ataupun cuci dengan tisu.

La ni tak lama lepas gunakan bekas air tu,  terfikir nak pergi carik straw cleaner. Tak banyak tempat ada, tapi kami jumpa on our first search. Dekat KL Sogo, tingkat bahagian atas dia punya department store. Harga dia dalam belas2 jugak la..

Camni bentuk straw cleaner dia..

Tadaa..




Hehe..tu je.. Macam2 produk baby ni rupanya..

Review: Medela Citystyle Beg Untuk Simpan Breast Pump dan Cooler Bag

12 October 2013
Masa International Baby Expo tahun lepas sebelum kelahiran cik Aisyah, saya ada beli Medela Citystyle breast pump bag. Harganya dalam Ringgit Malaysia RM 160. Selepas pantang, memang I've been using the bag untuk bawak ke tempat kerja ataupun bila jalan jauh. 




Kalau nak dibandingkan dengan breastpump bag yang lain, beg ni nampak lebih bergaya. Ruang dalam dia besar dan boleh muatkan my breastpump iaitu Ameda Lactaline. Beg ni jugak datang dengan cooler box yang boleh letak 4 x 5 ounce punya storage bottle dan jugak ice pack dia. Kalau susun semua barang betul2 dalam beg ni, masih ada ruang kosong untuk letak barang lain, seperti wallet dsb.

Bekas cooler bag dia dengan ice pack dia yang berkualiti. Beg ni didatangi dengan cooler bag ni, ice pack, dan jugak 4 storage bottles seperti di atas

[sumber gambar]

Storage bottle dia rasanya standard storage bottle yang di pasaran sekarang..boleh bukak bahagian tutup dia to fit a teat supaya baby boleh terus minum dari botol tu. I personally like the bottle much more than botol Bumble Bee yang I ada..somehow botol Bumble Bee, tutup dia macam ketat sikit.  Dan agak susah nak interchangeable, i.e. kalau tutup putih Bumble Bee ni nak guna untuk botol Medela ni, agak ketat.. tapi Medela punya tutup yang kuning ni ok pulak untuk pakai dengan botol Bumble Bee.




Bahagian tutup storage bottle dia yang boleh terus sambung dengan puting i.e. takpayah tukar bekas kalau nak feed baby
In terms of ice pack dia, sangat solid. Ada yang saya pernah dengar, ice pack jenama lain, dia agak flimsy dan mudah pecah. Yang ini ok, takde masalah. Bila simpan susu dalam ni, tahan lama jugak.. The guidance untuk guna ice pack ni ialah kena masukkan dalam freezer untuk bekukan at least selama 8 jam. Susu boleh disimpan dalam ice pack ni dan tahan sejuk selama up to 12 hours. Tapi saya tak pernah lagi la guna sampai 12 jam, so tak tahu camne kualiti simpanan dia Tapi ice pack dia agak berat ye..tapi kalau nak dibandingkan dengan ice pack jenama lain, saya tak pasti sebab tak pernah guna jenama lain.

 
Ice pack

Ice pack
OK,setelah saya review kebaikan beg dan aksesori dia ni, meh nak cite
pasal cons pulak. Dulu bila beli, memang nampak beg ni cantik, tapi cantiknya kalau nak dibandingkan dengan beg breastpump yang lain la
kann.. Realitinya dia tak akan cantik kalau dibandingkan dengan beg2 biasa yang lain..haha. Agak lama jugak saya asyik sahaja mengusung beg
ni semata (setiap hari!) dan tak bawak beg tangan yang lain. Sebab? Beg ni dah nampak seperti sebuah beg tangan dan tak larat nak bawak beg
lain. Tambah2 pulak saya jenis yang selalu bawak laptop ke rumah.. Beg laptop + beg breastpump + handbag? Huhu..tak sanggup. 


Tambah lagi, handbag saya pulak selalunya yang jenis besar di mana sejak dari zaman bujang lagi memang suka beg agak besar, tak suka yang kecik
sangat. Jadi, if you are like me yang suka bawak beg besar dan ada banyak beg tangan, silalah fikirkan sama ada nak beli ke tak beg ini.

Untuk my next baby (sekarang dah tak pam di office), rasanya dah taknak lagi bawak beg ni usung tiap2 hari ke office because I still need my other handbag dan saya tak nak jadikkan beg ni handbag tetap saya setiap hari.

Saya akan consider letak breastpump dalam handbag saya, tapi keburukannya
kalau saya tukar2 beg, dia pun akan kena pindah jugak. Lagi satu keburukannya, rasanya tak organize sebab serabut la beg tu dengan wayar semua. Oleh itu, saya akan consider beli beg kecik cam beg Autumnz di atas untuk simpan storage bottle.




Bila aku bawak dua beg (beg breastpump Medela ni + handbag biasa), rasa cam pelik la pulak.. Sebab banyak nye la hai barang sampai bawak dua
handbag. At least kalau bawak beg cam Autumnz tu, takde la kategori handbag. Orang yang tau, tau la itu breastpump bag, tapi dia takkan la jadi your 2nd handbag kan. Bila ada 2 handbag ni, nampak buruk la. 


Kedua,many times, saya tak guna pun cooler bag dengan ice pack tu. Sebab dia makan ruang dalam beg tu. Kalau saya tak bawak beg lain selain beg ini
saja, saya perlu jugak letak wallet, handphone, kunci etc dan selalunya bekas cooler box tu saya tak bawak. Walaupun like I said, masih boleh simpan sedikit barang, tapi kena susun elok2 dan makan masa. Kalau nak bawak semua, agak padat la.. Sebab perjalanan balik dari tempat kerja untuk balik rumah dalam 1 jam je, so agak2 kira ok la kot tak guna ice pack.. Kalau nak balik, pergi ke peti sejuk kat pantry dan terus amik dan masukkan beg.


Beg dia bahagian dalam dia tak berapa lawa.. kaler dia kuning. I punya beg,makin bertambah kuning sebab I rasa ada bekas2 susu sebab pernah sekali tu tak tutup rapat.. :( Kiranya bahagian dalam beg I tu dah jadi
kotor.. kalau nak jual beg ni pun segan..tak laku rasanya. Huhu.


Rasanya it's a love-hate relationship.. Sayang jugak beg ni sebab mahal la beli nye..tapi kann..akhirnya rasa tak sesuai la. 



Menjadi Mak Yang Kreatif..Hmm..

10 October 2013
Honestly, I memang tak kreatif dalam banyak segi. Antaranya dari segi mendidik anak..so yang ni kena belajar sikit2 contohnya kena banyak membaca. Semalam ada satu "ah-ha" moment apabila tiba2 I jadik sedikiiit kreatif (lah sangaat) dengan my lil' Aisyah. Aisyah ni dia somehow suka main masak2. Bagi dia mangkuk satu, sudu, dengan cawan ke..she will play all along, lama pulak tu.. sampai dia bosan. Pernah sekali tu kami biarkan je dia main aiskrim dalam mangkuk dia, dia main ceduk2 sampai cair, lepas tu berlemuih tangan kena aiskrim. 

Lately aunty dia (my adik) ada belikan dia blocks (macam Lego tapi bukan brand Lego). I dah beberapa kali ajak dia main sambung2 blocks tu tapi dia masih belum sampai tahap yang dia minat la buat benda2 gitu. 

Tapi semalam tiba2 ada idea. I ambik satu mangkuk dan sudu, dan blocks dia..pastu bagi dia letak blocks tu dalam mangkuk, kacau2 macam tengah masak2.. Berjaya! Dia leka main benda tu. Mama nya boleh buat kerja sikit dan layan dia jugak. Dan of course, benda yang dia suka buat is main suap2! Dia suka suap mama nye.. :D Tapi of course la tak betul sangat suapnya.. i.e. kalau ada makanan betul atas sudu tu, makanan tu dah tumpah dulu sebelum masuk mulut. Dia suka kalau orang kata "Hmm.. Sedap!"


Saya masih lagi belajar untuk kreatif mendidik anak dara sorang ni yang tengah membesar. Kalau ada siapa2 mommies out there yang ada apa2 idea tentang mendidik anak atau yang berkaitan, please do share with me? Thankssss.. :D

(Nota tak berkaitan: Aisyah dah mula jalan tanpa kena ada orang sambut dia at one end, pada weekend lepas i.e. dalam 3-5 Oct. Dia boleh jalan dengan sokongan ataupun kalau ada orang sambut dia, tapi sekarang kalau takde orang sambut dia pun, dia nak. Yay!)

Memilih Kontraktor Kitchen Cabinet - Everskill vs Maxime Designs

08 October 2013


Nak story macam mana saya pilih kitchen cabinet contractor. Semoga mendapat manfaat kepada sesiapa yang tengah survey contractor kitchen cabinet.

I am in the stage of dah ada kitchen cabinet contractor tapi bila nak buat KC tu masih lagi tanda tanya. Sebab seperti yang saya pernah bagitau dalam post haritu, keluasan dapur saya amatlah kecik. In the last few weeks, ada bincang dankalau boleh nak pecahkan dinding dan extend bahagian dapur dulu sebelum buat KC. That means, need to wait longer to get my dream kitchen cabinet sebab of course la, mana ada duit selepuk nak buat reno dan kitchen cabinet terus!!

Berbalik pada story tentang KC contractor, dengan internet, forums and the abundance of expo dan accessibility untuk ke multiple showrooms, we found out two contractors yang harga affordable dan
menepati cita rasa kami. (Sebenarnya kalau nak ikutkan cita rasa I ialah material kayu nyatuh untuk KC tapi kena reasonable la, duit yang ada takpayah nak splurge sangat..kayu nyatuh of course la mahal).

Di sini saya nak listkan comparison antara dua contractor ni, dari pelbagai segi.. and I will give you my conclusion later. Please let me know your experiences, comments, etc..berkenaan dua contractor ni kalau ada.

Sebelum itu, a bit of background. Maxime Designs ni HQ nya di Puchong, manakala
Everskill ada di Seri Kembangan, tapi rasanya ada 2 lagi cawangan dia di tempat lain. Everskill sudah bertapak selama 10 tahun, Maxime saya tak pasti. Selama saya selalu terjah ke expo,
Maxime ni memang di mana2 sahaja mesti ada..tapi Everskill ni tak pernah la pulak ada kat expo saya pergi (cuma ada weekend lepas - kat Malaysian Furniture & Furnishings Fair 2013 kat Viva Home). Tetapi, Everskill ni ada facebook page, aktif di forum lowyat dan interaction dengan potential customers, tapi Maxime takde website pun, dan kalau google, saya baca ada sikit bad review dalam forum lowyat. Banyak blog tulis pasal Everskill, tapi jenuh saya carik ada blog yang tulis pasal Maxime ke tak, tapi tarak..

OK, no judging now..let me present my comparison table first..


Dalam column kedua dan kelima dari kiri, unit dia 'feet' tau. Contohnya, base unit untuk Maxime Designs tu, 12 kaki.. Everskill ialah 13 kaki. Yang saya tulis 'x' semata tu maksudnya takde dalam tawaran harga keseluruhan..kalau nak kena tambah lagi drpd harga keseluruhan.

Untuk pengetahuan, Maxime ni ada pakej RM 10000 untuk kitchen cabinet dan wardrobe nya.. Manakala untuk Everskill, dia kira berdasarkan keperluan saiz kita, contohnya Tall Unit tu kami nak 4 kaki sebab 2 kaki untuk tall unit biasa + 2 kaki lagi untuk muatkan oven dan microwave. Kalau Maxime, dalam pakej RM 10000 dia hanya termasuk 2 kaki Tall Unit - kalau nak 2 kaki lagi, kena tambah lagi harga. Sebab tu comparison saiz tu tak sama.. ie apple to apple.. tapi OK la untuk compare kannn..

Summary daripada kaji selidik (la sangatt) ni:
- Harga hampir sama..tapi walaupun nampak tawaran Everskill macam lebih menarik sbb byk FOC, tapi Everskill takde almari wardrobe swing, dan pull out basket free (tp byk bende lain free la).

- Maxime ada almari 8 kaki yg sliding dgn 8 kaki swing door. Kalau ikutkan tu dah dua bijik almari dah. Everskill ada satu je almari 8 kaki, tapi ketinggian almari dia sampai ke siling

- Harga di atas tu termasuk permukaan solid surface utk Maxime dan granite utk Everskill. Kalau nk solid surface utk Everskill pun boleh, cuma kami mintak dia quote granite..mmg nk granite

- Yang ni saya tak tulis kat atas tu..tapi Maxime quote permukaan cabinet 4G (harga 3G dia sama dgn 4G) tapi Everskill quote 3G. Kalau kami nak 4G, so kena tambah RM 30 sekaki. So agak2 kena tambah dalam RM 300-400 lagi

- Mungkin bg sesetengah org, ni tak penting. Everskill kasik 3D drawing bila dah siap ukur dan kita dah kasik design. Maxime saya tak pasti

- Booking fee untuk lock price (Penting utk lock price sbb spt yg kita tahu la, harga barang2 akan naik tp takkan turun). Everskill RM 100. Maxime RM 1000

- Faktor yang ni penting bagi kami. Validity of harga seperti yg dijanjikan masa sign up. Maxime 2 tahun. Everskill : Unlimited. Maknanya kalau u sign up sekarang, tak kisah bila2 pun boleh buat..5 thn dari sekarang pun boleh

- Everskill ada promotion tambahan lagi iaitu: voucher spa utk seorg worth RM 128, dan voucher RM 500 jika harga projek lebih RM 10000. Voucher tu kiranya diskaun la, tolak RM 500 dari harga keseluruhan. Ni sekarang punya offer la..tahun lain taktau camne

- Dan soft factors yang saya tulis pada permulaan my entry tadi..ikutkan, Everskill lebih convincing, customer service lebih bagus and kebarangkalian utk dia screw up your project tu mungkin lesser la kot. Ini kerana saya masih lagi belum jumpa good review pasal Maxime, dan tak pasti dah berapa lama company ni bertapak. If I want to put more than RM 10000 of my money, I want to be careful where I put them.

Conclusion: Kedua2 company ada pros and cons.

So mana satu kitchen cabinet contractor yang saya pilih? Rahsia......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...