Idea Simpan Baju Nak Pakai Semula Part 2

30 September 2013
Part 1 di link ini

Sambil2 browse blog, ada satu gambar dalam entry di blog wararies yang mungkin solution yang praktikal untuk simpan baju2 yang dah pakai tapi nak pakai lagi , seperti yang saya tulis dalam entry saya yang lepas.

Banyak blogger lain yang simpan dalam almari, sama ada gantung belakang pintu seperti yang saya buat sekarang, atau ada ruang khas untuk gantung. Tapi seperti yang pernah saya describe, almari di rumah baru nanti akan jauh dari laluan trafik..jadi tak praktikal nanti.




Dalam entry tu ada gambar ni sbg salah satu solution I can think of. Solution untuk letak chest seperti ini ok, letak satu bakul kecik dan campak baju nak pakai semula. Tapi perasaan campak baju nak guna adalah sangat tak best! (huhu ngada). Lagi satu, kita akan selalu guna chest ini dan kena selalu bukak..penutupnya mungkin berat, leceh nak angkat, dan tak ergonomik sebab kena membongkok = tak praktikal. Mungkin juga ada pembaziran ruang kalau tak pandai maximise.




Idea macam ni lebih menarik pada pandangan saya. Dresser table! Katanya dari IKEA pun ada. Sudah tentu warna putih pilihan hati. Cuma khaskan satu laci untuk letak baju2 yang nak digunskan semula. Nak campak atau lipat, ikut pilihan masing2. Hehe. Boleh jugak simpsn telekung dan sejadah pakai hari2. Lebih banyak lagi space boleh utilize untuk macam2..

Produk Rambut yang Sangat Wangi...

24 September 2013




Lamanya tak update...

Ada tak yang tercari-cari hair oil yang sangat wangiii baunya?

Dulu2 waktu belum kahwin, belum ada tanggungan, I suka invest in hair oil jugak. Kadang2 u dah pakai tudung pun masih terbau lagi wanginya.. My favourite one sudah tentu Kerastase Nutritive Oleo Relax botol warna oren. Boleh beli kat mana2 salon rambut. Harganya dalam RM 75-79 sebotol.. (125 ml).

I tried to find an alternative yang lebih murah.. Ada jumpa satu blog bila saya google..tak ingat dah blog apa. Tapi dia kata Loreal Renutrition Royal Jelly + Omega 6 dalam gambar tadi, katanya wangi. Tapi ini bukan hair oil pun, dia macam cream..biasanya dipanggil leave-on. Beli kat Guardian dalam harga less than RM 20 rasanya. Tapi setelah gunakannya, tak memuaskan hati la. Effect dia tak sama macam Kerastase favourite I.

Tengah cari lagi any good hair oil..any suggestion is welcomed :)

Design Kitchen Cabinet

19 September 2013
Setelah begitu lama tertangguh, akhirnya saya mulakan hasrat saya untuk design my kitchen cabinet. Dua benda utama yang saya ingin design adalah my kitchen cabinet dan wardrobe di dalam master bedroom. And I have finally started!

Selama ni banyak sumber rujukan yang digunakan, seperti majalah Impiana Dapur, pergi ke expo (ni mungkin sekali aktiviti tetap kami hehe), dan yang terbaru, blogs terutamanya dari Malaysia, which is lebih realistic dan boleh relate. 

Bagi kes seperti saya yang mempunyai banyak masa untuk berangan tentang kitchen cabinet dan wardrobe, setiap kali saya ada masalah dengan current wardrobe or kitchen cabinet design di rumah mama ni (I am still living off with my parents, since Hubby and I long distance), saya selalu make a mental note supaya design nanti akan address masalah2 ni. Malangnya saya tak pernah tulis di mana2, jadi mungkin saja beberapa mental note tu dah pun lupa.....pengajaran untuk masa hadapan.

Setelah belek2 a few catalogs dan diikuti dengan berjumpa dengan salah satu daripada kitchen cabinet punya showroom pada hari Isnin lepas (tapi bukan my KC contractor, hehe) , saya dapat clearer picture bagaimana design kitchen cabinet yang saya nak dan what are the jargons dalam KC world ni.. (contoh: base unit, wall unit, etc). Selama ni memang selalu ke expo tapi tau sikit2 je..in which case, as always, Hubby knows more than I do!

Panjang pulak intro..

How I start designing my kitchen cabinet

What I was most excited was, to ensure my kitchen cabinet is most functional and will work around my needs. Like I said, I have imagined this dah lama, cuma sekarang I have put it on paper and work on this, slowly.. Saya dah cuba melukis tapi sebab tak berapa cantik melukis, tak berapa la nak menarik. I wanted to try using software to visualize better, Hubby ada satu app dalam iphone dia, namanya Home Design 3D tapi kurang praktikal untuk saya guna sebab dalam iphone, ia perlukan iOS 6 tapi saya hanya ada iOS version 5. So I turned to Microsoft Excel, yang juga insyaAllah membolehkan saya tweak dengan senang pada masa depan, sebelum saya finalize my design. Juga senang digunakan untuk communicate dengan my KC designer nanti.

Di bawah adalah draft plan for my kitchen cabinet, menggunakan layout dapur yang sedia ada. Unfortunately saiz dapur saya sangat lah comel, hanya dalam 10' x 9' sahaja dan saya sedar that I am dealing with a limited amount of space, jadi kenalah design dengan betul! 


As you can see, setiap module kitchen cabinet ni saya labelkan dalam gambar ni.. A sampai J, tujuan dia senang nak describe dalam ni. You may think I am starting on a loooong post here..I think so too.. 

My module E adalah dalam kategori "mungkin buat". Yang E ni akan menyebabkan kabinet dapur saya sedikit terkeluar daripada ruang dapur, tapi itu adalah perlu jika saya nakkan counter space yang lebih besar. Kalau E tu saya tak buat, counter space saya hanyalah D dan I, iaitu hanya dalam total 6 kaki je panjangnya. 3 kaki tu tak panjang pun..dalam 1 meter je. Bayangkan la kalau 1 kaki for each side, boleh letak apa je oi.. campur dengan nak letak blender nye, mixer nye, pinggan mangkuk siap cuci nye, lagi2 kalau ada open house/kenduri, rasanya susah nak letak bahan2 mentah atau makanan kalau ada space kecik begini. Tambah pulak kat tengah2 tu agak sempit, mungkin susah nak letak meja. island table memang jauh sekali lah.

Module J pulak is our future project. Yang ini adalah meja makan mini dengan kerusi..can be used untuk sarapan pagi etc.. Tak mampu nak buat sekarang, byk lagi yang kena dibuat :D

Assess my usage and storage needs

By assessing what I need to store and what I need to put on counter, kerana ini lah saya merasakan yang counter saya tu tak cukup. Saya juga kena carik solution atau compromise oleh sebab kekangan space.. contohnya, kalau di rumah sewa dulu saya biasa letak mixer dan breadmaker di atas counter, sekarang saya kena khaskan storage dalam rak untuk barang2 tu dan hanya keluarkan kalau nak guna je. Tak payah nak tayang2 haha. Dan mungkin jugak khaskan dishrack tergantung seperti gambar di bawah.

Gambar ni adalah front view untuk module F - I



Gambar ni front view untuk module A - E


Berbalik semula pada topik, mula2 saya list down what goes where dan inilah hasilnya:

A (bhgn base): Fridge
A (rak bahagian atas): Barang yang jarang digunakan. Kemungkinan sekali separuh daripada rak tu nak buatkan slot2 khas untuk letak baking tray, baking sheet, roller, dan separuh daripada rak tu pulak untuk letak barang2 baking dalam bekas..seperti measuring cups, icing pipe, dan sebagainya.

Gambar slot2 khas tu seperti ni:

sumber


B (atas): Tak pasti lagi
B (tengah): microwave oven dan oven
B (bawah): Drawer yang agak dalam untuk simpan pinggan mangkuk , contoh macam kat link ni, guna plate organizer. Lebih suka guna drawer untuk simpan pinggan sebab tak perlu cari kat dalam2..ataupun ada idea lain ye kalau masih menggunakan rak biasa?

C: Tall unit untuk simpan barang2 kering - roti, kopi/teh, gula, canned food, tepung, snacks, cordial, etc - KC contractor offer tambahan pull out basket (bayar lebih sikit la) tapi saya tak pasti ketahanan dan reliability pull out basket.. basket tu tak melendut ke? Kalau barang tak penuh dalam pull out basket tu, adakah dia akan jatuh? Contoh kalau kita letak botol2 sos ke.. Tapi mungkin boleh mitigate dengan letakkan basket asing.

Saya berangan nakkan set drawer ni sebenarnya....

sumber
D (atas): Oleh sebab ku banyak jugak stok pinggan Luminarc dan Corelle (ni nak promo jual murah la ni hehe), jadi set drawer yang dua dari bawah rasanya untuk simpan pinggan mangkuk jugak. Drawer yang belah atas untuk simpan cutlery tray dan letak cutlery seperti garfu, sudu, senduk nasik, etc.. Cutlery seperti pisau pemotong, peeler etc saya akan cerita kat mana saya  rasa sesuai untuk simpan..
D (atas kaunter): Untuk letak electric kettle 
D (bawah): Tak pasti lagi

E: Pun tak pasti lagi

F: Ni tempat sink, jadi base unit bawah sink tu kemungkinan untuk buat rak biasa untuk letak cleaning essentials. Juga berminat untuk letak recycle bin dari IKEA, tak ingat jenis mana. 

G: To me this is one thing I am quite specific on. Oleh sebab area ni adalah area memasak dan saya tak banyak ruang untuk letak barang di atas kaunter, saya perlukan tempat untuk simpan barang2 yang saya senang capai masa memasak dan prepare bahan mentah. I think the slim drawer can do the job. Contoh gambar seperti di bawah, tapi tak terlalu slim macam ni sangat..

Tempat ni saya nak khaskan untuk letak botol2 spices, botol kunyit, garam, gula untuk masak, asam, etc. Bahagian drawer bawah pulak mungkin untuk letak pisau pemotong, peeler, can opener, sudip..sebab tu saya tak nak drawer ni terlalu sempit. Dalam 1 kaki lebar ok la kot..

H: Is my hob and hood. Bawah rak tu mungkin untuk letak tong gas dan foodstuffs seperti bawang, potato, dan tong beras.

I: Bawah rak tu mungkin akan letak pull out basket yang heavy duty untuk simpan kuali, pots, pans. Tapi saya masih tak pasti cara yang terbaik utk simpan benda2 ni tanpa perlu memakan banyak ruang dan tanpa perlu bertindan with each other. Pernah saya google simpan pots and pans but mostly akan menyebabkan pembaziran ruang. Manakala kalau google simpan kuali, jarang dapat jumpa apa2 yang inspiring!

KC contractor pernah cakap ada pull out basket boleh tahan 10 kg, tapi kalau nak heavy duty boleh upgrade ke 30 kg.

Rak bahagian atas masih tak pasti nak letak apa.

Finally! Bagi saya this exercise was beneficial to me sebab:

- Selepas saya dah identify my storage needs, baru lah saya come up dengan cadangan untuk letak drawer lah, pull out basket lah bla bla. Jadi boleh optimize what works to my needs. Semua orang keperluan dia berbeza
- By doing this process, i.e. dengan membayangkan apa yang saya akan letak dan di mana saya akan letak, saya perasan yang saya dapat tau apa lagi yang saya lupa nak identify (boleh paham ke ayat yang terbelit ni??). Contohnya, bila dah siap , baru saya perasan yang saya takde tempat nak letak tong sampah dan washing machine! Layout rumah saya ni menyebabkan dapur terletak di tengah2 jadi both depan dan belakang dapur ni adalah laluan orang, jadi tak sedap nak letak tong sampah keluar daripada area dapur ataupun takde tempatnya yang khas. 

Satu lagi adalah washing machine, tapi oleh sebab takde space mungkin kami akan jadikan bilik kecik di bawah sebagai tempat letak washing machine. 

Assess project stages

Untuk tambahkan aksesori macam Blum drawer dekat tall unit ataupun pull out basket di module I ataupun apa2 lagi yang I terasa nak, saya tengah assess kemungkinan untuk buat lain kali, i.e. bukannya straight masa buat kitchen cabinet. This is to save cost la kann.. Contohnya kena survey dulu saiz standard drawer atau pull out basket, and make sure rak yang kita buat tu boleh accomodate that bila kita nak beli lain kali. Yang ni masih lagi survey..

Other things I learnt

- Pinggan mangkuk yang kerap digunakan seharusnya letak dekat dengan tempat mencuci supaya tak ulang alik basuh pastu simpan. Sebab tu saya ingat nak letak dishrack. Tapi yang tu pun masih lagi teragak2 sebab macam mana pulak dengan budak2 kecik nak letak pinggan mangkuk sendiri kalau tinggi sangat? Thanks to Susun Atur Sioca sebab baru I teringat.. :D 
- Kedudukan microwave oven pun agak tinggi dan susah untuk budak2 capai. Masih tak pasti lagi. Rasa macam tak cantik la pulak untuk letak microwave di bawah dan oven di atasnya kann.. ke ada orang buat?
- Yang ni memang dah aware la.. cuba tengok kedudukan sink dengan dapur saya.. dekat kan? Kalau camni mau terpercik air kena kat minyak panas....huhu.. Saya pun masih tak pasti macam mana nak solve ni. Ada bincang dengan Hubby dan kemungkinan untuk masa2 biasa, kami boleh utilize satu sink je (sink yang kami beli ni is 3 sink) dan sink yang dekat dengan dapur tak digunakan. Tapi sampai bila boleh disiplin begitu? Mesti tak punya.. Nak taknak, until I get a better solution, I think we have to live with this. 



So if anyone of you is reading this, ada ke apa2 lagi storage dalam dapur yang saya terlupa? Kat mana anda letak tong sampah? Ada ke antara cadangan2 saya ni yang rasa seperti tak praktikal dari segi functionality dsb?

If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh

Melawat United Kingdom Day 3 - Kota London

15 September 2013

Untuk hari ketiga, memandangkan beg kami banyak, kami tinggalkan semua beg di hotel Arora berdekatan dengan Heathrow Airport tempat bermalam for the 2nd night, kecuali satu beg yang perlu saja untuk dibawa ke bandar London. Kalau bawak semua ke London, memang jenuh kena sewa teksi la ni, dan pengangkutan awam macam teksi ni sangat mahal kat UK..rasanya2 mungkin boleh mencecah 80-100 pound mungkin, memandangkan jarak Heathrow Airport dengan kota London agak jauh, dalam 30 km.

Harga untuk naik tube dari Heathrow Airport (Zone 5) ke tengah London (Zone 1) ialah 5.50 pound per adult. Harga tube London ni tak ikut destinasi, maksudnya kalau nak berhenti satu stop lebih awal ke, harga dia tak beza dengan satu stop sebelumnya, as long as dia sama Zone. Harga dia ikut Zone..ada Zone 1,2,3,4,5. Kalau memang naik tube, dinasihatkan untuk beli daypass ticket je, harganya 8.80 pound per person. Yang tu boleh guna untuk mana2 steset tapi within Zone 1 dan 2 sahaja. Kalau nak ke Zone lain, harga nya lebih mahal.


Destinasi kami yang pertama ialah station tube bernama Marble Arch sebab nak collect tiket untuk naik tour bus.. ye, ni kali pertama saya naik tour bus. Bagi yang ada baby kecik, rasa convenient untuk naik tour bus sebab tak perlu turun naik tube. Memandangkan kami bawak stroller, susah jugak kalau naik tube je selalu. Kebanyakan tube takde wheelchair access, cuma ada tangga atau elevator, jadi bila kat tangga tu we ended up angkat sampai ke atas. Lagi satu sebab senang nak breastfeed :)

Bus tour yang kami naik adalah The Original London Sightseeing Tour. Ada dalam 3 company bas yang mengendalikan bus tour ni, salah satu competitor nya ialah The Big Bus Tour. Bagi saya, Big Bus Tour tu lebih frequent , i.e. masa menunggu tak begitu lama. Ada tiga route in total dan untuk jump from one route to another, kena tunggu kat tempat2 tertentu. Kadang2 lama jugak nak tunggu.. Lagi satu, tiket yang kami beli tu harga dia 42 pound seorang, yang ini untuk tiket valid selama 24 jam. Jadi tak kisah la kita beli bila, it is still valid for 24 hours. We knew that bus company Original London Sightseeing ni, bus dia sampai malam la jugak..dari pukul 7 pagi sampai 8 malam camtu, tapi kann, by pukul 5-6 pm, dah tak banyak dah bas dan hanya tempat2 yang hot je yang masih banyak bas company ni. Jadinya, memang perlu keluar pagi2 untuk get the most out of this bus ticket.

Tower of London
Lepas kami round satu kali dengan bas, kami pergi ke hotel untuk letak beg dan solat, pastu sambung balik jalan2. Destinasi pertama yang kami turun dari bas ialah London Eye..destinasi wajib bagi banyak pelancong. Harga tiketnya bagi saya mahal, dan pada pendapat saya hanya berbaloi pergi sekali. Kalau tak naik langsung pun takpe sebab harga mahal dan takde la apa sangat pun..tengok pemandangan London dari atas je..haha. Harga tiket bus tour tu sebenarnya dah include tiket London Eye. Walaupun ramai yang beratur untuk naik, tapi masa menunggu tak begitu lama sebab masa naik hanya dalam 30 minit (or less), dan gerabak dia banyak.                                                              

 

Bangunan parlimen dan Big Ben - pemandangan dari London Eye
Destinasi seterusnya ialah ambik gambar at nearby attractions, i.e. bangunan parlimen, menara jam Big Ben, ambik gambar di depan Buckingham Palace (masa tu dah maghrib).
The Parliament

Buckingham Palace - dah malam dah..

 Lepas kami jalan2 round2 nearby London Eye, kami pusing semula ke London Eye, niatnya nak naik semula tour bus untuk pergi ke stesen bas yang paling dekat dengan hotel. Hotel kami Edward Hotel, near satu park nama Hyde Park. Waktu tu dah pukul 8. Tapi tak nampak2 pun bas..ni mesti bas dah finish operation. We were contemplating of our option to go back..rasanya teksi je la option kami but kalau naik taxi mau melayang lagi dalam 7-10 pound agaknya. 

Last2 kami decide untuk jalan kaki di malam2 hari tu..kami jalan dalam 7 km lebih. Selama 2 jam! Seronok jugak jalan kaki, tak rasa penat pun.. malam2 sejuk dan berangin. Takde la sejuk sangat sebab masa tu bulan Julai, so masa summer. Summer awal bulan Julai masih lagi sepoi2 sejuk di London and kadang2 je boleh bukak jaket. Kalau tak, agak berangin jugak..angin dia yang sejuk tuu..

Takde keje amik gambar dari depan kedai :)
Kami lalu area2 Pall Mall (ingat tak dalam Monopoly nama ni?? hehe), area Hyde Park, area Mayfair (Monopoly! tempat ni yang paling mahal dalam Monopoly). Kami lalu area2 kawasan high class dan lalu Oxford Street jugak (tempat shopping popular kat London) tapi kedai dah tutup la.. kat sini kul 6-7 je kedai dah tutup kannn.. Alhamdulillah after 2 jam jalan, pukul 11 kami sampai hotel..nasib baik la tak bertembung dengan orang mabuk ke huhu.


If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh









Design Bilik - Deluxe Suite di Awana Kijal, Terengganu

12 September 2013





Akhir bulan Julai lepas saya kena ke offshore sbb tiba2 ada kerja, dan terpaksa menginap di Awana Kijal sebelum bertolak esok pagi. Sebab last minute, hanya ada bilik Deluxe Suite, harga corporate rate ialah RM 550 including sahur (bln puasa time tu). Selalunya bilik yg kami dapat harga dalam RM 250 je.




Besarnya bilik dia, ada dua adjoining rooms.. Bosan duduk sorang2! Teringat masa kami dapat free bilik kat Palace of Golden Horses, konsep bilik nya macam ni jugak.

Jom tengok konsep bilik dia..




Nampsk macam furnishing lama, terutamanya langsir dia.. Tak suka langsir style berat camni tapi hotel takpe la..




Headboard katil style tak minat jugak .. :P




Ni adalah bilik yang lagi satu. Ada sofa, tv (ada dua tv, satu lg dalam bilik tidur), ada meja makan dan bilik air. Memang boleh jadi tempat tidur jugak sini kann..
Saya suka mirror belakang sofa tu.. Perasan tak ada full length mirror belakang sofa tu.. :)








Bahagian tv.




Ni toilet dalam bilik ruang tamu tu. Kecik dan susah sket nak ambil gmbr.




Yang ni pulak bilik air dalam bedroom. Macam biasa kemasan dia mmg style Awana Kijal. Sink besar granite style camni menjadi idaman utk bilik air nanti...hmmmm...




Ada cermin kaca to separate toilet dgn bilik air lain. Mungkin taknak basah kot. Cakap pasal basah, byk kali dah cakap dgn Hubby, I want a dry toilet.. Kena usahakan dan mungkin idea partition di toilet bowl dan bina shower box will help to create a dry toilet. Berangan je la dulu kan.




Sink. Haritu di expo Perfect Livin kami tengok banyak design tap, contohnya design tap dari brand Grohe and kebanyakannya ada valve yang let us choose air panas atau sejuk. To me that's overkill, i.e. tak perlu pun beli design camtu, kita bukan guna air panas. Tap2 dia cantik2 tapi mostly macam tu.

Tu sahaja laporan hotel yang pernah dan selalu dilawati iaitu Awana Kijal.




If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh

Pengalaman Dapat Baucar Penginapan Percuma

11 September 2013
Ada tak yang pernah di-offer holiday package sama ada dalam atau luar negara? We did, dalam bulan April tempoh hari, masa datang salah satu expo home renovation , tak ingat expo apa.

Waktu tu, we signed up for flooring package. Kami sign up dengan Inovar Floor untuk supply kami lantai kayu yang slabs panjang2 tu. Cadangnya nak tukar kayu parquet di tingkat atas rumah. Kami bukan tertarik untuk beli sebab pakej cuti2 tu pun, lepas dah sign up baru saleswoman tu gitau.

These are what we got:

- Pakej penginapan 4 hari 3 malam di hotel/resort di Bali atau Phuket, DAN
- Pakej penginapan di dalam Malaysia 3 hari 2 malam. Contoh: P Pinang, Langkawi atau Perhentian

Ada banyak T&C untuk dapatkan package ni. Salah satunya ialah saya kena activate kan voucher ni dalam website mereka, Revelation Rewards (company ni nama Max Revelation) sebelum 31 May. On the last day baru ler saya activate voucher tu, tapi ada masalah dgn website tu dan saya tak dapat confirmation email mengatakan activation dah confirm.

Bila saya call Person-In-Charge, dia janji untuk confirm balik sama ada voucher saya sudah activate ke belum. Sampailah bulan Ogos baru saya teringat semula, takde orang yang call saya. 2nd T&C adalah yang saya kena book hotel yang saya pilih tu dengan mereka, within 3 months of activation. So deadline saya ialah 31 Aug.

Bila call balik PIC tu Mr Praise, rupanya dia dah berenti! Ada sorang lady yang take over but dia dengan bluntly nye cakap (which I did not mind) bahawa dia tengah selesaikan kes2 yang tertunggak dulu yg lebih penting.
Kes2 tertunggak tu termasuklah yang dapat voucher hotel tapi bila dah pergi ke sana, bilik tu dah double-booked, ada yang dah pergi dan pulang, tapi deposit dari company ni dah berbulan2 tapi belum dapat lagi. (Another T&C ialah kita kena bayar deposit RM 500 bila dia book hotel di Bali atau Phuket, dan RM 175 utk Msia, dan akan dipulangkan bila balik bercuti).

Akhirnya dia call saya untuk proses my voucher. Kami pilih Bali, dan kami tengok kat Air Asia untuk carik reasonable-priced tickets. Waktu tu harga tiket untuk 2 adults, 1 infant dalam RM 800-900 lebih. Paling murah RM 760.

I dengan lady tu exchanged emails (dia taknak I call, I rasa dia macam stress sbb kena settle semua benda masalah org yang dah berenti), byk kali jugak exchanged emails utk dapatkan hotel availability yg sesuai dengan masa dan flight kami.

Bila dah dapat tarikh, lady tu bagitau yang saya perlu masukkan duit dalam bank mereka, RM 500 sbg deposit.
Sebenarnya saya tak teringat, ingat2 lupa ttg deposit tu dan how much. At that point, I rasa ragu2 pulak tentang integrity of the company. Tiba2 takut kena scam pulak.

So saya google2 'Revelation Rewards Scam' dan 'Max Revelation Scam' and I found a lot of websites.

Antaranya inidan ini.

Website kedua tu, ialah tentang scams in Malaysia, scroll down to number 24. Tapi ada jugak website inidaripada CEO company ni yang refute all the tuduhan daripada website2 tu dan mengatakan ianya tak berasas dan sengaja utk damage the company. Juga mengatakan yang company dia telah partner dengan banyak corporate companies untuk offer voucher ni kepada customer2 mereka. Most of these websites are dated 2009, 2010, 2011..takde yang latest.

Walaupun website yang mengatakan company ni scam adalah bukan berkaitan dgn kes voucher holiday (it is more of jual timeshare, bknnye voucher hotel one-off camni) dan nampak seperti damaging dan sengaja, tapi masih ragu2. 500 ringgit tuu deposit!! Tambahan lagi sebab setelah byk kali bercakap dan email dgn lady tu, sounds like company ni tak terurus, hanya beberapa org je yg manage dgn byk masalah yg mereka kena uruskan. But I value that lady punya determination utk settle kan masalah kami. Dia siap suruh saya utk pergi ke Bali tu sebelum akhir tahun, sebab by akhir tahun dia akan berhenti kerja dan dia tak gerenti yg orang yg seterusnya akan manage dgn sebaik mungkin. Company tu pun dah stop kan semua voucher baru kepada company2 lain mcm Inovar tu.

Akhirnya selepas bincang dgn Hubby, kami putuskan utk tak ambil risiko, jadi kami tak pergi. I told the lady our decision dan saya cakap je dgn dia sebab kami ragu2 sbb banyak dalam website cakap pasal company ni scam. Her response was "Yeah, I got that a lot". Kami tak ralat sangat tak pergi lagipun sebab kami ada vacation club yang boleh pergi ke Bali atau Phuket jugak.

Waktu pergi ke expo Perfect Livin'beberapa minggu lalu, kami jumpa semula dengan saleswoman Inovar yang bagi voucher tu dan cerita tentang pengalaman kami dgn company tu. Dia kata dia dpt banyak complaints from Inovar customers tentang voucher tu....

Pengajarannya supaya kita berhati2 dengan offer2 too good to be true, lagi2 yang suruh kita masukkan duit.. dan make good judgment. Kemungkinan company ni legit pun tapi kami rasa tak nak ambil risiko...



If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh

Idea Hadiah - Woven Basket

10 September 2013
Beberapa bulan lepas saya pernah post tentang picnic basket yang bagi saya, will make a great wedding gift.

Masih ramai lagi kawan saya yang masih belum kahwin ataupun yang akan kahwin tak lama lagi. (Ku kawin takde ler muda sangat, umur standard - 24-25 tahun). Sekarang dah masuk season orang kahwin kena scour the market untuk carik hadiah2 kahwin yang menarik dan kreatif.

Saya suka carik hadiah yang kreatif utk rakan2 saya, lagi2 yang rapat. Nak fikir hadiah yg berguna, selain drpd pinggan mangkuk Jusco atau Tesco, periuk nasik atau blender. Benda tu semua penting dan takde salah berikan tapi kebarangkalian hadiah u akan sama dgn orang lain adalah tinggi :)

Antara hadiah yang menarik dan masih dalam bajet ( selalunya bajet saya dalam RM 60 ke bawah je), adalah ini dia..





Kalau saya dapat ni, mungkin saya utilise sebagai..hmm..letak odd items kat almari buku perhaps? Mungkin CDs atau stationery items?




Harga bakul in a set of three ni ialah RM 59.90, saya jumpa kat kedai nama Home's Harmony di Viva Shopping Mall kat Jln Loke Yew Cheras.

Maybe I should buy one for my friend punya upcoming wedding 2 minggu lagi..



If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh

Beli Washi Tape kat Kinokuniya KLCC

09 September 2013
Sejak minat membaca blog home deco dan organizing ni, tertarik sangat dengan konsep simple way untuk deco guna washi tape.

Melalui blog ini dan ini, I found out that a place where I can browse through these tapes is just a short walking distance away: at Kinokuniya, Suria Kuala Lumpur City Centre.



And what a delight to see all these colourful tapes! Bila tanya pada salah sorang assistant kat Kinokuniya, dia pergi tunjuk masking tape biasa..hmphh.. Tapi stationery section kat situ tak besar pun, in no time I have found the washi tapes row.

Kat sini ada jual pelbagai jenis saiz dan corak washi tape..ada yang macam masking tape (i.e. rasanya the original washi tape), meaning yang boleh koyak dengan tangan je..dan ada jugak yang macam tape plastik tu, ala yang tape cam biasa kita guna tu. Ada yang jual satu2, ada yang jual dalam pack of two, three or four.. 


Tape yang gambar atas ni lawa kann..lacey and so cute. Tak ingat yang ni harga berapa but no less than RM 20 harga yang ni. Harga tape ni tak murah ok..semua mahal2 like I expected. Found them sold in some Malaysia blogs, and they are not cheap!


Yang mini craft tape saiz kecik and ada pack of 4 ni, harga dia pun dalam RM 20 lebih.. Clear tape yang kat bawah ni are the only row of clear tape, yang lain semua tape yang tak nampak/opaque.. Yang row clear tape tu, harganya antara RM 14- RM 19 for a pack of three. But honestly, the designs tak berapa lawa sangat.

Ni salah satu design clear tape tu..


Mari tengok apa lagi jenis washi tape yang ada:


Tiga layer of the tapes


Dua gambar kat atas ni, one of the few tapes yang jual satu2.. yang ni rasanya yang paling murah sebab jual satu je. If you see from the photo kat atas ni, nampak tak tape tu ada tiga layer? Layer yang dalam sekali tu memangla dia punya cardboard tapi apa benda layer yang nombor 2 tu? Layer yang nombor dua tu gives the illusion that tape ni tebal..tapi sebenarnya tape ni nipis je rasanya.. Actually I pun cannot be so sure what the 2nd layer is but my point is, as you can see nanti, the tapes yang dijual kat sini ni, mostly nipis2 je dan mahal pulak tu.











Tape yang kat atas ni pun antara design yang lawa. As you can see, it is a pack of three. Tapi tak dapat nak judge ketebalan tape ni pun sebab dia tutup tu.. But price is quite reasonable: RM 10.


Yang jenis macam gambar atas ni harganya RM 22.50



Yang ni pulak harga dia RM 19..

Selain washi tape ni, ada jugak jual barang2 lain yang cute macam colourful stamps (chop), etc..


Colourful stamp sets.. :)


Akhirnya selepas belek2, beli la jugak satu washi tape bawak balik.. Saya beli yang design which I said yang tak berapa cantik..haha. Kenapa? Sebab that's the only type of design yang clear tape. 

Clear tape. Salah satu daripada tiga tape yang saya beli

Why clear tape? Sebab sejak terjebak dengan blog ni: iheartorganizing, inspired tengok dia combine label with washi tapes. And one can use an opaque washi tape dan combine dengan label tape yang warna lutsinar, put on top of the washi tape.. macam dalam post dia yang ni , yang mana dia label cord charger. 

Tapi yang ini memerlukan label printer. But another alternative is to print it off dengan printer biasa, gunting, dan lekatkan the tape on top of the label. Kan? But that means having to have a clear washi tape la kannn.. Jadi itu je la option yang saya ada buat masa sekarang. Masih lagi survey label printer and decided that I might not buy it anytime soon..hehe.




Those are the sets which I bought. It was RM 14 for a pack of three ni. Not the most beautiful. And definitely sangat nipis. It came in a box so tak dapat nak gauge sama ada dia tebal atau nipis.

Anyway, I still yet to utilize them. Nanti la I will find a way to use these tapes.. :)




If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh


Idea Gantung Baju Yang Nak Pakai Semula?

08 September 2013
Salah satu benda yang saya tak berapa gemar bila masuk bilik tidur ialah pakaian yang bersidai di hujung katil. Apa yang saya maksudkan ialah pakaian yang bukannya kotor (sebab baju kotor boleh terus masuk dalam bakul baju kotor), tapi pakaian yang dah pakai dan plan nak pakai lagi later. Kebanyakan baju kita pakai sekejap2 je dan tak payah nak selalu basuh je kan.. contohnya kain pelekat atau baju tidur.


Sebab bilik ni sempit, tak muat untuk letak rak gantung tuala dan baju macam ni. Tambahan pula, untuk rumah kami nanti, saya rasa macam tak berminat la nak letak rak begini, sebab takut 'disalahgunakan' untuk jadi tempat sangkut baju2 jenis gini. Bila dah jadi banyak, nanti jadi semak dan cara sangkut pun nanti main cincai je. Sedangkan sepatutnya tempat tu hanya sangkut tuala, telekung atau pakaian dalam kuantiti minima je (1-2 helai max I think).

Tapi kalau tak guna rak macam ni, nak guna apa ye? Ada sesiapa ada idea ke? Macam mana dengan tempat sangkut benda2 gini kat bilik tidur blogger2 lain ye..curious la. 


Anyway, kat belakang pintu bilik memang dah ada tempat gantung gini.. Mama yang gantungkan. Saya pun tak gemar benda gini, sebab bagi saya rasa semak, tapi sementelah dah ada so guna je la kann.. Tapi tempat gantung ni selalunya dah penuh dengan seluar kerja, anak tudung dan tudung yang saya plan untuk recycle i.e. guna semula. Kalau Hubby balik, seluar jeans pun gantung kat sini.

Jadinya, stok kain pelekat, baju tidur, seluar/baju rumah selalunya tersidai kat tepi katil. Eee..geramnye tengok. Timbul idea untuk tambahkan lagi tempat sangkut kat dalam almari pulak. Walaupun masih tak berapa gemar dengan solution camni sebab takut terkena dengan baju bersih, but I think this is the best at this point daripada berperang emosi (lah sangat kannn..haha) tengok baju tersadai kat hujung katil. Kadang2 berlipat tu ok la sikit tapi kalau yang encik Hubby..main campak je ler dia..hehehe..

Bila tengok2 kat kedai Carrefour di cawangan Bandar Tun Hussein Onn ni, kat bahagian hardware/DIY dia hanya ada jual penyangkut yang jenama 3M tu..yang claimed tu be heavy duty. Harga satu penyangkut tu je dah dalam RM 11. Well, we do not need to have a heavy duty punya penyangkut kan..

Lepas tu di bahagian kedai2 kat Carrefour tu, ada satu kedai nama OK Shop, dekat je dengan Carrefour, just before the one and only elevator untuk turun ke ground floor. Kat situ I found some nice looking penyangkut, it is a pack of three. And they were priced at only RM 2. Kat situ dia tulis that it can hold weight up to 2 kg. OK sangat lah tu. I particularly wanted to have penyangkut yang jenis gam, bukan jenis suction atau yang menggunakan paku.


Nasib baik jumpa yang ni sebab nyaris2 nak beli dekat kedai 5 ringgit macam Hinode Shop. 

Dan good news, pada hari yang lain masa tengah pergi ke Econsave Balakong, I found the exact same design of penyangkut, tapi it is a pack of two, dan harganya RM 3.95 ! 

Same penyangkut, pack of two, tapi harga RM 3.95 . Zoom tu bahagian paling atas, tengah

Hasilnya, berpuas hati la  sikit. I still don't like cara penggantungan begini (tapi ini lah yang paling cepat) , tapi at least rasa semak tu is hidden from view. 

Sebab almari saya ada 4 pintu, saya gantung 2 hook di setiap pintu. Total 8 hook semuanya. Haa kalau tak cukup lagi tak tau la. Sekarang everytime I see any of my Hubby's baju lying around at the edge of the katil lagi, I will hang them kat dalam ni. I think he knows the drill already ;)




Tapi masih lagi bukan my long term solution untuk rumah baru nanti. Oleh kerana dalam master bedroom di rumah baru nanti, jarak antara katil dan almari adalah agak jauh, kemungkinan sekali cara ni takkan praktikal. Almari baju mungkin agak jauh dari pintu. Jadinya, kalau nak cepat, nak ke almari mengambil masa sikit. Saya ada jugak fikir2kan cara lain untuk store pakaian gini..  I'm thinking something like chest box kat depan katil? Ataupun mungkin  rak gantung baju macam gambar pertama tu, tapi mempunyai palang yang minima supaya tak tergoda letak macam2 baju kat situ? Ntah la..


Tapi idea chest box ni macam besar sangat..padahal baju2 nya bukannya banyak pun. Dan somehow, perasaan mencampakkan baju dalam chest box ni , terasa macam campak baju kotor pulak, bukannya baju yang nak pakai semula. Oi cerewetnya!! *geram*

So ada sesiapa yang ada good storage solution untuk towel dan baju2-yang-bukan-baju-kotor-tapi-baju-dah-guna-dan-nak-digunakan-lagi ?

Update Nov 2014: Penyangkut serbaguna yang saya beli ni cepat rosak, sebab murah sangat rasanya. So saya suggest untuk invest yang lebih berkualiti, contohnya macam penyangkut brand Command. Mahal tapi puas hati, sampai sekarang masih ok lagi penyangkut brand Command saya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...