nurinkhairi: August 2013

31 August 2013

Dapat Duit Tanpa Perlu Pergi Bank / ATM. Camne Tu? - UK Trip

31 August 2013
Sebenarnya nak post entry tentang trip ke Windsor Castle lepas shopping di carboot. Tapi rupanya gambar tinggal kat rumah la pulak. La ni ada kat Temerloh :)

Kami pergi ke Windsor Castle tu naik bas di Heathrow Airport. Masa tu duit pound dah hampir takde, dan saya pun pergi la ke ATM nak keluarkan duit. Sebab dulu pernah jadi student di UK, saya masih lagi ada account di UK, duit pun masih ada lagi. Time tu UK ada krisis ekonomi, jadi kalau nak tukar duit UK ke Malaysia, tak berapa nak untung jadi terperap la dalam bank di UK.

So alkisahnya, kat Heathrow ni, takde ATM bank Natwest saya. Tapi kalau nak tau, kat UK banyak ATM yang tak berkait dengan mana2 bank, selalunya dia akan tulis 'Free Cash Withdrawals'

Nak dijadikan cerita, bila nak keluarkan duit dekat free cash withdrawals tu, dia reject my card. Tak boleh nak withdraw! Risau sangat. Duit syiling dah ler sikit, duit bank note dah hampir takde. Camne nak hidup ni kat UK duit takde??? Haha takde la camtu sekali perasaannya tapi panik la jugak apa yang berlaku.

Kami korek2 duit syiling yang kami ada  dan call Natwest hotline. Dalam 2 pound jugak la melayang. Rupa-rupanya, account saya tu dah di-downgrade kan daripada account nama Step Account kepada Basic Account. Yang tu memang saya tahu sebab masa di Malaysia dia pernah ada hantar surat, tapi tak tau la pulak apa changes dan implications dia kann.. So oleh sebab dah downgrade, salah satu keburukannya ialah hanya boleh withdraw duit dekat ATM bank tu je. Kalau nak upgrade balik pun tak boleh jugak sebab hanya terbuka untuk UK residents! Haih! 

Sebenarnya masih lah ok sebab debit kad masih boleh guna, i.e. kalau kedai tu terima debit kad lah kan. Yang tu kami dah cek sebelum call bank tu lagi. Cuma nya, kami kat Heathrow Airport yang jauh dari bandar..macam mana nak bayar bas?? Memang tak cukup. 

Kat terminal airport tu, ada dua kedai yang jual makanan etc: Marks & Spencer dengan WH Smith. Masa pergi ke WH Smith, rasanya saya ada tanya dia kalau kat sini boleh tak saya guna debit kad untuk saya dapatkan duit dari cashier tu. Kemudian dia cakap, "sorry we don't offer cashback".

Setelah beberapa minit, baru ler saya terfikir pasal konsep "cashback" tu. Saya pernah dengar pasal konsep cashback ni tapi tak pernah cuba. Yelah, selama ni ada je duit dan ATM selalu ada. La ni pulak ada masalah. 

Saya pergi ke M&S dan tanya kalau dia ada "cashback" and the cashier lady said yes, dengan syarat kena beli dari mereka barangan 5 pound ke atas dan maksimum cash yang dia kasik hanya 50 pound. Masa tu baru aku paham konsep cashback tu..dia sebenarnya cam yang aku try kat WH Smith tu la tanpa aku sengaja. Kedai tu charge debit kad kita, dan kita akan dapat cash. Senang kalau yang taknak ke ATM dan kes cam aku ni ler.. kedai tu pun untung sebab aku takde ler nak beli makanan sampai 5 pound tapi terpaksa la angkut sikit.



Saya keluarkan maksimum 50 pound. Cukup lah tu untuk kami sampai ke Windsor, makan dan bayar tiket masuk ke Windsor Castle..lebih dari cukup. So camtu lah kisah takde duit kami.. alhamdulillah Allah permudahkan akhirnya.


If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh

Homestay di Temerloh

I would like to post this because it brings traffic to my site..terima kasih google sebab bagi saya traffic ;)

Hotel kat Temerloh ni takde la banyak pun. Selain Hotel Jelai dan Hotel Green Park dan hotel nama Hotel Bestari, lebih banyak lagi homestay..bersepah2 iklan homestay. Lebih selesa dan besar kalau duduk di homestay kalau ada urusan di Temerloh ni.

Ni gambar yang sempat snap tentang contact number homestay Temerloh. Kalau dpt ambil gambar lagi, saya post lagi kat sini.... :D








If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh

30 August 2013

Kat Mana Nak Beli Label Maker Epson Yang Murah Ni?

30 August 2013
Hari tu waktu ke Lowyat Plaza untuk beli laptop baru, jenguk2 gak kalau ada kedai yang jual label maker. These days, I have always read with interest people who are label-obsessed and felt like I wanna take the plunge too, but I malas nak print dari computer..I wanna get a label printer of my own!

And kalau boleh nak beli yang high end terus (cewah! amboii mengada2). So I was looking for EPSON LabelWorks LW-400


Dari segi variety of fonts, frames..yang ni nampak memang yang paling superior sekali. Tapi downside will be, nanti takkan guna semua nya pun..

Jadi bila survey2 kat Lowyat, ada lah 2 kedai yang saya tanya di Level 2, yang jual produk ni. Dan harga dia? RM 320 !!! Pengsan! Setahu saya, yang paling murah di WWW untuk jualan Malaysia, ialah kat website ni . Harga nya RM 213.82 before shipping charge.


Saya ada jugak terjumpa label maker brand lain kat kedai yang pergi beli laptop, kat Sri Computers Sdn Bhd. Brand Dymo , Letratag LT-100H. The features are lesser, but to me dah cukup for basic users, but somehow masih jugak nakkan Epson LW-400! Harga Dymo ni RM 99.00 je.


Dekat kedai Sri Computers ni pun ada jual consummables untuk label printer ni.. seperti kertas2 label dia, ada bermacam jenis. Ada jenis kertas, plastik, dan ada beberapa jenis pilihan kaler.


Bila search dekat international websites, di US harga Epson ni jauh lebih murah.. Yang paling murah adalah USD 28.95 je (dalam RM 90.00, sama dengan Dyson kat Malaysia!). Tapi semua websites yang saya survey, hanya post within US je.. except for one website : BH Photo Video, harga pun USD 28.95. Bila excited2, try to calculate postage cost to Malaysia..tengok2 harga postage lagi mahal.. USD 40 lebih.. bila total2 dah dalam RM 250 agaknya.. sedih :(

La ni mencari2 kalau ada any of my colleagues yang akan pergi ke US ke, boleh mintak kirim kan..hehe. Lepas tu jugak tiba2 teringat yang adik sedang belajar kat sana, tapi alamatnya lambat lagi la nak merasa Labelworks ni, setahun lagi la kalau tunggu adik..

Women also like gadgets aren't we? Just a different kind of gadget than men ;)


If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh

20 August 2013

Melawat United Kingdom Day 2 - Carboot di pekan berdekatan London

20 August 2013
 

Hari kedua trip kami di UK, pagi2 tu kami turun makan breakfast complimentary kat hotel which we stayed Holiday Inn Express, Swindon setelah berjalan ke Oxford dan Bicester pada hari pertama. Swindon ni sebenarnya 1 jam daripada Oxford dan 1 jam daripada London. Sebenarnya book Swindon sebab mula2nya nak pergi jalan ke Bath (Swindon ni kira tengah2 antara London dan Bath)..tapi tak jadi la pulakk.. so hmm takpe je la. 


Lepas tu terus cepat bertolak sebab nak ke carboot sales! Hari tu hari Ahad, jadi banyak la carboot sales bersepah. Kami carik yang paling strategic, i.e. dekat dengan Heathrow Airport supaya boleh hantar kereta tanpa lebih masa. Kereta kena hantar pukul 1 pm, paling lambat pun pukul 1.30 pm. Kami sampai carboot pukul 11 lebih..dah nak pukul 12.


Kami pergi ke Ascot Car Boot sales. Pertama kali saya masuk carboot kena bayar! 1 pound sorang, tapi cik Aisyah takyah la. Car boot nye OK, tidak lah menghampakan. I have seen better carboot sales, tapi yang ini OK memandangkan masa kami yang terhad. I bet my husband felt really giddy going to carboot sales sebab mengingatkan dia masa zaman kanak2 dia..hehehe (dia duduk kat UK dulu).

Walaupun ada masa dalam 40 minit je untuk pusing carboot tu, mata meliar tengok pinggan mangkuk je la ye..hehe. Nak carik pinggan hiasan yang antik2 as a souvenir. Sebab rumah mama banyak camtu, sebab dulu masa graduation waktu my parents datang, diorang mengangkut pinggan carboot je..hehe.

Jadi ini lah hasil tangkapan yang tak seberapa..


Set pinggan di atas, kami dapat 15 pound selepas tawar menawar daripada harga asal 20 pound


Pinggan yang 15 pound tu, kat belakang dia tulis 'Real Old Willow, Made In England'. Yang set kedua ialah tea set, harga 2 pound lepas tawar daripada 4 pound. Belakang dia ada tulis 'Victoria, Bone China, England. So bukan untuk makan/minum ye, hanya hiasan sahaja.

Yang pinggan ada gambar pemandangan tu tak ingat dah harga dia..tapi mungkin dalam 2 pound gitu.

Kalau shopping carboot ni, benda perlu beli ialah pinggan mangkuk antik dan buku. Buku Aisyah kami beli 50p je.. Tapi tak boleh nak borong sebab luggage dah berat..

Lepas carboot, terus bergegas pulangkan kereta. Asalnya nak 2 hari tapi kami tukar 1 hari je.. kami pulangkan kereta semula sebab found out that sewa kereta mahal . We were glad we did, sebab kat UK ni tak berapa nak perlu naik kereta sangat kat area2 London ni.

Next stop pada hari kedua petang, naik bas ke Windsor Castle :)

If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh 

17 August 2013

Siapa Nak Beli Pinggan Mangkuk Luminarc Murah

17 August 2013
Siapa nak beli Luminarc murah? Ni tiada kaitan dengan post saya yang sebelum ni tentang Corelle murah.. Yang ni Luminarc, made in France. Pesaing pada Corelle.

Saya ada beberapa set 32-piece

Luminarc design Lotusia sahaja.

Hubby memang minat sebab pinggan empat segi. It consists of:
6 x dinner plate 25 cm
6 x soup plate 22 cm
6 x dessert plate 23 cm
6 x cawan
6 x saucer
1 x teapot with cover
1 x salad bowl 25 cm

Harga yang saya nak jual: RM 390 sahaja. Harga sebenar RM 560.






Saya bukan stokis atau dealer, jadi barang ni terhad, siapa cepat dia dapat.

Berminat? Email saya cepat2, nurinkhairi@gmail.com. Saya selalu ada access to email mobile :)

Tawaran hanya untuk di Kuala Lumpur / Selangor ie Lembah Klang , sebab saya di area Cheras dan KLCC. Sebab nak COD..

Terima kasih.
18 Ogos 2013


If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh

14 August 2013

Shopping Cermin Mata & Sunglasses - Focus Point Warehouse Sale

14 August 2013





Focus Point Warehouse Sale - 14 sampai 17 Aug 2013 from 10 am - 7 pm. Aku memang nak beli cermin mata sebab mine patah 3 days before Raya and to make matters worse, hilang pada hari raya pertama..so memang rabun la selama beberapa hari ni. Sunglasses pulak hilang masa kat US haritu.

Kami sampai pukul 10.15 am gitu, dah ramai pun orang. Ni alamat dia:

Unit 1, 3 & 5, Jalan PJU 1/37, Dataran Prima, Petaling Jaya

As I mentioned, dah ramai orang tapi masa kami beli, lagi makin ramai yang datang. And this is Wednesday morning okay..

Tempat dia kecik je, hanya ada khemah di depan HQ Focus Point. Mula2 we were quite disappointed because we expected a 'warehouse' sale.

Tapi sebab barangnya specs/sunglasses, you don't really need a lot of space.

Display kaca untuk cermin mata ada dalam 8-10 display..dan display untuk cermin mata pun dalam 8-10 rak. Ramai betul orang yang berkerumun kat sunglasses section especially, even foreign tourists pun banyak datang.




Because there were many people with limited space, we were in a rush to finish up our hauls. Even salesgirl yang attend kat I pun macam rushing tanya mana satu sunglasses yang I nak, sedangkan I masih lagi nak tengok2 and tanya Hubby.

Also because they dont want customers to hold on to it for so long coz others might want them and they could make a sale our of that.

And they reeeally need to have more mirrors! Asyik menunggu2 je cermin untuk test!!

Overall, sebab itu, shopping experience jadi macam rushing..dan tak berapa best. Tambah pulak sempit dan my daughter Aisyah asyik menangis.
Mujur kami memang datang cukup awal la tu.

Anyway, on to our shopping hauls.. We bought a total of 5 pairs..4 sunglasses, two for me and two for Hubs, and one pair of frames untuk cermin mata.

My sunglasses: Elle, RM 150 (actual price RM 700+) and Roberto somethin.. (I really am not sure what brand), RM 90 (actual price RM 600+)

Hubby's sunglasses: Replay, RM 150 dan brand Police, RM 10 je!
Yang RM 10 tu, one of the tempat letak kat hidung tu dah hilang, tapi yang tu senang je cari. That was a really good find, Hubby said siap ada orang mintak amik gambar sunglasses tu sebab dia nak pergi carik design tu kat tmpt lain. Obviously he was disappointed because my Hubby dapat dulu :P

Finally, cermin mata saya adalah brand CK. Harga RM 150 , original price RM 600 lebih. All came with pouch je, takde sunglasses case okay.




So total spent untuk pagi tadi adalah RM 520. Kredit/debit kad hanya diterima kalau pembelian lebih RM 50.

Yang cermin mata tu tak termasuk lens. Kat situ boleh buat eye test dan order lens terus tapi kena ambil dalam masa 2 minggu di Ikano Power Centre. So kami tak buat kat situ and lepas tu terus balik to hometown dan buat lens.

Sebab tu sempat ambik gambar 3 sunglasses je, mine and my Hubby's sunglasses nak buat jadi cermin mata.

Anyway, parking was bad there I tell you. Kami berpusing2 kat area tu, parking banyak dan tak ramai orang tapi semuaaa parking tu reserved..last2 kami kena pergi kat bangunan row depan Focus Point tu, ada basement parking. First 1 hour, RM 2. Next 1 hour, RM 1. Kami kat situ dalam 1.5 jam.

Overall, good find. Berbaloi datang dari jauh...Cheras je pun la tapi. Ada lagi 3 hari..rasanya mungkin stok baru akan masuk la kot.

If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh

12 August 2013

Cerita Toilet Mat Saleh Pun Nak Tulis Jugak Ke??

12 August 2013
Sambil aku tengah belek2 handphone ni, terjumpa gambar yang aku amik dalam toilet waktu aku kat Houston, US haritu.




Err..gambar pintu je pun..pintu toilet pulak tu.

Tapi ni gambar close-up..ko perasan tak apa aku perasan??
Pintu toilet dia jarang/renggang.




Yang ni dalam training centre aku. Can you imagine perasaan aku tiap kali nak pegi toilet? Asyik cautious memanjang, takut ada orang ternampak dari celah2?? Wehh..aku benci betul. Memang everytime aku masuk sini aku amik cubicle yang second dari paling hujung so that orang tak lalu sangat.

Dahla bahagian bawah cubicle ni pun tinggi.. selalu kat Malaysia yang bhgn lantai sama ada tutup terus atau rendah kan..

Anyway, aku ingatkan toilet tu je tau. Until Hubby told me the same thing in men's toilets in one of the shopping malls we went.
Actually kat semua tempat kami pergi thereafter.

Dia yang bagitau dulu pasal pintu tu, I did not mention it first pun.

Lagi satu, ada satu hari tu aku terlupa bawak pad (kebetulan tgh period) pastu atas counter sink dalam toilet tu ada satu bakul ini..




I noticed yang belah kiri tu was the sanitary pads, tapi musykil sekejap benda apa kat sebelah kanan tu. Tampon rupanya..I dont think the last time I saw a tampon, rupanya gitu haha.

Setelah beberapa hari aku perasan sanitary pads takde tapi tampon ada je..actually coz aku yang tibai pad tu hahaha. (kes pad habis and tak sempat pegi Walmart supermarket).

Teringat my colleague yang advise bawak pad siap2 dari Malaysia sebab kat sini lebih senang jumpa tampon daripada pad.

Anyway, aku still tak paham kenapa pintu toilet kena buat jarang2. Hmmphhh

10 August 2013

Nak Beli Bekas Untuk Simpan Mekap / Makeup Organizer!

10 August 2013
credit pic

I can't remember when was the first time I saw this beauty on WWW, but I was salivating when I saw it first time. Selama ni tak pernah terfikir makeup storage camni!




credit pic

Oleh kerana koleksi mekap ku tak ler banyak pun, jadi tak perlu yang terlalu tinggi cam gambar kat atas tu. Aku selalu amalkan guna sampai habis, baru beli yang baru. Tapi ada pengajarannya: oleh sebab tu, banyak barang mekap hadiah kahwin dari suami dan kawan2, ada yang baru nak guna..tapi ada yang dah tak elok sangat!! :(

Contohnya, perfume Estee Lauder pemberian suami, baru je start guna lepas 2 tahun, jadinya wangi dia pun dah kureng.. Blusher MAC which my friend kasik, dah jadi rapuh, dan alkisahnya semalam dah habis berkecai sebab terjatuh..

Haritu kebetulan browsing through website Ilovediscounts.my, terjumpa sale makeup organizer ni.

The layout was perfect for my needs, compartment dia tak terlalu sikit dan tak terlalu banyak. I kept visiting the website and contemplated on buying it.

Ni gambar makeup organizer yang aku berkenan sangat tu.




Dia ada bahagian atas yang ada banyak compartment dan ada 3 tier drawer yang dalamnya ada lapik supaya tak licin.

Aku bajet yang bahagian atas untuk letak my skincare bottles: toner, moisturizer, hair leave on cream, contact lens solution, deodorant, SKII punya treatment essence..rasanya muat kot.

Yang drawer atas kiri boleh taruk benda kecik2 cth: cotton pads dan kotak kecik untuk letak everyday brooches.

Drawer atas kanan boleh letak toiletries set, ie nail clipper, tweezer etc.

Yang drawer tengah mungkin boleh letak Hubby punya barang ie deodorant, hair gels..

Bawah pulak boleh letak koleksi rantai n gelang ke..

Ewah2..berangan kau. As I am writing this, rasa cam tak muat la pulak 3 tier.. Hahaha.

Anyway, selepas beberapa hari asyik dok contemplate nak beli ke idok, bear in mind that it was already discounted. Harga yang ditawarkan ialah RM 151 selepas 56% discount. Bagi saya dah cukup murah dah tu, tapi Hubby kata mahal. (but he doesnt know anything does he?)

Anyway, setelah berfikir2 akhirnya tak jadi beli. Sebab apa? Sebab dia tulis kat dalam website, made of 'food grade plastic'. Saya tak tahu apa maksudnya, whether it means it is of good quality ke tak, tapi rasanya ity tak sama dengan acrylic. Sebab semua makeup organizer yang saya tengok, sama ada yang dijual kat US, ataupun dalam blog2, semua dibuat daripada acrylic. Dan saya ada baca dalam website, yang acrylic ni is the plastic substitute of glass. Sounds like a good quality! Tapi sayangnya, yang kat ilovediscounts tu ialah 'food grade plastic'. Penat carik sama ada ianya sama dgn acrylic ke tak, tapi tak jumpa jawapan.

Tambah lagi, aku tak dapat pegang and nilai the thing I'm buying, so in the end I had to let it pass...

After that, aku jumpa website Malaysiayang jual organizer ni. Seperti yg dijangka, harganya mahal!! Aku tak jumpa design yang sama dengan yang kat ilovediscounts tu, tapi tengok2 harganya mungkin dalam RM 300-400 kalau nak beli yang betul2 kena dengan selera dan keperluan aku.

Good news is, they just updated their website to say that some if their collections ada kat Parkson Pavillion, dekat Level 6, berdekatan dgn collection Bohemian Crystal. At least I can have a browse, try test kalau ada yang berkenan dan paling sesuai dgn keperluan aku. Kalau mahal sangat say bye2 aa, might as well get it from US or something!

But sudah tentu aku memang akan dapatkan satu untuk bilik aku satu hari nanti. Cantik sangat!!

P/s: Hari ni 10 Aug ialah hari lahir cik nurinkhairi ni. Hubby belikan kek Secret Recipe macam2 jenis slices ada, satukan jadi satu kek besar. Beli yang macam2 jenis supaya tak muak. Umur dah makin bertambah, lagi banyak la barang skincare ni ek..lagi tinggi makeup organizer ku kena carik hehe

If you like this post or think it is useful, consider hitting the +1 button below, or Share :) Terima kasihhh 

09 August 2013

Gosok Baju Guna Garment Steamer

09 August 2013
Kerja rumah yang paling ku tak suka ialah gosok baju.

Furthermore, dalam byk2 keje rumah, gosok baju lah yang selalunya aku mesti buat for Hubby. Kalau benda lain cam pack baju Hubby, even if I pack kan untuk dia, he will check and pack more if needed (takut tggl barang la tuh hehe).

Mesti semua tau lecehnya nak gosok baju2 yang banyak beads, yang kain lembut (chiffon, silk).. Lagi2 baju raya kami nihh.. Baru tau yang rumah mak mertua ni ada garment steamer so pinjam la guna..




Hasilnya, menakjubkan.. Senang sangat guna garment steamer ni. Cuma arahkan steam tu kat baju beberapa ketika and the kedut hilang. Kalau kedut tak hilang lagi, arahkan steam tu lama sikit.
Lagi2 yang ada manik2 ni..camne nak gosok atas iron conventional kan.

Lagi satu, baju yang susah nak gosok..I ada satu baju, baju dah branded dah (beli murah je tapii, sale) tapiii..susah nak gosok. Ko bayangkan baju kemeja kasual yang lengan rollover tu, yang cam kain kasa tu. Aku mesti selalu 'ter' spray air kat atas baju tu untuk membantu in the gosokan. Lepas tu bila gosok, warna dia akan lari ie bila gosok nnt air tu serap dan tinggal la bulatan kat tempat yg digosok tu dengan kaler pink yang pudar. Padahal kaler baju tu bright pink. (paham ke??( Huhu. Garment steamer ni akan membantu aku gosok baju2 camni.

My MIL siap steam kan langsir lagi. Dah siap gantung baru steam.

Tapi aku perasan ada gak cons pasal steamer ni. Semalam hari raya aku gosok seluar baju melayu Hubby, dia nyer trouser press tu hilang la kann.. Susah pulak nak mengelak supaya tak hilang. Ala yang tajam kat tengah2 seluar tu..cam seluar keje tu. So kalau nak tajamkan balik kena la guna iron biasa.

Pakaian2 cam sampin pulak, kalau steamer di rumsh MIL tu hanya ada tempat hanger gantung baju, tapi hanger dia takde tempat kepit baju..camne ko nak iron tudung atau sampin kan? So kalau bak beli, carilah yg ada sepit sekalii..




Last2 aku steam letak atas iron board sebab bila aku gantung (takde sepit) confirm asik nak jatuh je tudungnya. (Ahha, tudung bawal je pun, guna je ler iron biasa.. :p )

Lagi satu, kalau nak steam baju asik nak melayang je. Sebab dia takde penahan macam iron board kan. Kadang2 baju2 yang kena steam lama sikit kat tempat2 tertentu, agak susah nak fokus kalau baju melayang. MIL ada kasik satu padding untuk tahan belakang baju (rasanya it comes with the product) tapi tak menjadi la sebab padding tu kecik dan licin.




Brand my MIL tu islah brand GLOBAL, beli kat Carrefour dalam RM 200 lebih.

Kesimpulannya, tak semua baju sesuai guna steamer ni tapi ianya sangat menjimatkan masa esp gosok baju yang leceh2 dan fragile. Boleh la consider beli bila aku dah masuk rumah sendiri nnt..

P/s: Selamat Hari Raya. Tahun ni keluarha kecik kami bertema hijau..

06 August 2013

Makan di restoran Thirty8 @ Grand Hyatt KL

06 August 2013
Semalam dapat berbuka puasa di Grand Hyatt di Jalan Pinang, KL. Walaupun tmpt keje dekat je, serius tak pernah tahu yang ada satu hotel nama Grand Hyatt, memang betul2 sebelah KL Convention Center! Kalau ada yang nak ke sana dengan kereta, just follow signboard KL Convention Center parking, atau Aquaria (which is inside the Conv Center).

Memang dah lama teringin nak pergi sana after hearing good reviews about it from colleagues. Makanan dia dgrnya sedap, and equally important, the view is breathtaking sangat.




Dari hotel lobby dia boleh nampak KLCC tower. Kiranya kalau nak pergi ke lobby dia, kena naik sampai ke tingkat 39. Bila datang ke hotel untuk naik lif ke lobby, hanya ada butang L (for lobby) and G (ground floor). Meaning kena naik ke lobby, baru boleh guna lif lain utk ke bilik hotel etc. Kawan I cakap, kalau tak duduk pun xpe, at least pergi lobby dapat rasa ambience and the beauty. Subhanallah, kebijaksanaan man made architectures from the brains kurniaan Allah kan..




Kami makan di restoran nama Thirty8. Kat level 38. Naik lobby, lepas tu ada tangga atau lif untuk ke bawah satu level.

We had dinner courses, antaranya:

Appetizer: crab cakes, hummus, tabbouleh, salad

Soup: seafood soup

Main course: Tiger prawns, Australian rib eye steak, fried rice, asparagus

Dessert: Banana crumble, ice cream, fruits

Sebab bulan Ramadan, hotel ni siap sediakan grand ballroom sebagsi tempat solat. Tapi takde telekung. I pulak tak bawak coz telekung dlm kereta tgh basuh..stokin pulak tak pakai kalau nk solat xde telekung huhu.

I cam dah pelik, knp hotel besar cam Grand Hyatt, surau basic pun takde. I asked one concierge, dia kata takde. Nasib ler I tanya lagi sorang concierge, I asked him ada tak surau kat hotel ni selain the ballroom. He said, "of course". Tu la, cam tak logik pulak.




Ni gambar dari ground floor hotel tu. Just naik escalator or tangga ni untuk naik ke tingkat 1. Ada small screen leading to prayer room. Of course it has telekungs.




Prayer room dia kecik je. Tapi tak crowded sbb ramai yang pergi ballroom tu. I bet people dont know this existence.




Overall, the facility is nice. It has surau at least! And facility for wheelchair / pushchair of course.
Makanan pun boleh tahan sedap. I'm not an varied eater jadi tak reti sgt nak komen. Dessert dia sedap. View sangat cantik, sesuai untuk romantik dinner or some sort.

Parking dia huhu.. 6pm - 6 am, harga RM 10 per entry. Tapi 6 am - 6 pm, harga RM 10 per hour!!
Harga sorg per pax ialah RM 135++ tak termasuk air..

Akhir kata, di kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya. Drive safely dan sebelum tu, inspect dulu rumah dan kereta. InsyaAllah tahun ni akan beraya di rumah mertua di JB...

05 August 2013

Melawat United Kingdom Day 1 - Pergi Factory Outlet di Bicester

05 August 2013


Selepas Oxford town, kami pun bergerak ke Bicester Shopping Village i.e. factory outlet (sebutnya sebagai Bis-ter). Dulu saya suka pergi ke  factory outlet, kalau di Sheffield, yang paling dekat ialah Doncaster Factory Outlet. Kerana bagi saya barang branded di situ agak murah.. branded2 pun, bukan la branded sangat pun... Setakat Nike, Adidas, La Senza, Topshop dan Clarks.. tak ingat dah apa lagi. Yang lain2 masih mahal lagi..kecuali di US la di mana barangan branded murah, purchasing power tinggi. 

Pergi ke sini sekadar nak tengok2 je. 


Hasil "tengok-tengokan kami tak memberangsangkan. Sebab kat US jauh lagi murah. Contoh:

1. Beg jenama Kate Spade
- Harga di UK waktu tu ialah 165 pound (50% discount, harga asal 330 pound) - 165 pound equiv to RM 800
- Tapi di US, harga typical beg ialah USD 162.5 (50% discount, harga asalnya ialah USD 325) - USD 162.5 equiv to RM 510 

2. Levi's jenama 501 (ni jenama popular untuk orang lelaki)
- Harga yg di survey ialah 40 pound , takde discount lebih. Di factory outlet, harganya memang dah murah daripada harga semasa. Jadi, bila ada discount further tu, maksudnya discount atas discount lah. So, equiv is RM 190
- Kat US, typical ialah USD 48, tapi dapat discount 50%, so dapat USD 24. Equiv to RM 75

3. Beg Coach yang jenis wristlet (beg kecik tu, yang boleh letak handphone, duit sikit, kad sikit)
- Harga yang di survey kat Bicester ialah 200 pound!!! Equiv to RM 960 gitu
- Kat US, boleh dapat dalam USD 30-60 sahaja. Yang saya beli, saya dapat USD 34 je (from original USD 78, yang ni factory outlet price la..harga di boutique lebih mahal). USD 34 equiv to RM 110 


Pada mulanya saya jangka Clarks mungkin lebih murah di UK daripada di US, tapi bila saya survey dalam jangka masa kami yang singkat di situ, di US lebih murah dan banyak choice daripada yang kami pergi haritu. Contohnya, di US, kasut perempuan boleh dapat USD 15 (equiv to RM 80 gitu), tapi di Bicester haritu, paling murah ialah 19 pound (equiv to RM 95)

Tapi di UK masih lagi lebih murah daripada di Malaysia. Saya pernah buat bisnes beli barang dari UK semasa hampir pulang dulu, dan sudah tentu, barang yang paling hot di request oleh customer Malaysia ialah Clarks.. macam yang saya tulis kat atas tu lah.. kalau kat Malaysia harga kasut perempuan dalam RM 300 lebih, di sana  kurang daripada RM 100 atau dalam RM 100 lebih sahaja.. :)


As you can see from the photo, ramai tourists je kat sini. Kat Clarks pun ramai betul orang, orang Malaysia pun ada. Kat sini ada prayer room so takpayah risau tentang kat mana nak solat.. 

04 August 2013

Melawat United Kingdom Day 1 - Oxford dan Pengalaman Sewa Kereta di UK

04 August 2013
Nak tulis entry tentang trip bulan Julai lepas ni ikut mood. Skarang mood ada, jadi mari tulis.

Selepas meninggalkan bumi Amerika, perjalanan ke London mengambil masa dalam 9 jam dan kami sampai London pada awal pagi, dalam pukul 7 pagi rasanya. Masa transit waktu nak pergi ke US dua minggu sebelumnya, dah perasan dah yang London tu sejuk benar, jadi dapat la kami shopping beli jaket di US.. (saya pun dah lupa camne rasanya London pada bulan Julai walaupun pernah belajar di sana).

Ye, London masih sejuk dalam 12-15 deg C pada musim summer. Takde la sejuk mana, rasa cam air con je. Yang masih teringat pengalaman masa student dulu, di mana matahari nya sungguh terik rasa macam terbakar badan kalau our body is exposed. There's a scientific explanation to it tapi susah la pulak nak explain sini tapi ianya berkaitan dengan kedudukan negara ni kat muka bumi (northen hemisphere versus khatulistiwa).

Pada mulanya nak sewa kereta 2 hari, dah book dah dengan hotwire.com (kawan yang recommend site ni waktu kat US haritu). Dia tulis kena bayar dalam 84 pound (dalam RM 400) untuk 2 hari, so OK la. Tapi bila pergi kat kaunter dia kat Heathrow Airport, terkejut kami, bahawa yang tu tak termasuk insurans! Apakah? Saya masih ingat pernah sewa kereta di Sheffield semasa parents saya datang dulu, harganya hanya 40 pound lebih for one day termasuk insurans. Tapi yang ini, bila dah campur insurans, jadi 90 pound lebih per day?? 

Kami terkejut dan tak puas hati. Saya jugak tak berapa familiar dengan hotwire.com. Sales assistant tu kata ada option untuk tambah insurans semasa booking online, tapi I swore I did not see it (lagipun aku book tergesa2). So kami kena beli insurans on the spot. 90 pound lebih for one day? 2 hari dah nak dekat 200 pound!! RM 1000..matiii..

So bear in mind, kalau nak book online untuk kereta, insurans kereta dia memang wajib. Ini untuk cover accidental damages on the car. Yela, cam kereta kita jugak kena ada insurans. 

Kalau nak sewa kereta company lain pun dah tak boleh sebab jenis kereta yang affordable semua dah sold out (hari sabtu, summer time..what do you expect kan). Jadi setelah berbincang punya lama dengan Hubby di atas lantai depan kaunter kereta sewa, we decided to just use the car for one day je. 90 pound lebih melayang.

Ni lah kereta kami pada hari tu. Volkswagen Golf. I forgot to take photo dalam kereta tu, tapi Ya Allah susahnya nak masukkan semua beg kami. Semua beg tu muat2 je dekat belakang. Lagi satu, kami tak sewa car seat untuk Aisyah (kat US kami sewa). Sebenarnya car seat tu wajib kat sini. Takde tempat untuk letak car seat kat dalam kereta ni dengan beg punya penuh. (lagipun kalau ada pun dia takkan duduk di situ). So memang kami risk it la..dengan harapan tak kena saman. 




Perjalanan ke Oxford mengambil masa selama 1 jam lebih sikit dari Heathrow Airport. Kami pun sebenarnya tak tau nak pergi mana kat Oxford tu, so kami nav guna GPS pergi Oxford Information Centre dia kat Broad Street. (Yang GPS tu kena sewa extra, dalam 23 pound extra per rent). Sebelum pergi Oxford Street, kami singgah kat Hillingdon Hayes (dalam 15 minit dari Heathrow Airport) untuk beli makanan. Chicken Cottage - memang salah satu tempat target nak makan kat UK ni. Beli ayam goreng dan lamb ribs dia - lamb ribs ni memang famous. Bila pergi kat Hillingdon Hayes ni punya town, ramai betul orang Islam. Penduduk Muslim dan pakai tudung memang ramai, tak terasa dok kat UK tau. Hubby pun excited amik gambar Hillingdon coz Hillingdon was his birthplace. 

Ni gambar Broad Street tu. Information centre tu dekat2 dengan bangunan warna oren kat hujung gambar ni. Rupa2nya bila kami sampai sini, parking nya sangat la scarce. Susah nak carik parking. Aiyaya.. Padan la semasa memasuki Oxford town ni, ada car park yang besar dan ada shuttle guna bas. And I read in a few websites saying "The best way to travel Oxford is by walking". Kecik je Oxford punya tourist attractions ni, boleh jalan2 kaki je. 


Bila kami parking, kena bayar 2.50 pound untuk sejam. Maximum satu jam je..so kalau nak tambah, kena datang balik. That's how scarce the parking space was. Ralat jugak sewa kereta ye, tapi kalau tak sewa kereta macam mana nak mengangkut beg kami yang bertimbun tu. 


There were a few museums kat situ. Tempat tourist attractions ni dekat Oxford University la. Bangunan dia lama2.. kami melawat kat library dia , tapi kat luar je la hehe. Bodleian Library nama dia.


Nampak ramai yang ala2 student kat sini dan of course tourists la. Banyak kolej2 residential dia yang tourist boleh masuk, especially kalau kita ikut tour yang disediakan. Boleh cek dengan tourist info centre dia. Kalau beli online dan awal, the cheapest walking tour boleh dapat dalam 4.50 pound je sorang adult. Kalau last minute, 8 pound. Itupun benda tu cepat sold out, so kena beli awal.


Yang saya notice gak, banyak kedai2 cam art la..pastu kedai buku dia pun, which is Blackwells, is called Blackwells Music, ie specialize in music stuffs. Well, orang pergi Oxford ni selalunya orang kuat art je.. top universities for science & technology and stuffs, banyak lagi uni lain..contohnya Manchester, Nottingham dan of course my alma mater University of Sheffield :D

Dekat dengan tourist center kat Broad Street tu, selang 2-3 buah kedai, ada satu gift shop tau. Kat situ waktu saya datang ada jual tshirt tengah sale. Ada baju tulis University of Oxford, dan sangat murah. 4.99 pound je satu.. so saya beli 3 baju. One for myself (warna pink), one for Hubby (warna merah) and one for my colleague yang tolong cover saya di ofis semasa saya bercuti. Ingat nak beli sama kaler with Hubby tapi takde la pulak. Hubby punya je mahal sikit.. 5.99 pound.

Tapi kalau nak beli fridge magnet, kat kedai tu mahal..2.50 pound satu. Kami ada jalan jauh sikit dan ada jumpa convenience store dan satu kedai orang Islam, dia jual fridge magnet 3 for 5 pound kot..


Kami rushing je kat Oxford ni, ambik2 gambar sikit sebab our parking was only for 1 hour kan.. after 1 hour we went back to our car and we thought, ok la dah la tu. Cukup syarat dah la tu..banyak jugak amik gambar dan jalan2 sekitar. Time tu masih awal, pukul 5 pm camtu..so we headed to Bicester Shopping Village. Factory outlet yang terletak kat Oxfordshire punya territory gak..perjalanan dalam 30 minit dari Oxford town ni.

Sambung..



03 August 2013

Organizing Clutter In My Cupboard

03 August 2013
Kami masih duduk berpindah randah. Sekarang saya duduk di rumah mak, bilik tingkat bawah. Barang2 kami dari apartmen sewa masa kat Selayang dulu (masa baru kahwin) masih lagi dalam kotak2 yang bertimbun dekat tempat makan di dapur.
Honestly I'm not good at organizing. Mungkin menunggu untuk ada rumah sendiri kot (alasan). Rumah baru dapat tapi belum buat apa2 lagi.

So like I was saying, I'm not good in organizing. I used to like to see rumah kemas from the external je (luar kemas) tapi dalam, haru biru.. Sekarang ni bila dah ada family, Hubby tanya mana tu mana ni..I realized kena ada sistem untuk pastikan barang2 letak kat tempatnya dan kita tau kat mana tempat tu. Takde sapa yang suka buang masa carik barang hilang!

Lagi2 ni baru sorang (Hubby), bila cik Aisyah dah besar dan kalau ada anak lain, dia pulak yg akan tanya kita. Adeh..

Haritu beralasan sama ada perlu tunggu pindah ke tak, tapi tak boleh jadi ni. So I start small, kecil2an je dan takde memberi inspirasi pada sesapa pun benda ni..sesuai la utk beginner yang in need of organizing.

Pergi Giant dan beli bekas storage yang agak besar. Saya suka kalee yang terang, jadi saya beli dua warna oren. Satu warna lutsinar (coz yang tu murah).





1. Bekas lutsinar: simpan underwear. Pls abaikan content dia ok hoho. Bakul yg lama dah overflow sangat2. Bekas lutsinar hanya simpan underwear, manakala bakul yg sedia ada (which is smaller), I letak kain dalam, leggings, socks, anak tudung, face towel.

Solve satu problem selalu tercari2 kain dalam / anak tudung bila nak pergi keje. Bila dah bertimbun dalam satu bakul, susahnya nak carik. Sekarang dah ada dua bekas, much easier to find.

2. Bekas oren #1: simpan toiletries. Segala mak nenek toiletries yang bersepah dalsm dressing table punya almari, I clearkan dan letak dalam tu. The organization dalam tu takde la neat pun (I bet kalau mula2 kemas pun, lama2 sepah jugak..yang tu fikir nnt kalau perlu). Tapi cukup untuk segregate toiletries dgn senang. Tak perlu le tercari2 ubat gigi extra etc.

3. Bekas biru: Ada jugak tupperware biru kecik which I utilized untuk letak syampu/shower gel/lotion dari hotel. Benda ni senang nak bawak pergi travel bila perlu.





4. Bekas oren #2: Yang ni paling i lega sekali dapat tempat storage dia. Ubat and first aid stuffs! Sebelum ni duduknya dalam plastik je, saya letak semua dalam ni. Hubby pernah ambik ubat2 kat farmasi hospital waktu cik Aisyah ni tak sihat dulu, dan first aid kit jugak.



Well then, I realized kegunaan kotak2 yang comel2..ala yg kadang2 dapat masa orang kawin, masa beli brooch atau butang baju Melayu. Berguna sbg sub storage dalam bekas2 besar ni. Lepas ni will always keep an eye on those :)




Tengok tu banyak nau ubat PCM nyer..

Happy sikit dah kemas sikit2. Dresser table tu pun dah takde la padat macam dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...