nurinkhairi

29 April 2017

Pengalaman Anak Masuk Wad Pediatrik Hospital Selayang

29 April 2017
Awal bulan April 2017 lepas, anak nurin yang umur 1 tahun perlu dimasukkan ke wad. Waktu tu nurin dapatkan rawatan nebulizer (neb) di Hospital Columbia Asia Cheras. Kat situ, kami advise untuk masuk wad, tapi walaupun Adam ada insurans Prudential BSN dan coverage AIA dari company, kami putuskan untuk pindah dari hospital swasta ke hospital kerajaan (Selayang) sebab senang Hubby kerja kat situ boleh pantau. Kalau duduk wad di Cheras, susah jugak untuk Hubby. Ni pertama kali anak masuk hospital, dan pertama kali selain berkaitan mengandung, bersalin etc

Masa kami kat Hospital Selayang tu, keadaan my son Adam dah ok sebab masa tu dah buat nebulizer (neb) kat Columbia Asia. Kalau tak, tak gagah jugak sorang2 pergi dari Cheras ke Selayang, waktu tu Hubby tengah kerja.

Bahagian Emergency Department Hospital Selayang

Sejurus lepas kami sampai di kaunter PAC (Patient Assessment Centre) di pintu masuk Emergency department, terus kami dibawa masuk ke Yellow Zone (dia ada Green, Yellow, Red zone, ikut seriousness of the symptom). Adam kena neb setiap 3-4 jam. Masa tu jugak Adam kena ambik xray dan ambik darah untuk cek infection.

Adam dengan Dr Abah kat wad emergency

Duduk kat dalam katil di emergency department tu lama jugak.. Daripada pukul 10 pagi sampai 3-4 petang jugak. Sebab tunggu result darah dan x-ray untuk tentukan sama ada Adam perlu masuk wad ke tak. Kebiasaan nurin dah 2 kali pindah hospital ni, walaupun hospital pertama tu dah siap bagi surat untuk advise hospital ke-2 masukkan dia kat wad, tapi hospital ke-2 tu akan assess jugak dan decide sama ada nak masukkan atau tak. 

Lain doktor, assessment dia lain. Lagi satu, mungkin sebab katil tak cukup jadi yang kurang penting, dia tak kasik masuk wad. That was what happened to me the first time dulu, doktor advise tak payah masuk wad, hanya bagi MC 2 minggu masa kandungan anak ke-2. Weeee bestnye nurin rasa masa tu takyah masuk wad.  

Wad Pediatrik Hospital Selayang - Isolation Room 

Terletak di tingkat 8. Ada dibahagikan pada wad yang kecik2. Setiap wad ada dalam 8 katil. Kat tingkat 8 takde bilik kelas pertama. Ada kat tingkat atas je, tapi tu pun tak pasti untuk pediatrik boleh ke tak pergi ke atas. 

Oleh sebab Hubby staff di hospital tu, kami dapat ke isolation room. Ni je la satu bilik "kelas pertama" kat wad ni. Toilet ada dalam bilik ni, so ok la jugak walaupun standard toilet hospital la kan.


Kebetulan dah ada 2 katil kat dalam tu, jadi kami 4 beranak tidur la sama-sama setiap malam kat sini. Nurin dan Hubby gilir2 ambik cuti. Kalau Hubby cuti, nurin kerja. Kalau nurin cuti, Hubby kerja. Kalau tak silap, 3 malam kami duduk sini pastu lagi 1 hari nurin cuti untuk pantau Adam kat rumah. 

Wad pediatrik ni ada satu ruang mainan untuk kanak-kanak. Kami selalu jugak lepak kat situ, maklumlah bosan ye duduk kat wad ye Adam ye...

Doktor dengan nurse dia best. OK, nurin dah experience macam2 jenis hospital, dari fully swasta macam Prince Court Medical Centre (PCMC), hospital swasta Putra Medical Centre (PMC, Sungai Buloh), kepada semi-swasta macam UKMSC dan hospital kerajaan seperti HUKM dan Hospital Selayang. Boleh nurin katakan: layanan doktor dan nurse, masa menunggu, etc.. takde beza pun. Kat PCMC, nurin berapa banyak kali datang untuk consultation waktu pagi, balik lepas tgh hari jugak. Orang yang appointment pun berpusu2 penuh jugak. Doktor dengan nurse, layanan takde beza antara hospital kerajaan atau swasta. Salute untuk kakitangan kerajaan dan swasta dalam bidang ini.

Ni pengalaman nurin ye. Lain orang, lain experience dia ok..

Makan 

Makanan dia kasik untuk sorang penjaga dan kanak2 yang masuk wad nye. Makanan dia ok je tapi kan...senang cerita, pergi la beli makanan kat kafe. Kemudahan kat Hospital Selayang ni.. ada 2 kafe dan pilihan makanan pun ok. Lepas tu ada 2-3 kedai runcit kalau nak beli roti, snek etc. Oh, dengan ATM CIMB. 

Parking di Hospital Selayang

Parking kat Hospital Selayang ni ada 2 blok parking utama. Tapi parking kat sini memerlukan kesabaran, masa, kegigihan dan keberanian untuk mencari parking kosong. Kalau mampu, boleh parking kat bahagian belakang hospital (bahagian asrama/kuarters doktor/nurse) dan jalan kaki sikit. Kalau takde, boleh parking kat flyover sebelum masuk hospital. Kalau takde jugak, boleh ambik shuttle bus percuma oleh Majlis Perbandaran Selayang. Nurin pernah nampak bas dia, tapi tak pernah nampak bas berhenti ambik orang. Jadi tak pasti sama ada reliable ke tak.

Mengenai parking ni, kalau ada appointment doktor pakar ke, kena datang seawal pukul 7 - 7.30 pagi. Kalau lewat dari tu, penuh la parking. 


Oleh sebab kami anak beranak tidur kat wad dan nurin kena pergi kerja hari seterusnya, tip yang Hubby kasik, kena carik parking yang orang takkan double park! Hubby memang dah ada lubuk untuk parking yang tak boleh orang double park.

Notis tampal kat lif yang menghubungkan parking dengan lobby hospital


Nampak tak kereta beratur ni.. ni bukan kereta parking ye, tapi kereta untuk cari parking. Gambar ni nurin ambik pukul 9.44 pagi. Pastu barricade tali kuning hitam ni sebab banyak parking spot reserve untuk staf hospital. Nurin tanya kat Hubby kenapa banyak spot parking kosong, tapi kena barricade untuk staf. Hubby kata even staff pun tak cukup tempat parking. OK....


Hotel di Hospital Selayang


Ada 3 hotel yang boleh jalan kaki ke Hospital Selayang - kesemuanya bajet hotel di area rumah kedai, tapi Sky Hotel kat dalam Selayang Capitol.. tapi ada price range berbeza-beza:


  • Smile Hotel - harga dalam RM 80-100 
  • Richbaliz Hotel - price range mahal sikit dari Smile Hotel, sebab konsep dia macam boutique hotel sikit. Harga dalam RM 150
  • Sky Hotel - tak pasti harga tapi rasanya sama range dengan Smile Hotel
Yang ni nurin quote untuk bilik yang boleh muat 2 orang sahaja. Hotel2 ni semua ada dalam website2 yang penting, macam booking.com. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh komen kat bawah ye. 

Parking charge ikut Majlis Perbandaran Selayang punya caj.. 50 sen untuk sejam.

Homestay di Hospital Selayang

Kalau mencari homestay untuk yang pergi ke Hospital Selayang, AA Homestay Selayang boleh jalan kaki ke Hospital Selayang (4-5 minit jalan kaki). Tak payah nak fikir parking, atau keluarga ramai dan senang nak berulang-alik.

Rate RM 200/malam, weekday atau weekend. 

Pemandangan dari jejantas. Yang putih tu kondo Selayang Point - AA Homestay Selayang

Jejantas ni terus masuk ke perkarangan Hospital Selayang


AA Homestay Selayang Hospital ada 3 bilik, 2 bilik air. Corner lot. Air con kat bilik 1, 2 dan ruang tamu. King sized bed kat master bedroom. Water heater kat master bath. Almari besar nak sumbat barang2. Swimming pool dewasa dan kanak-kanak. Saiz unit ni paling luas kat condo tu. Ada 2 parking berbumbung free. Nak cari makan jalan kaki je, kat rumah kedai bawah je - ada mamak, shell out, western, nasik kandar. Nak tau lebih lanjut, details untuk website dengan Facebook ada kat bawah. 


Master bedroom - aircon, king bed, almari sampai siling, kipas 

Ruang tamu dan makan
Contact details kat bawah ni:

Call / Whatsapp / SMS: 012-6305578 


Err cam dah jadi iklan pulak.. krik krik.

24 April 2017

Pengalaman dan Kos Buat Tembok Rumah

24 April 2017
Banyak sebab kenapa orang nak buat tembok rumah. Sebab kami ialah untuk buat kawasan rumah lagi selamat, daripada orang dan daripada binatang. Haritu Hubby terserempak dengan ular tedung hanya beberapa meter dengan dia masa sedang buat kerja kat belakang rumah. Kami guna kontraktor yang biasa kami gunakan, dulu dia pernah buat plaster ceiling dgn backsplash

Rasanya kalau nak elakkan kontraktor mark-up harga pada bahan2, boleh lah beli sendiri. Kami beli sendiri bukan sebab tak percaya dengan kontraktor tu, tapi sebab saja nak beli sendiri kumpul points bila pakai kredit kad..hehe. Oleh sebab kami beli sendiri bahan2 dia, dapat belajar sikit apa benda yang dia taruk untuk buat tembok tu.. Kat Rawang senang nak carik kedai hardware beli barang2 construction ni, maklumlah kawasan tengah pesat membangun construction property sana sini.

Kami hanya putuskan untuk buat tembok kat belakang, memandangkan sebelah rumah dah ada tembok daripada jiran sebelah. Lagi sebelah masih pagar dawai hijau lagi. Material yang kami beli untuk buat tembok rumah, ada la dalam 3 trip jugak beli bila kontraktor kami kata dah habis, nak kena beli lagi.

Ni baru resit pertama, tapi boleh tengok anggaran seunit material2 yang digunakan


Aggregate 3/4" ni ialah saiz batu yang digunakan iaitu dalam saiz 3/4" = 20 mm. Pastu cam biasa lah, pasir, simen dgn batu ni untuk buat konkrit kan. Steel bar untuk kuatkan struktur pagar tu. Paling penting untuk tembok yang kuat ialah foundation / tapak dia mesti kuat. Pernah tak nampak tembok yang sekadar simen je kat atas tanah. Lagi2 kalau tinggi dan panjang nanti struktur dia cepat retak. 

Ni contoh je.. simen atas tanah je. cepat retak


Korek tanah untuk tambah simen buat foundation
Bila dah siap disimen

Beam untuk kukuhkan struktur tembok 

Bata simen dah siap pasang

Kebanyakan bata yang digunakan ialah bata simen (kaler kelabu) sebab bata simen lagi murah daripada bata merah. Bata merah guna tanah liat, biasanya kalau buat rumah lebih elok guna bata merah sebab lagi sejuk. Kalau setakat tembok kat luar ni pakai bata simen je.

Tembok rumah ni design simple je, takde terlalu fancy. Jadi kos upah dia tak lah terlalu mahal. Bahagian kiri dan kanan pagar belakang je yang ada tebuk sikit. Itupun kontraktor tu dah salah faham, dia tebuk sebelah, sebelah lagi dia tak tebuk.. bising sikit la nurin, lepas tu dia kena drill balik bata yang dah pasang.                                                                                                                                                                              


Pagar yang dipasang tu, guna pagar kecik kat depan sebab haritu tukar pagar kat depan jadi autogate.


Dari segi kos, untuk sesuaikan dengan keadaan masing2, kita guna kos seperkaki la kan. Kos keseluruhan beli material kat kedai Sunrise Hardware Trading tu, termasuk cat dalam RM 3000. Manakala kos upah dalam RM 4000, jadi total kos dalam  RM 7000 untuk pagar sepanjang dalam 135 kaki.. jadi kalau per feet dalam RM 52/kaki. Ni tak termasuk pagar access tu lah kan sebab nurin punya recycle je. Nurin kena bagi anggaran je sebab kami mintak dia extend sikit simen kat belakang, jadi material dia beli time sama jugak. 

23 June 2016

Pandangan Expat Terhadap Malaysia!

23 June 2016
Semalam bila tulis entri pasal tukar trip Bali ke Korea, pastu nurin teringat tentang kawan sekerja kat ofis. Dia ni kira pangkat advisor la, sangat banyak ilmu diturunkan kat kami semua. Dia mungkin adalah satu-satunya sebab nurin minat dengan jurusan/department yang nurin ambik sekarang. Orang US, kira expat assignment la kat sini, dah nak dekat 4 tahun kat sini.

Dia ni sejak duduk kat Malaysia ni, memang memanjang berjalaaaaan je. Ada cuti sikit, berjalan. Kadang2 ambik cuti lama sikit untuk berjalan. Mem dia la yang planning semua, yela expat wife katakan. Dia memang kuat berjalan di sekitar Asia Tenggara..sejak 4 tahun dia kat sini (dah nak balik dah dia minggu depan ke US semula, for good), semua South East Asia dia dah pergi, kecuali Filipina dengan Brunei. Ada negara yang dia repeat lagi. Pastu di luar SE Asia, dia pergi NZ, Australia, dengan..guess what..India dan Sri Lanka. Kalau kita lah kan minat nak pergi negara sejuk la, tengok Aurora Borealis la, nak shopping murah lah, tak nak la pergi Cambodia ke Laos ke. Tapi dah memang gitu la mat salleh pulak, dia nak pergi Vietnam, Indonesia, Sri Lanka bla bla.. Nak tengok kebudayaan orang yang lain daripada negara2 mat salleh yang lain. 

Kita nak tengok benda2 canggih di negara orang macam Jepun atau Korea, tapi mat salleh nak tengok benda2 nature kita. Gitu la..

Bila tanya dia yang mana negara yang dia paling suka, dia tak dapat nak bagi jawapan. Sebab semua menarik tersendiri. Tapi, bila tanya kalau percutian pantai, kat mana dia suka.. Kau ingat dia bagi jawapan Phuket ke apa kann..tak oi.. dia kata dia suka Langkawi!! Haa..aku ingat Langkawi ni crowded dengan orang suka shopping je. Dia kata ada tempat yang kurang orang kat Langkawi tu. Dia tu jalan2 Malaysia lagi banyak dari aku yang orang Malaysia sendiri wei. Pulau Perhentian pun dia suka. 


Langkawi - gambar hiasan

Lagi satu dia suka Malaysia sebab kebudayaan yang pelbagai. Kat negara lain kebanyakkannya 'homogeneous' i.e. satu budaya, satu kaum etc. 

Nurin pernah tanya dengan sorang lagi expat kat ofis, orang US jugak. Dia kata sepatutnya expat assignment dia 6 bulan je..pastu tambah lagi 6 bulan..tambah lagi.. tup2 dia kata dah 4 tahun dia duduk sini. Setiap kali assignment dia kena extend, dia seronok. Dia seronok duduk sini. Nurin pun dengar pasal sorang lagi expat yang dah balik, dia kata "I would do KL in a heartbeat".. maksudnya dia akan terima untuk ke KL tanpa fikir panjang, kalau ditawarkan lagi. 

Lagipun ehehe..kaya oo kalau orang US keje kat Malaysia. Makin turun duit ringgit, makin kaya aa..diorang dapat duit USD. OK tu selingan.. ;)

Borak2 dengan mereka tempat2 yang pernah dilawati, nurin pun tak tersampai lagi walaupun hanya di Malaysia. Tanjung Jara, tempat2 macam Royal Selangor, hatta Ipoh pun nurin belum sampai lagi..kekekeke. 

Pengajarannya, Malaysia ni indah dan menarik. Kadang2 kita rakyat Malaysia terlepas pandang negara sendiri. Lagi tu ada yang rasa nak pindah negara la tak suka duduk Malaysia la, kau tak pernah tau lagi kan peritnya duduk negara orang kan? Dulu nurin duduk UK, seronok la. Duit bulan2 dapat, shopping grocery murah2, GBP 20 (bersamaan dalam RM 100) boleh dapat satu troli penuh. Tapi kalau kau kerja kat sana tau2 je income tax hampir 50%. 

P/s: Waktu nurin kat UK, nurin rindu kat Malaysia. Rindu panas Malaysia :)

P/s: Setakat ni dah 3 orang expat kat ofis nurin yang pakai Myvi je semasa kat sini. Myvi no hal je kann.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...